Friday, August 28, 2009

Balik kampung

credit to here

Since cuti weekend ni disambung pulak sehari lagi sempena Hari Merdeka...kami semua akan pulang ke kg halaman kami di Sg Petani Kedah...yeehaaaa.....bestnya dpt berbuka dengan masakan my mom & MIL...besttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!

Contest jom Main Air Bersama

Contest oleh my ol' fren kakyong aka bib:




Nama si kecil : Alysha Iman
Tarikh lahir: 08 November 2007
Nama ibu : Hezlina
Lokasi gambar diambil: Pool di Glory Beach Resort, PD

Foto ni diambil waktu kami sekeluarga bercuti di Port Dickson pada bulan Januari yang lepas...waktu ni Alysha dah berusia 1 tahun 2 bulan...tapi percaya atau tidak...Ummi memang tak pernah bagi Alysha main air kat pool @ air terjun sehinggalah saat foto ni diambil...entah kenapa...Ummi jadi sangat protective dengan anak bongsu Ummi ni..takut itula...takut ini la...haishhh..macam² la Ummi nih... Masa memula nak masukkan Alysha kat dalam air tuh, cuak jugak nak tengok reaction dia..sama ada dia nangis ke...suka ke...once Ummi masukkan je kat dalam pool...dia heran kejap tengok air banyak di sekeliling dia...then, tak sampai 5 minit...dah ketawa riang...tambahan pulak ada si Kakak dan Abang yang amat rajin dan suka main air bersama adik kesayangan dia nih...


Tips menarik minat si kecil bermain air:

-biasanya baby baru lahir dimandikan dengan air suam kan...memang elok..tapi once habis pantang je, perkenalkan perlahan-lahan dengan mandian air dingin dari paip/shower

-sekali-sekala, ibu @ bapa mandi bersama anak² di dalam bilik air (bagi anak-anak yg masih kecil ya)...dan yang jangan didedahkan aurat pada anak² pula ya...mandi bersama ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang anak kepada ibu bapa

-sewaktu si kecil bermain air di dalam bath tub nya, letakkan mainan yang sesuai bersamanya seperti yellow rubber duck


-jika bermain air di pool, bawa bola bersama supaya dapat melekakan si kecil bermain air



Tips keselamatan bermain air



-jangan biarkan anak²kecil anda bermain air/mandi sendirian (dah terlalu banyak kes anak kecil yang x diingini berlaku)

-pastikan si kecil bermain air di bawah pengawasaan
sekurang²nya seorang dewasa

-jangan dibiarkan anak bermain air pada waktu cuaca sejuk @ hari hujan...dikhuatiri boleh terkena demam, selsema atau seumpamanya pula

-jangan dibiarkan bermain air terlalu lama...juga dikhuatiri boleh terkena demam, selsema atau seumpamanya -jika bermain air di pool, pastikan anak memakai pakaian renang yang sesuai..dan WAJIB menggunakan pelampung badan atau pelampung tangan walau bermain di pool kanak²

Hadiah² adalah ditaja oleh :


link tudungmudahpakai







How to set Oggix shoutbox to the actual time?

ENTRY KHAS UNTUK KAK HAS ( yg lawa...ngeeee)


1) Login to Oggix seperti biasa
2)Di bahagian Control Panel, pilih Manage ShoutBox, then pilih Settings






3) Kat bahagian Shoutbox Time,

pilih GMT+3 Moscow, Kuwait wahhh...lokasi kita kat Moscow/Kuwait
nun...peliksss






DONE!!!

Selamat mencuba ya Kak Has...

Thursday, August 27, 2009

Spaghetti herbs & cheese

hehe..tajuk kasi gempak sket...this was our main menu for iftar yesterday..memandangkan tinggal Adam aje kat umah, so i cooked this dish specially for him (he's a spaghetti lover)..kalo yg 2 orang lagi tu kureng sket especially si Kakak...sanggup x jamah langsung..huhu..

meh layan gambar sket...


nilah sosnya...brand Campbell..1st time nmpk sos spageti Campbell nih..biasanya guna Leggos


ada tanda halal JAKIM lagi tau (mutu gambar kureng memuaskan...harusla rembat camera baru nih..heheh)

sos tgh dimasak


ni pulak..takkan x kenal..spageti la kan

sprinkle with a bit black pepper...ready to serve...so simple

lepas mamam spageti...mamam ini pulak...jeng..jeng..jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



yayyy...pose² mamam aiskrim dikepit dengan white bread...huhu...hasilnya,bgn pagi nih teramatla keringnya tekakku..huhu..penangan aiskrim di bulan pose...

Wednesday, August 26, 2009

Resepi bergedil dagingku


KHAS BUAT DEL....
(akak xde exact measurement tau...agak² je semuanya ^-^)

Bahan²:

lbh krg 8 biji kentang (dicuci dan direbus dengan kulit)
daging kisar (pun direbus sebentar)
bawang goreng (ditumbuk sedikit supaya x kasar sangat)
(akak suka letak banyak sbb nnti bergedil jd wangiiiii je)
jintan manis ditumbuk halus
3-4 biji bawang merah ditumbuk halus
daun bawang dihiris
garam
lada hitam
telur (untuk celupan bergedil)
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

-kupas kulit kentang yg direbus
-lecek kentang sampai hancur

-satukan dengan kesemua bahan lain kecuali telur
-cubit adunan, bentukkan bulat seperti bola dan kemudian dileperkan
-salut bergedil di dalam telur dan goreng kekuningan
SIAP UNTUK DIMAKAN :)

Nota kaki:

***nak lagi sedap, kentang tuh dipotong2 mcm wedges,digoreng, pastu baru dilecek...takyah rebus-->resepi my SIL...aritu wktu buat terlupa lak pesanan dia
***another fren lak( abby) recommended that daging kisar tu pun digoreng dahulu..baru sedap katanya...later akak nak try gak gini


<<SELAMAT MENCUBA YA,DEL>>

Tuesday, August 25, 2009

Marilah beramal di bulan Ramadhan

Ummi dapat emel ni again melalui annur yahoogroup yg Ummi sertai...marilah kita sama-sama membantu menyumbang bagi membina sebuah maahad & surau...demikian bunyi emelnya:

"Salam

Maahad Tahfiz dan Tarbiyyah Surau al-Amirin B.B.Bangi masih giat dibangunkan dan dijangka dapat beroperasi tahun depan

Terima kasih kepada penyumbang-penyumba ng yang telah membolehkan kerja-kerja foundation dan dinding selamat dijalankan. Semoga Allah menjadikan ia dinding saudara-saudari yang dermawan dari api neraka. Amin

Bahagian atap, bumbung dan keperluan penginapan pelajar tahfiz al-quran, direservekan untuk dermawan sempena bulan Ramadan, saat di mana al-Rasul paling dermawan. Pembangunan atap dan bumbung sekolah akan disiapkan sepanjang bulan Ramadan . Kelengkapan dalaman seperti katil, kerusi meja, carpet juga akan disiapkan secepat mungkin. Segala sumbangan amatlah di alu-alukan. Sumbangan boleh diberi terus kepada :

a. Dr Hj. Mohd Isa B. Hamzah tel: 0183705400 (Pengerusi Surau)

b. Dr Asmadi B. Yusof tel: 0123211667 (Pengerusi Maahad)

c. Mejar Hj Ahmad B. Hj Ismail tel: 0192791789 (Pengurus Projek)



Sumbangan boleh diberi secara tunai atau secara e-bank ke dalam akaun Tetuan AJK Surau 4/9 BBB dan no akaun ialah 12029010031379 Bank Islam Malaysia. Sekiranya ingin mengunakan cek sila tulis atas nama ‘Tetuan AJK Surau 4/9 BBB’. Manakala sumbangan berbentuk bahan binaan bolehlah dihantar terus ke Surau Al-Amirin Jalan 4/9C, 43650, B.B.Bangi, Selangor.

Semoga Allah mengurniakan atap dan bumbung kepada saudara-dan saudari yang dermawan pada hari yang sangat azab kepanasannya iaitu hari mahsyar.

Dr Hj Mohd Isa Hamzah

Pengerusi Surau Al-Amirin dan Pengerusi Penduduk 4/9 BBB

Dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata : "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus”

Dari Aisyah radhiallahu 'anha : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta. "

Monday, August 24, 2009

Pengambilan ubat dan prosedure yang tidak membatalkan puasa

Ummi nih one of the member dalam Annur yahoogroup...tadi dapat email menarik ini dari Dr Yusof kt Annur...boleh lihat blog beliau di sini

Pengambilan ubat dan prosedure yang tidak membatalkan puasa
Aslm!
Esok atau lusa kita akan berpuasa. Objektif puasa telah digariskan Allah iaitu untuk menjadi orang bertaqwa. Semuga diakhir ramadan nanti kita akan mencapai objektif tersebut.

Berikut adalah petikan dari fatwa tentang pengambilan ubat dan prosedure yang tidak membatalkan puasa.

http://www.islamset .com/bioethics/ index.html


In its specialised seminars and conferences, the Islamic Organjsation for Medical Sciences (IOMS) has always taken the initiative to put forward for debate new contemporary medical issues with the view of formulating a proper legal Islamic view and understanding of their significance and impact. These seminars and conferences are always well-attended, bringing together distinguished Muslim jurists and Shari'ah experts, medical practitioners, pharmacologists, and specialists in other human sciences.

Through this process, the IOMS has sought to form a consensus of informed opinion, based on accurate medical knowledge, as a foundation for sound Islamic rulings to be drawn up by competent jurists. It has also sought the involve- ment of other recognised and well-established scientific, cultural and health bodies such as the Islamic Fiqh Academy of Jeddah, al-Azhar University, the World Health Organisation Regional Office at Alexandria, Egypt, and the Islamic Educational Scientific and Cultural Organisation (ISESCO).

With the grace and blessings of God, the 9th Fiqh-Medical Seminar was successfully convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was "An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues", and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.





3. Substances and actions that nullify the fasting

According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid sybstance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting. Accord ingly, the p.articipants agreed unanimously that the following do not nullIfy fasting.

1. Eye and ear drops, and ear wash.
2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers during pelvic examination.
4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-wak and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception ofintravenous feeding.
7 .Blood donation or receiving blood transfusion.
8. Oxygen and anaesthetic gases.
9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
10 .Drawing blood samples for laboratory testing.
11 .Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
12 .Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
14 .Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
15. Biopsy of the liver or other organs.

A majority ofparticipants added the following:

1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.

Hari pertama dan kedua Ramadhan

hari pertama Ramadhan - Sabtu

pukul 8am dah kuar rumah heading to Tesco station 18...Ummi, Ayah & Haiqal(all wearing face masks)...yg lelain masih nyenyak tido lepas solat subuh...Ayah request nak kari kepala ikan...borong all the groceries+vege tapi Ayah kata ikan x menarik (walau di mata Ummi nampak segar-bugar je n cantik-cantik)...Ayah kata 'nak g Econsave manjung tak?' Ummi cakap 'kalo Ayah larat nak drive ke Manjung pulak,Ummi okey aje'...so, balik umah kat S.I. dulu, unload barang dari bonet kete...kemas apa yg patut..then, all of us headed to Manjung pulak...this time around dah plan nak tinggalkan all the kids+bibik kat umah niece ayah si Ila kat Manjung..risau nak bwk diorg kat crowdy area camtu

sampai umah Ila dlm pukul 11.30am..tinggalkan bdk2 n bibik...Ummi n Ayah terus pegi Econsave..on the way there, Ayah tunjukkan Manjaku outlet baru bukak n ada sale pulak tu...so singgah kejap tapi takde yg menarik kat mata kami(Ummi still ternampak2 few online kids stores yg jual baju2 sangat menarik..ehem)...sampai ke Econsave...masyaAllah...ramainya manusia..isk...sungguh x best....tengok2, ikan sumer pon lagikkk tak menarik n x segar...so beli sayur lagik...sungguh kuciwa...Ayah ckp takpe..nanti kita singgah kat pasar tani titi gantung on the way back...lps zohor bertolak balik dan singgah ke titi gantung...lagi sekali kuciwa...xde lsg ikan dijual...kami teruskan perjalanan, then tergerak hati nak singgah kat deretan kedai lama yg mmg kami peratikan sll ada kereta singgah di situ....BINGO!!!Ayah rembat sekor ikan terubuk, 2 ekor ikan duri dan daun kucai utk dibuat cucur udang petang nnti...alhamdulillah...

balik umah...dalam jam 5pm Ummi mula bersilat kat dapur...
menu berbuka kami hari Sabtu:

-gulai ikan duri
-terubuk goreng sumbat cili
-buncis goreng taucu
-peria goreng crispy
-sambal belacan
-ulam ;timun n peria katak
-cucur udang(+kucai+togeh)
-betik susu+air soya
-air teh panas
-kurma (wajib)

hari kedua Ramadhan- Ahad

Kakak n Abang ikut Ayah balik KL...Adam tingal ngan Ummi sama Alysha..bila diorang dah takde,Ummi terus hilang mood nak masak...hanya masak sayur lemak togeh.+ potato ..then teringat, minced beef + potato yg dibeli...beranikan diri utk buat Begedil Daging buat kali kedua..dulu penah buat sekali tapi lembek sbb Ummi bantai ntah ape2 ingredientnya...kali ni pon x sempat google cari resepi..cuma ingat2 lupa petua orang...hasilnya: sangat sedapppp (bukan nak puji ye tapi sesungguhnya mmg sedappp)...puas hatiku kali ini...part yg paling best, end up kami berbuka di KFC jek..hihi...sayur yg Ummi masak tuh buat makan waktu sahur jela

meh tengok rupa Begedil yg Ummi masak:



nih rupa sebelum digoreng...


nih rupa budak yg bosan nak menolong itu ini sambil duk cakap 'itu sedap..ini bau wangi...nak air etc...'

sayur lemak toge+potato

begedil sedang dimandikan ngan minyak panas..hihi

rupanya setelah siap digoreng




Friday, August 21, 2009

Makanan rujiku sepanjang puasa...again

Seperti pada tahun lepas, Ummi akan sedaya upaya pastikan Ummi mengambil makanan-makanan berikut bagi memastikan milk supply tak merudum...mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir Ummi menyusu Alysha kan...Ramadhan depan umonya dah dekat 3 thn la pulak...cepatnya masa...





KURMA/DATES

http://www.thenutfactory.com/photos/fruit-dried-dates-deglett.jpg

KISMIS/RAISIN


http://www.thenutfactory.com/photos/fruit-dried-raisin-golden.JPG


SOYA/SOY


http://www.theajzone.com/members/images/stories/soy.jpg

OAT

http://karisullivan.files.wordpress.com/2008/04/oatmeal.jpg

HALBA/FENUGREEK

http://www.viable-herbal.com/images/herbs/fenugreek-bsp.jpg



PALING PENTING...MINUM AIR MASAK BANYAK-BANYAKKKKKK

http://www.apartmenttherapy.com/uimages/kitchen/2008_07_24-GlassofWater.jpg

Latihan Ramadhan - Mengurus Marah

1. Bukan puasa kerana tiada makanan. Tetapi puasa kerana melatih diri untuk terkawal. Tidak makan di depan makanan, kerana Tuhan. Bukan bertahan dari membalas kerana lemah dan berjiwa pondan. Tetapi belajar untuk memilih tindakan.

2. Marah itu perlu, sesekali ia memang perlu. Tapi kalau sentiasa marah dan penuh bangkangan, hingga setiap patah kata hanya mengungkapkan kemarahan dan ketidak setujuan… ia tidak tepat dengan contoh Baginda Junjungan.

3. Rasulullah SAW pernah marah, tetapi marahnya diredakan dengan bermesyuarat dengan sahabat mencari yang terbaik pada tindakan. Sebab marah itu emosi. Bila kita emosional, kita tidak rasional. Bertindak secara tidak rasional itulah yang sering mengundang sesalan.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasiq kepadamu membawa satu berita, siasatlah terlebih dahulu. Agar jangan nanti kamu bertindak ke atas suatu kaum dengan kejahilan. Lantas semua itu akan mengheret kamu kepada penyesalan atas apa yang kamu lakukan”

(Al-Hujurat : 6)

4. Bagaimana mahu menyiasat? Bagaimana mahu bertindak dengan tepat? Andai terlalu mudah melenting dan sentiasa membalas berita dengan tindakan tanpa usul periksa.

Inilah yang diajar oleh Ramadhan. Mengajar Muslim untuk kembali mampu mengawal diri. Tidak mudah teransang. Tidak terburu-buru mengambil tindakan. Khusus bagi pendakwah yang memperjuangkan Islam. Tugas kita bukan mencegah kemungkaran semata, tetapi harus berusaha mengubah suasana.

“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tanganmu..."

5. Apa yang dituntut bukan hanya menyatakan ketidak setujuan dan penentangan, tetapi harus berusaha mengubahnya. Sirah mengajar kita bahawa jarang benar perubahan dapat dilakukan jika kita hanya tahu marah dan menunding salah.

6. Tetapi Baginda SAW itu gagah… gagah tulen iaitu pada keupayaan diri mengawal marah. Sahabat melenting dan mahu membelasah si Badwi itu, namun Baginda menegah. “Biar dia habiskan urusannya!”, kata Baginda tenang. Lantas Baginda SAW meminta air dan sendiri membersihkannya. Itulah jiwa kuat yang tulen.

Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!

7. Kita mengukur jantan diri dan hebat berjuang kalau kita pandai mengamuk. Tetapi Baginda SAW mengajar bahawa yang gagah itu ialah pada upaya mengawal diri. Khususnya ketika marah. Jangan pesimis, Covey menyebutnya sebagai PROAKTIF.

Inilah latihan puasa. Ramadhan datang dengan pakej latihan untuk mengajar kita cara mengawal diri.

Diambil sepenuhnya dari saifulislam. com (disusun kembali)

Ramadhan Mubarak…semoga Ibadah puasa kita tahun ini lebih bermakna serta kita semua menjadi hambaNya yang bertaqwa. Amin


Thursday, August 20, 2009

New price, new added features, new look!

Starting from August'09, the new stock of Lunatots CD may have some new added features and also new design....in conjunction to that, a lil bit of tiny weenie price increase has to be done....

Wait till you see the new added features and few new exciting designs of the CDs.....!!!

Monday, August 17, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR




ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

Pelik Ya...

Buat renungan bersama



Alangkah Peliknya Kita......

Pelik ya,

Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.


Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan surat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

Friday, August 14, 2009

Worst nightmare ever -Part 4 - Final Part

Alhamdulillah...semuanya dah selesai....Syafiqah pon dah sihat dan the crisis dah xde berulang lagi...thnking myself has been exposed to the I-L-I ward in Ipoh GH, I asked my Exec. in the office whether I should be on home isolation or anything or just go to work as usual on the following day. She replied saying that the HRMA requested me to go to the panel clinic(inside the office compound) to get the clearance from the doctor about my condition...

The next morning, I went to the clinic as requested...and I knew that Doc S (who precribed Maxolon to Syafiqah)will be on duty every morning...when my name was called for consultation...I went in calmly and then she asked me on the condition of Syafiqah due from her fever...

Me :
'doc..maxolon that u prescribed sebabkan dia kene kejang leher sampai kene admit
GH Ipoh tau'

Doc S :
'Oh...it's your child my staff have been talking about...

No....no!..you cannot blame me...or maxolon'

Me :
tapi doc in hosp Cgkt Melintang as well as Specialist in GH Ipoh told me yang ubat
nih should not be prescribed to children

Doc S :
sebab tulah I nak bagi ubat jenis sirap tapi u all mintak tablet lagipun...i biasa bagi kat budak2 lain okey je...in fact, orang dewasa pon ada yang
jadi macam ur child bila ambik Maxolon'

so,

what did that mean?????

-maxolon memang ada side effect (even to adults)

-she did not tell me anything on the side effect when she prescribed it to Syafiqah earlier

-am I a doctor or someone who are well verse in medicine...that I should know on my own that Maxolon ada side effect to my child

-even though, we requested medicine in form of tablets rather than syrup...shouldn't it be her responsibility to tell us WHAT IS GOOD AND WHAT IS BAD????

-should it meant that if I've requested poisonous medicine for me to consume, then she'll simply just give it to me?

-where is her integrity as a doctor (that now I have totally lost respect on her)?

-she did not even have the heart to say SORRY after what had happened....

even Doc Jefri yang hanya part time doctor kat U*P Health Center pon ada belas ihsan nak call my hubby(which of course he got the number from the clinic registration details)on the next day to ask on Syafiqah's condition...

I was sooooo disappointed by her behavior....soooooo frustrating............so benganggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

Worst nightmare ever -Part 3

Yep...my HERO arrived...and I just did not expect Hubby to arrive that fast…he took only 2 hours++ to drive from Semenyih to Cangkat Melintang…wow…I was so relieved to see him though the actual problem was still left unresolved…tat the same time jugak, Doc Jefri arrived to see how things going on and to pfetch his wife and lil daughter...the lady doctor explained to me that Syafiqah need to be admitted to GH Ipoh for further treatment and she has prepared the referral letter to bring along…I had a second thought of…alang-alang dah nak kene pegi Ipoh, baik terus je admit kat my panel hosp. which is Ipoh Specialist Center and we informed the doctor on our decision…so, we went back to Seri Iskandar to leave my car and also to bring some clothes & other things along as we will be staying overnight at the hospital…but then hubby asked me if I really want to bring her to the hospital as he claimed that she did not encounter with any attacks during the journey from hosp Cgkt Melintang to our house...tak sampai 5 minit after saying that, dia kene lagi attack tuuuuu and I straight away insisted to go to the hospital so that it was better to be safe than sorry….my heart broke again when Alysha cried calling my name when seeing me leaving the house…oh dear!!! Kalaulah badan Ummi ni boleh dipecah kepada beberapa bahagian…senang sikit citer…dalam duk mengenangkan keadaan Syafiqah, I was so worried about Alysha too as this will be her 1st time ever to sleep without me on her side…

Sampai di Ipoh Specialist Center at 2 am, we were informed that all the rooms were fully occupied…oh no!!!!!not again!!!lepas satu...satu pulak halangan yang muncul….then, I told hubby that it’s better for us to just directly go to GH Ipoh instead of going to Pantai Puteri Hosp(another panel) as I’m not wasting any more time for this kind of thing…bila sampai kat GH Ipoh(for my 1st time ever), kat bhg. Kecemasan dan Trauma…masyaAllah…ramainya orang tengah tunggu giliran nak dapatkan rawatan at 2.20 am!!! Nasib baiklah ada referral letter dari hosp Cgkt Melintang…terus naik ke Level 6 dan terus dapat masuk wad 4 bedded room tapi hanya 2 katil saja yg ada patient (Syafiqah & a 1 year old baby)…I could still clearly remember that it’s 2.40 am & Syafiqah dah xde kene attack tu since bertolak dari rumah ke Ipoh…that’s a good sign…I suppose…the MA or MO tah datang bagitau yang ubat untuk reverse the effect hanya akan diberi if Syafiqah kene attack tu lagi…tapi since she’s stabilising, then, she might not need the IV drip with the medicine to reverse effect the Maxolon… I chose to stay with her in the room while hubby preferred to sleep in the car at the parking lot...later the nurses and MA and MO mula menjalankan tugas diorang…one after another…memang I could not sleep more than ½ hour kut sbb kejap-kejap ada je diorang check itu ini…Tanya Ummi itu ini….very thorough investigation…even questions like ‘dulu dia lahir brp kg? lahir cukup bulan ke tak? Is she doing well in school?,,,,etc’…kalau tak silap, yang investigate all her details tu namanya Dr Ong-medical officer…sangat polite doctor ni…in fact, all the nurses and MAs, MOs,Specialist sangat-sangatttttttttt baik & polite…I was really not expecting to get that kind of treatment…now sangkaan Ummi selama ni terhadap layanan govt hosp. dah berubah…

Another MA/MO later came to explain that no other visitors were allowed even though during‘Visiting hour’,,,only me and hubby were allowed to be there…and I was also reminded not to linger around…as I was sooo sleepy…I just nodded

The next morning, a lady MA came dan mula check itu ini..tanya itu ini etc…Ummi bgtau that Syafiqah dah okay…dia cakap Syafiqah boleh balik harini tapi kene tunggu MO datang check dulu…later, MO datang check dalam pukul 10am and bagitau everything was fine and we asked if we could discharged at once…unfortunately, he said that we had to wait for the Specialist to give a final check before we could go home…..tak lama lepas tu, the specialist datang….she explained everything about the attack and then only I knew that it was called as OCULAR GYRIC CRISIS…katanya, there were worst cases when the neck cramp and everything remain ed permanently…at that moment, I realised how serious it could be…syukur alhamdulillah…the crisis subsided dengan sendirinya

Then, the doc also explained why did we need to wear mask & to stay put in the room because the ward is specially catered for I-L-I PATIENTS!!!!!!!!! I was like…..what! have I put ourselves into!!!!She explained that Syafiqah was placed there due to the fact that she has developed fever, cough and vomitting the few days before…and she was also an asthmatic child…masyaAllah…Tuhan aje yg tahu betapa takutnya Ummi mengenangkan kami dikelilingi patients yang mungkin ada H1N1+ virus!hanya tawakkal dan doa yang mampu Ummi buat waktu tu…hubby cepat-cepat minta kebenaran nak discharge sebab taknak lama-lama lagi spend masa kat situ…at first, the nurse cakap kalau nak discharge kene tunggu lambat sikit due to the procedure nak kene tunggu specialist habiskan lawatan ke atas semua patient…siap nurse tu cakap ‘takpelah…tunggu lama sikit…makan-makan dulu japgi’….adeh…macam le kitaorang nih nak tunggu lelama sbb nak menjamu selera ngan makanan hospital pulak…sib baik hubby cecepat bagi reason nak balik cepat sbb rumah jauh & nak urus anak pegi sekolah…hemm…nasib baik hubby boleh berfikir cepat bagi alasan yang munasabah...x sampai 15 minit…selesai pon all the necessary documentations…dan Syafiqah jugak diberi an Allergy card indicated that she’s allergic to Maxolon…and she should NEVER EVER consume that Maxolon again…

Thursday, August 13, 2009

Worst nightmare ever -Part 2

Sampai je kat klinik, I rushed in to find about 20++ students tgh tunggu treatment ( and I suspected must be the ILI kind of thing)...just in time, ada patient kuar dari bilik doc..I rushed Kakak in without doing the registration etc...Dr Jefri(part time doc) tny 'kenapa ni?'..dgn tangan yang menggigil dan terketar-ketar...I dun know how to explain to him....i just said ' kepala dia doc...xleh nak tegak...jadi senget ke atas...lidah dia pon dah kebas,xleh cakap'...Dr Jefri calmly tny few Qs to investigate...luckily I brought the medicines she has taken and gave to the doc...dia buka satu-satu ubat tuh and he directly pointed to 'MAXOLON'....he said 'this is the reaction towards the intake of Maxolon...which normally will not be prescribed to children'....i was like...'what?!!!!then, kenapa pulak Doc S pagi tadi boleh prescribe this thing to my daughter?????!!!!....

Then, Dr Jefri explained calmly to me...bhw this reaction is not harmful..but it will indeed make Syafiqah to be in pain...so, he said that there's a medicine to reverse the effect but not available in the clinic...so, he referred me to go to Hosp. Cangkat Melintang which is the nearest available...I was like...where is that hosp?My fault, I have not even bothered before to seek information on the location of the nearby hospitals in case of emergencies...I managed to call dear hubby who has just arrived KL from JB that evening telling a bit on what happened to Syafiqah...the nice and kind Dr Jefri offered his wife to show me the way as he claimed that she's familiar with the hosp....so, off me+Syafiqah+Adam+Faridah(doc's wifey) and 2 year-old Sarah(doc's lil one) rushed to find the hosp. and we departed at about 9.58pm...

Nak dijadikan cerita, rupanya si Faridah tu pun x berapa cam sangat jalannya sebab dia biasa pegi hosp tu waktu siang aje and that was actually around 2 YEARS AGO!!!...I was like...ughhh....takpelah...jadi peneman pon jadilah...and as expected...kami sesat di sana sini sampailah hampir-hampir tiba di Setiawan (punyalah jauh sesatnya)...patah balik...Kaklong pun rupanya rush ke hosp cangkat melintang jugak lps diberitahu dear hubby....and finally, we arrived at the hosp. at about 11.20pm....Syafiqah was rushed into the Emergency Room and was asked to lie down...sempat le sorang doc dtg tgk2kan dia...then bgtau dia penah ada another patient( a boy) pon kene attack yg sama sbb Maxolon...then, ada pulak kes sorang nenek kene stroke..so all the docs+assistants attended nenek tu dulu...alhamdulillah,berjaya...after that, barulah sorang doc ppuan dtg dan bgtau ubat to reverse the effect takde kat hosp tu pulak..hanya ada kat GH Ipoh...I was like....what???again????dalam duk berpikir-pikir tuh....suddenly, my HERO arrived.....

to be continued to Part 3



Wednesday, August 12, 2009

Worst nightmare ever -Part 1

It started when Syafiqah started to cough+sore throat on Saturday...pegi klinik panel kat dalam ofis ni tutup pulak..so pegi another klinik panel kat luar which I did not favor sangat...on Sunday, dia dah developed fever+vomitting...yup...tiap kali demam, dia mesti akan muntah2 sekali...on Monday morning, I took her to the panel clinic kt dalam ofis ni dan berjumpa dengan permanent doc which is Doc. S...before prescribing the medicines, kakak slowly whispered to be given tablet kind of medicine instead of syrup-like...sebab dia susah sikit nak telan ubat air nih,komfem kuar balik later...

Doc. S bagi ubat demam tablet which is Ponstan, ubat batuk syrup kaler hitam(sbb xde ubat batuk tablet), antibiotik syrup (pon sbb xde antibiotik tablet for kids) dan juga untuk ubat muntah dia bagi Maxolon tablet (dosage-1 tablet 1/2 hour b4 makan)...

later that night...aktiviti biasa kami 5 beranak ialah bergolek-golek dalam bilik tido sambil bergurau-senda...then, Syafiqah mengadu lidah dia terasa numb/kebas...I noticed that she started to speak unnaturally due to her numb tounge...I thought it's something like digigit semut ke etc...then, dia berbaring atas tilam dia & she seemed to behave quite weird... tergelak-gelak...tetiba, I saw her neck was flexing to the right upwards...dia sempat cakap 'Ummi, leher Kakak takleh tegak...sakitttt'...her tounge was protruding and her eyes was slowing deviating upwards...memula, kami ingatkan dia main-main sbb mmg kami tengah bergelak ketawa eventhough deep inside I dont think she was playing around....si Adam pulak cakap 'kakak nih macam OKU pulak'...terus si Kakak meraung as she's having pain and Adam was saying such thing to her...at that moment, 1001 things came into my head at once...I hugged her and I could feel her head was tossing upwards...then I called her' Kakak!!!!' dia dah merengek and cakap 'leher kakak sakitttt'....

Ya Allah! What's happening to my daughter???Am I losing her? Is she getting a fit? Is she ...this? Is she...that? In panic, I could still calmly asked her on what she ate that night to cause her be like that...I got dressed and managed to alert myself to bring all her medicine that she took that night and rushed her to the panel clinic again...Adam insistedly want to follow and I allowed him to give me some strength...sepanjang perjalanan ke klinik tu...I kept calling her name to keep her awake (macam duk tgk dlm TV tu...)....telling her how much me & hubby love her...telling her to fight whatever 'disease' that's attacking her...mintak dia recite surah-surah al Quran dan mintak tolong Adam sama-sama bacakan with me...Ya Allah! Only He knew how was I at that moment....

(to be continued-Part 2)

Sunday, August 9, 2009

Pic dah basi

I was soooo busy the past 1-2 months...jadi banyak gambar yang blom dapat upload ke sini...ini berkisar tentang Majlis Tilawah Kebangsaan yang dah selesai berlangsung last month...Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dapat kami merasa kemeriahan majlis ini sebab dibuat di tempat kerja Ummi sendiri...kalau tidak, entah sampai bila le nak merasa? Anak-anak Ummi yang sangat teruja, lepas Maghrib je dah kalut bersiap nak pegi...huhu

si Kakak tersengih gumbira



si Haiqal segak bergaya siap nak pakai sampin lagi tu(si Adam dah berlari sorang2 masuk Hall..haishhh...maklumla,'rumah' sendiri)

the Hall waktu orang belum ramai lagi

Elok nak amik je pic Qari pertama mulakan bacaan, bateri pulak 'kong'...hmm..setakat itu ajelah rezeki buat kenangan kami

Saturday, August 8, 2009

Hari Sukan SKSI

It was held about 2 weeks ago...Kakak main melodian untuk pancaragam sekolah while Haiqal masuk Sukaneka 'Meleret bola zigzag'

Haiqal waiting for his turn...he's the last one..penentu menang kalah kelas dia nih...and he got 3rd place..jadilah tu




si Adam pakai barret Kakak


Azim anak auntie yus...soooo handsome..



Kakak main melodian with the pancaragam group


Rumah Merah


Rumah kuning



Khemah-khemah dihias indah ikut Rumah masing-masing

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages