Thursday, January 28, 2010

Anak-anak Ummi setelah sebulan bersekolah

Dah sebulan buka sekolah...macam-macam kerenah anak-anak Ummi ni

mula dengan si Kakak Syafiqah:
.
tahun ni tetiba sandang jawatan pulak
dahle nak UPSR bulan September ni
dah dilantik jadi Pengawas Pusat Sumber
pastu semalam dilantik jadi Pengerusi PBSM(Bulan Sabit Merah)pulak
.
isk..Ummi reminded her
persatuan² jugak...UPSR jangan dilupa
walau Ummi dah berniat tak nak
bagi Kakak masuk mana² SBP
walau dia dapat 5A
tapi itu tak bermakna Kakak
boleh relak² saje
study kene study jugak
.
.
Abang Haiqal:
tahun ni semua nak smart
dah darjah 4 kan
dah pandai nak bergaya
dulu darjah 1 punyala shomots
sekarang minyak rambut x penah miss
pakai kalo nak pegi sekolah
yang buat Ummi meloya tiap kali bau Brylcreem tu
baju nak kemas..cantik..
.
alhamdulillah
cumanya, sebab dah 3 tahun berturut
sekolah kebangsaan kene sesi petang
now dah sesi pagi
nak bangun pagi liat yang amat
puas kejut
pastu mulalah nak memanja
nak Ummi mandikan la
nak Ummi sikatkan rambut la
blablabla
adeh la hai...dari dulu
dia le yg paling nak manja ngan Ummi
.
.
Abangcik Adam:
yang ni memang senang bangun pagi
bersiap mandi segala tak payah disuruh
memang independent dari kecik
takde nak ngengada suruh Ummi mandikan etc
dah naik darjah 2 ni
alhamdulillah jugak
tiap kali balik sekolah
baju putih bersih jek
takde la hitam shomot sana-sini
macam tahun lepas
.
.
Kakcik Alysha:
asal abang kakak bangun pagi je
dia pon bangun sama
sebab memalam dia tido awal
terikut dengan pe'el preggy Ummi
pukul 9.30 dah melepek atas katil
hehehe
.
.
Ummi?
macam tu jugakle
duk morning,noon, evening sickness tak abih lagik
kadang morning
kadang noon
kadang evening
tak tentu masa
cepatla habis 1st trimester
tak larat dah dgn perubahan hormon nih
tapi yang pastinya,
berat dah naik 2 kg
hasil duk bedal nasi lemak tiap pagi
hadoi la...

Wednesday, January 27, 2010

MPHOnline.com - 100 Fabulous Fiction Titles 2009 20% off




wahhh...Ummi dapat email dari MPHonline tadik
bestnyaaaaaaaaaaa
gaji dah masuk
laju jela tangan nak click..click...buying online
ops..lupa nak bagitau
offer ni untuk online purchase je tau
kalo pegi MPH nak beli kat sana,
tak dapat le 20% off nih
JOM BELI....

Thursday, January 21, 2010

Petua Membanyakkan Susu

Ummi memang peminat setia Pa&Ma sebab banyak info tentang kehamilan, kelahiran dan keibubapaan yang Ummi boleh manfaatkan buat panduan. Kat forum yang Ummi join selalu yang mengadu tak cukup susu, susu tak banyak etc. Kebetulan pulak Ummi terjumpa artikel menarik tentang ni semalam, dapatla Ummi kongsikan di sini buat panduan semua.

Kaedah banyakkan susu ibu - Pa & Ma Feb 2009

1- DAUN SIRIH


pic
- sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara.
Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.


2- NASI PANAS, HALIA MUDA,AIR ASAM
- makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa.


3- LONGAN KERING
- rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya.


4- LOBAK PUTIH

pic
- ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas
air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.


5- BUNGA MELUR dan DAUN PUCUK MANIS
- giling daun bunga melur atau daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi
sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.


6- SUSU
- banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.


7- KACANG TANAH
- digalakkan ambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.


8- HALBA dan JINTAN HITAM

pic
- cuci halba atau jitan hitam bersih2. Selepas itu, keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya,
rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis @ jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum
airnya.


9- DAUN BETIK MUDA
- ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan 2-3
kali sehari.

Friday, January 15, 2010

It has started....again

pic credit to here


This is the 'beauty' of pregnancy--->morning sickness...
or it's rather evening sickness to me...huhu...
exactly the same as when I was expecting Alysha before...
siang-siang datang ofis maintain je...well...takdela se 'maintain' itu...
pepagi tuh ada la mual² tekak tapi still boleh control
breakfast mesti something heavy macam nasi lemak @ mihun goreng etc
lunch is a bit lighter..kalo nasi pun, maybe 1/2 senduk jek
dinner is much much more lighter or takde langsung
tak lapar????
lapar sangat...
tapi kalo makan nasi or heavy meals
tak sampai 5 minit, kompem kuar balik sumer
tak larat den wehhhh
hazabbbb
kalo lapar sangat,
Ummi makan sekeping dua
roti bakar sapu kaya+butter
itu je yang tekak lalu makan
dan perut boleh terima
so far
biasanya,
bila dah dekat jam 5 petang je
perut mula rasa sebu
tekak dah rasa macam tersangkut
kepala mula rasa pening
walau takde makan/minum pape
angin mula naik
asek sendawa je
so,
Ummi kene cepat² balik umah
taknakla muntah kat ofis pulak
balik umah pun tersadai kat katil
lepak² tengok tv dengan Alysha
b4 that dah suruh Siti prepare
bahan memasak apa yg patut
supaya Ummi boleh memasak dengan cepat
malam pulak,
pukul 10pm je mata dah tak larat nak angkat
badan dah terasa berat nak berlabuh
once tutup mata je,
zzzzzzzzzzzz
pagi pulak,
macam tak cukup² tido
isk...

Pregnancy 1st dulu : xde mabuk langsung...sihat kuat...
smp terpikir² camne rasanya
mabuk/alahan mengandung tuuu

Pregnancy 2nd : pun xde mabuk...sihat cam biasa

Pregnancy 3rd : mual every time pas berus gigi jek

Pregnancy 4th : evening sickness...other than that ok je

Now : evening sickness jugak..kekadang mual gak waktu pagi

SESAPE ADA TIPS CARA NAK KURANGKAN MUAL @ HINDARI MUNTAH WAKTU PREGGIE NIH????BOLEHLAH SHARE BERSAMA YE...

Wednesday, January 13, 2010

Rezeki dari Allah...

Dah lebih 3 minggu Ummi batuk tak baik²
si Alysha pulak sejak si bibik balik bercuti bulan lepas
asek nak dengan Ummi jek
bibik dah tak laku
dah sebulan jugakla
Alysha duk meragam tengah² malam
without reasons
yang membuatkan Ummi
selalu datang ke ofis dengan mata 'panda'
letih takyah nak cakap le
bohongle kalo cakap tak letih
dengan 4 orang anak
sendirian kat sini wihout hubby around
sangat memenatkan minda & fizikal
tapi...
Ummi redha
dah tersurat begini
semalam,
Ummi ke klinik lagi
sebab pening kepala berpusing²
macam nak pitam
doc. check blood pressure
ok je bacaannya 120/80
hemm...
Ummi mintak buat UPT
sebab memang dah overdue sket 5 hari
dan hasilnya,
bagai dapat dibaca apa yg tersirat di dalam hati Ummi
.
.
.
.




pic dari sini
DOUBLE LINE
=
positive
=
Alysha nak dapat adik lagi
Alhamdulillah,
walau bukan kami rancang
Allah lebih mengetahui
syukur atas nikmatmu ini ya Allah
moga perjalanan pregnancy kali
ini lebih lancar
despite that I'll turn 38 this year
moga semuanya dipermudahkan
AMIN


Monday, January 11, 2010

Bila si kecik mula belajar solat...

Si Alysha memang pantang nampak sesape warga dalam umah tu solat
kelam-kabut dia pun nak solat
yang pastinya,
dia xmo share sejadah dengan sesape
dia nak solat satu sejadah sendiri

kalo dulu,
dia terus solat gitu je
takyah bertelekung bagai

tapi sekarang...
mesti complete dengan telekung,
dengan kainnya sekali

padahal,
pakai telekung je dah tutup habis badan dia
tapi dia tak peduli
nak pakai complete jugak

takpela dik...
bagusla tu
moga menjadi anak yang salehah ye...





video

Thursday, January 7, 2010

Dah masuk tahun baru

salam buat semua....

tanpa disedari belum ada entry sejak masuk tahun baru nih
adehhh...Ummi sibuk sungguh dengan anak² sekolah nih
padahal,
takde sesape pun yang masuk tahun 1

Kakak masuk Tahun 6
Abang masuk Tahun 4
Abangcik masuk Tahun 2

Hari pertama sekolah as usual Ummi & Ayah amik cuti
Kakak & Abang sekolah sessi pagi
Abangcik sekolah sessi petang
pepagi hantar both Kakak & Abang
gi sekolah
then,
Ummi gi masuk kelas Abang
tujuan utama:
nak pastikan Abang dapat seat depan
Alahamdulillah....
ada satu lagi seat kat depan
bila dia dah duduk
baru perasan rupanya kat sebelah dia tuh
anak jiran kat umah...
sukala Abang sebab dapat duduk
sama besfren

pastu,
bergegas ke kelas Kakak lak
dia takmo Ummi hantar sampai kat kelas
malu katanya
yela...anak dara Ummi dah besar
tapi...
Ummi tak kira
Ummi masuk kelas dia gak
hihi
ramai dah kat kelas
tapi sumer duk row ke 2 dan seterusnya
takde sape nak duk row 1 depan meja cikgu
Ummi soh Kakak duk situ
dan otomatik
besfren dia si Nayli pun amik beg dia
dari belakang & duduk sebelah Kakak
settle dah 2 perkara

tengahari pulak
bawak Abangcik pulak
siap tunggu kat luar kelas pagi
sebab nak make sure
dia duk depan
sangatla penting
sebab Abangcik kuat main & sembang
Ummi dah bagi tips
so that Abangcik leh rebut tempat kat depan sekali
elok je kelas pagi keluar
Abangcik tanpa berlengah
terus menuju ke baris depan tengah
berebut² bebudak lain nak tempat tu jugak
nasib baik physically
Abangcik memang besar tinggi dari yang lain
so,
dia dapat tempat tu dengan jayanya
Alhamdulillah....
Ummi siap pesan ngan cikgu kelas dia
Ustazah Hafiza
tolong tengokkan Abangcik sikit
sebab dia dah turun kelas
dan dia memang kuat main
so,
bila duduk tempat depan sekali
takde chance le dia nak main

Pagi ni baru mula sekolah agama
dan sekali lagi
awal² pagi dah tertonggok depan kelas
elok je ustazah dia sampai
dan buka kunci kelas
Abangcik cecepat masuk kelas
dan dapat seat tengah di depan
syukurrr......

Tengahari nanti
nak uruskan si Abang lak
sekolah agama
perkara yang sama
akan Ummi lakukan
ngeeeee ^_^

Sunday, January 3, 2010

Coolababy pula...PROMOSI PENGENALAN

*Sticky entry*






pic from here


COOLABABY VELCRO & BUTTON WITH 2 INSERTS!!!

Coolababy introductory price:
1 piece = RM30 RM32 harga asal
.
INTRODUCTORY PACKAGES OFFERED:
.
Pakej A:
3 pcs @RM29.00 each = total RM87.00(jimat RM9.00)
.
Pakej B:
5 pcs @ RM28.50 each = total RM142.50 (jimat RM17.50)
.
Pakej C:
10 pcs @ RM28.00 each = total RM280.00 (jimat RM40.00)

***FREE DELIVERY USING NORMAL MAIL***


Colors available :
Mint blue
Bluebaby
BlueAtoll
Blue
Pink
Yellow
Orange
Purple
Viola/warm purple
Green
Jasmine
Red
White

Kalau berminat, boleh isi ORDER FORM di SINI ya

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages