Wednesday, March 31, 2010

CD promotion is officially closed...

Alhamdulillah, semua CD Coolababy terjual macam goreng pisang kopok lekor panas...habis semua stok yang ada...macam tak percaya pun iye jugak..sebab waktu Ummi memula order semua CD tuh, ada gak terpikir di hati--boleh laku ke semua CD nih?
Alhamdulillah...habis licin semuanya tak bersisa....
terima kasih buat semua pembeli...especially pada those loyal customers yang buat pembelian CD berkali-kali...Thanks to all of you...moga kita semua sama-sama dapat memanfaatkan penggunaan CD buat si manja tersayang kita semua ^_^
jadi post skim ansuran ini dan juga promosi jualan runtuh ini juga telah TAMAT

Tuesday, March 30, 2010

Family Day & Kem Penghayatan Islam

Last Saturday was Family Day(FD) syarikat Ummi bekerja...Ummi punyala excited waktu register nama untuk attend FD kali ni sebab setelah lebih 3 tahun bekerja di sini, inilah pertama kalinya Ummi berkelapangan untuk join...tahun pertama dulu (FD kat Lost World of Tambun) Ummi takleh join sebab masih dalam pantang lepas bersalinkan Alysha...tahun kedua pulak (FD kat Hot Spring Sg Klah) Alysha pulak demam...tak sihat...cuba teka tahun ni FD dibuat di mana????

...jeng jeng jeng...

di
kawasan
opis
Ummi
aje
huwaaaa....

Takpelah...attend jelah kan...Ayah tak dapat join sebab kene outstaion ke JB...Kakak pun tak dapat join sebab ada program Kem Penghayatan Islam kat sekolah...so, Ummi, Abg Haiqal, Abg Cik, Alysha & bibik aje lah yang datang...well, frankly speaking...Ummi rasa amat amat tak best sangat...sebabnya, dah register nama Abg Haiqal & Abg Cik awal² untuk acara telematch & coloring contest...tup ²...bila time acara nak dimulakan, diorang main tarik je budak² mana yang ada kat situ....grrrrr.....sian anak² Ummi...sib baiklah ada 4 giant inflatable 'toy' tuh yang mana semua budak² had fun melompat² main kat atas tuh...Ummi pulak berharap jugakla kut² boleh dapat grand prize lucky draw which were LCD TV 42 inches & side-by-side door fridge tuh...tapi, hadiah kecik pun Ummi tak dapat...dah takde 'luck' kan, nak wat camne...penat jelah menunggu dari pagi sampai ke petang dengan mentari yang sangat terik...huhu

Citer Kakak pulak...

Semua murid Tahun 6 kene attend Kem Penghayatan Islam yang diadakan di sekolah...diorang kene bermalam di asrama sekolah sebab ada program Qiamullail etc...program 2 hari 1 malam ni dilaksanakan oleh ahli Rakan Masjid UTP & Akademi Fasilitator Kedah(AFIK)...memang faclitator² ni semua sangatlah talented walaupun semuanya masih muda belia belaka...

On the 2nd day...ibu bapa kene hadir ke Kem untuk Ceramah Keibubapaan yang diberi oleh Ustaz Haris Fadzillah...masyaAllah...sangat berkesan ceramahnya...especially bab Kesilapan Ibu bapa Mendidik Anak & juga bila beliau ceritakan kisah² di zaman nabi...Ummi ingatkan Ummi sorang jek duk curi² kesat airmata...rupanya, bila toleh kiri kanan...parent lain pun sama jugak...

Paling meletops adalah acara terakhir...bilamana facilitator pasang muzik mendayu & suruh semua murid bangun...faci dengan suara sedih menceritakan kesusahan ibu bapa membesarkan anak²...bagaimana kedegilan atau kesilapan anak² yang sedikit je dah boleh buat hati ibu bapa terluka...part ni, Ummi dah takleh tahan..airmata menderu je keluar...parent lain pun sama...dah dengar sob sob sana sini...dah dengar ada pelajar yang dah tersedu-sedan menangis......

Kemudian, faci suruh semua murid bangun & pergi cari ibu bapa masing² kat bahagian tengah dewan & minta keampunan sementara masih berpeluang berbuat demikian...sementara ibu bapa masih ada...bila sampai bahagian ni, masing² peluk anak masing² sambil menangis...tak kira murid lelaki @ perempuan...tak kira ibu @ bapa...semuanya menangis...Kakak & Ummi pun tak kurang hebatnya...sangatlah sayu rasa di hati....subhanAllah......

Alhamdulillah lepas je program KPI tu, Ummi dah nampak perubahan ketara pada Kakak....kalo Ummi mintak dia buat sesuatu, terus buat tanpa bertangguh...dah takde 'kejap Ummi' or 'jap lagi le Ummi'...harap² nilai murni tu berkekalan hendaknya......Amin

Thursday, March 25, 2010

Skim Ansuran CD Coolababy

Since Ummi dapat beberapa komen & emel tentang impian few mommies yang inginkan si manja tersayang mereka juga berCD namun harga atau pakej yang ditawarkan berada di luar kemampuan mereka....Ummi paham...tak semua orang mempunyai kemampuan atau priority yang sama...

oleh itu...

Ummi berbesar hati mengumumkan SKIM ANSURAN CD COOLABABY...


bagaimana skim ini berjalan??? mari kita baca caranya di bawah ye:


Pakej A(3+1), total bayaran =RM107.80+RM3(kos penghantaran tru e parcel)=RM110.80


Ansuran 2x = Bayaran pertama=RM55.40

Bayaran kedua=RM55.40


-->Selepas bayaran kedua dibuat, barulah CD akan dihantar kepada anda


Pakej B(5+1), total bayaran =RM160.10+RM3(kos penghantaran tru e parcel)=RM163.10


Ansuran 2x = Bayaran pertama=RM82.00

Bayaran kedua=RM81.10


-->Selepas bayaran kedua dibuat, barulah CD akan dihantar kepada anda


Ansuran 3x = Bayaran pertama=RM55

Bayaran kedua=RM55

Bayaran ketiga=RM53.10


-->Selepas bayaran ketiga dibuat, barulah CD akan dihantar kepada anda


Pakej C(10+1), total bayaran =RM294.40+RM6(kos penghantaran tru e parcel)=RM300.40


Ansuran 2x = Bayaran pertama=RM150

Bayaran kedua=RM150.40


-->Selepas bayaran pertama dibuat, Ummi akan menghantar 5 CD kepada anda

-->Selepas bayaran kedua dibuat, Ummi akan hantar baki 6 CD kepada anda


Ansuran 3x = Bayaran pertama=RM100

Bayaran kedua=RM100

Bayaran ketiga=RM100.40


-->Selepas bayaran kedua dibuat, Ummi akan menghantar 5 CD kepada anda

-->Selepas bayaran ketiga dibuat, Ummi akan hantar baki 6 CD kepada anda


*Jika diperhatikan, Ummi masih mengekalkan harga promosi jualan runtuh bagi kesenangan semua mommies*

MOH MOMMIES....SEMUA BABY TERSAYANG MAMPU BERGAYA DENGAN CD² YANG CUMILLLL

*MARI SELAMATKAN BUMI KITA
DAN
JIMATKAN POKET MOMMY JUGA ^_^*


BERMINAT????
meh isi Order Form kat sini

(STOK ADALAH TERHAD)

HARGA RUNTUH!!!!!!!!!!!!!!!!

Dengan ini diumumkan PROMOSI HARGA RUNTUH CD COOLABABY



1. Dengan pembelian pakej A(3 pcs CD), anda dapat membeli CD ke 4 dengan potongan harga sebanyak 35% (drp harga asal), maka anda dapat membeli pada harga RM20.80
..

Dengan pembelian pakej B(5 pcs CD), anda dapat membeli CD ke 6 dengan potongan harga sebanyak 45% (drp harga asal),maka anda dapat membeli pada harga RM17.60
..

Dengan pembelian pakej C(10 pcs CD), anda dapat membeli CD ke 11 dengan potongan harga sebanyak 55% (drp harga asal),maka anda dapat membeli pada harga RM14.40 sahaja
..
*kos penghantaran ditanggung oleh pembeli*
..
Mari-mari....tawaran hanya sah sementara stok masih ada sahaja....

Tuesday, March 23, 2010

Percutian yang tak jadi... Haiqal was admitted

Last week, Ummi amik cuti dari Jumaat-Isnin sebab nak balik kampung di SP...then plannya nak ikut Ayah outstation ke Penang pada hari Ahad tu...memula balik umah Maktok....pastu balik umah Tok pulak...tapi, dalam duk riang-ria kat sana...hati Ummi tetap rasa tak sedap...

sebabnya:

demam Haiqal tak kebah²...dia start demam dari hari Selasa...hari Rabu pepagi Ummi dah bawak dia pegi klinik panel dalam U*P nih...dah dapat ubat demam sebotol, antibiotik(kapsul) & ubat batuk. Hari Jumaat tu ubat demam dah habis sebotol, sib baik Ummi bawak ubat demam extra...tapi, Ummi pelik sebab demam dia langsung tak kebah aka tak berpeluh²...sian dia...kakak & adik² dia enjoy main dengan cousin², dia pun nak join main tapi duk tak bermaya je...Ayah dah belikan air kelapa sebiji kat dia suruh dia minum ( Ummi & Ayah duk risaukan takut kene demam denggi sebab Kakak penah kene dulu)...dah minum air kelapa tu, sejuk sikit badan dia...

Hari Sabtu tu badan dia mula panas balik...tapi tengah hari tu sejuka kejap...bila lewat petang dah mula panas membara balik...lepas Maghrib, Ummi terus ajak Ayah bawak dia g klinik...Ummi memang rasa ada yang tak kena...sampai kat Klinik Bersatu SP, Ummi turun dengan Haiqal je sebab hujan lebat...sib baik takde patient lain....bila doc check je tekak dia, terus doc cakap

'very bad'

..isk..cuak Ummi yang mendengar...doc cakap tonsil dia teruk..sebab tu demam dia takmo surut..doc cakap dia xleh bagi ubat apa²pun sebab takkan membantu...then, kuarla ayat yang Ummi ngeri tiap kali dengar

'your son kene admit ke hospital immediately'

Ya Allah!!!!Teruk sampai nak kene admit rupanya...air mata dah mula nak keluar tapi Ummi tahan gak..

Lepas doc tanya Ummi nak admit kat hospital mana, dia pun buat referral letter untuk Ummi tunjukkan kat doc in charge kat hospital nanti...bayar RM12 untuk checkup tu aje...masuk keta bagitau kat Ayah...Ayah pun terkejut...then Ummi cakap, kita balik umah Tok bincang dulu camne...sebab doc dah cakap jangan delay lagi, sian kat Haiqal..

Bila sampai kat umah Tok, memang decide nak terus pegi hospital...mulanya, Haiqal berkeras taknak pegi sebab dia takut kene injek...puas Ummi pujuk² barulah dia mengalah...pack baju Ummi,Ayah & Haiqal dalam backpack, pesan itu ini kat Tok & bibik Siti...off we went to Pantai Hosp SP...bila sampai ke sana, Ummi bagitau Haiqal,

'Abang dulu lahir kat sini la...cuma dulu nama dia lain..Strand Specialist Hospital'

Sampai kat Pantai, terus gi A&E unit, dia bawak Haiqal ke katil kat A&E...MO datang check itu ini...nurse amik ubat demam supp. masuk ikut punggung sebab suhu dia dah 39 degree celcius...pastu, si Haiqal dah merengek² kat Ummi takut kene injek...then, Paed. yg sgt nice & soft spoken nama Dr Tan datang & explain his condition kat kami...dia cakap memang kene masuk ubat & air ikut IV sebab dia dah lemah & antibiotik untuk infection kat tonsil dia tu kene masukkan ikut IV untuk ubat bertindak cepat...doc baru letak ubat bius kat tangan, si Haiqal dah menangis takut...Ummi & Ayah le jenuh memujuk....nasib baik Dr Tan pun pandai slow talk dengan Haiqal sambil duk injek masuk jarum IV tu...menangis teresak² jugakla anak bujang manja Ummi tuh...dah settle...dia kene tolak naik wheelchair masuk ke wad

Dapat 2 bedded room tapi both katil kosong...nurse terakhir yang datang bagi ubat kat Haiqal tu bagitau Ummi, suruh Ummi tido je kat katil kosong tu sebab dah lewat malam mcm tu jarang ada patient admit lagi...Alhamdulillah...Ummi tiso kat katil kosong tu & Ayah tido sekatil dengan Haiqal...walau fizikal Ummi kat situ, tapi hati & fikiran Ummi asek teringatkan Alysha je..macam mana lah dia tiso dengan bibik malam tu...isk...

Jam 3am, dengar Ayah kejutkan Haiqal...tanya dia if dia terkencing kat atas katil sebab the whole katil tu basah..Ummi pun bangun gi check..memang basah..tapi takde bau hancing lak...si Haiqal lak menggigil² kesejukan sebab baju & suar dah basah lencun+aircond yg sejuk...nurse datang nak kasi ubat pun terkejut tengok basah sumer tu..terus diorang g amik new bedsheet & blanket...si Haiqal pulak Ummi bawak ke bilik air untuk tukarkan baju baru...rupanya, bukan dia terkencing tapi berpeluh kebah satu badan...Alhamdulillah...kebah jugak dia akhirnya...since then, terus temperature dia drop ke normal...

The next day lepas bekfes, Ayah gi keje kat Penang...Ummi duk kat bilik je lah dengan Haiqal...dia dah nampak ceria & asek tanya

'bila nak balik umah Tok? Abang nak balik tido kat umah Tok'

Pukul 9am Dr Tan datang check Haiqal & bagitau if demam dia memang dah ok, dia boleh discharge petang nanti...pukul 2.30pm, Dr Tan datang lagi...Ummi request sangat nak discharge dengan reason nak balik Perak sebab Kakak & Adam nak sekolah...mulanya, Dr Tan tak nak kasi discharge sebab tonsil dia belum baik betul...tapi Ummi pujuk bagitau dia Ummi memang akan monitor bagi ubat ikut time..baru dia bagi discharge...dalam pukul 4.30pm baru settle semua documentation & bayaran...disebabkan admit hari Sabtu & keluar hari Ahad, hospital tak dapat nak contact HR minta GL..so, kene la bayar dulu & claim dari HR kemudian...terkejut jugak tengok bil = RM 1,118.00...fuhhh...dahsyattt private hosp ni ye...all these while memang tak penah amik tau pun sebab guna GL je...ni baru 1st time bayar sendiri...tapi berbaloi la dengan service yang sangat marvellous...dari janitor, general worker, nurses & docs sumer baik² sangat

Waktu entry ni ditaip, Alahmdulillah Haiqal dah sembuh sepenuhnya
Percutian yang tak jadi tu..insyaAllah...ada rezeki lebih, kita pegi la bercuti ye Kakak(yang moncong sebab tak jadi bercuti)



ni muka budak yang kene admit haritu (pic lama nih)

Wednesday, March 17, 2010

My Cloth Diaper Review

Dah lama sangat nak buat review pasal CD ni tapi asyik bertangguh² haippp!!!...so, di sini Ummi ceritakan serba-sedikit pengalaman Ummi menggunakan beberapa jemana CD (semuanya made in China punya) dipakaikan kepada Alysha dari umurnya setahun lebih hingga kini dah 2 tahun 4 bulan dengan berat 10 kg(yep..she's the slim type tak macam Ummi



Crazy Momy CD




CMCD pic credit to here


My first CD ever....this Crazy Momy CD(2 inserts)....I like the CD sbb.

  • absorption wise memang bagus sebab CMCD ada 2 inserts, 1 panjang & 1 normal size.
  • inner microfleece tebal & lembut
  • outside PUL pun lembut


Tapi, ada few cons :

  • leg gusset quite kecik...so, berbekas jugakla peha Alysha kalo pakai lama
  • poket untuk masukkan insert quite sempit or tangan Ummi yang besar haha ...so, bila nak masukkan insert tu agak payah sikitla nak adjust





Lunatots



Another CD yang Ummi suka sebab:

  • inner microfleece & outer PUL yang lembut
  • 1 insert je dah cukup untuk pemakaian selama 3 jam


Cons pulak:

  • again, leg gussett dia agak kecik walaupun Alyshaku selim-melim...tpai taklah sekecil CMCD
  • quite expensive





Gift from Heaven

GH pic credit to here


GH CD(1 insert) ni hasil pertukaran sistem barter dengan Ayu Koci ( I got GH and she got Lunatots ^_^)

CD ni pun okay sebab:
  • leg gussett yg besar & selesa
  • CDnya pun takla kecik cinonet...memang just nice
  • absorption pun bagus macam Lunatots & CMCD

Con:

  • Outer PUL agak kasar kalo compared to CMCD & Lunatots

Shinies



Shinies CD pic credit to here


Ummi dah lama teruja nak beli Shinies(1 insert) ni tapi baru dapat merasanya few weeks ago...

Pros:

  • walau hanya 1 insert, absorption wise is great
  • color yang sangat soft & sweet

Con:

  • Ummi belum jumpa cons nya lagi sebab mungkin baru pakai...Ummi ada baca review orang lain yang CD ni senang terkoyak...we'll see



Qbaby

Q baby pic credit to here


My first printed CD *wink*... with 1 insert

Pro:
  • comel..hehe

Cons:

  • CD ni sangattt nipis
  • poket dalam juga sangat nipis & kalau ditelek it's more plasticlike
  • tapi masih bertahan tak terkoyak till now
  • insert pun nipis


Coolababy
Coolababy pic credit to here

Coolababy with 2 inserts:

Pros:

  • nice CD with 2 inserts
  • better absorption when use with both inserts
  • leg gusset yang besar membolehkan CD ni dipakai sampai baby besar & takde masalah untuk dipakaikan pada baby yang bambam
  • microfleece & outer PUL yang lembut


Con:

  • maybe for newborn baby yang kecil akan ada sedikit kebocoran sebab leg gusset agak besar





QQ Minky

Minky pic credit to here

This Minky CD comes with 2 inserts:

  • It's so cuteee...mmg irresistable dengan corak luar tuh...
  • Outer CD gebu sebab dibuat dari fleece jugak(kalo tak silap)


Cons:

  • walaupun after 2 times prewash(sama mcm CD² lain), the inserts & inner microfleece masih belum menyerap...jadinya, bila Alysha pee (kat Giant pulak tuh)je...terus sume bocor ke luar...langsung takde yang diserap


  • inner microfleece sangat kasar..i'm not sure if it is really made with microfleece sebab very very rough....sometimes it make me wonder if the rough inner microfleece should be outside, gantikan outer layer tuh (yg macam baldu)


  • each insert sangat nipis compared to CD² lain

Sekian sahaja review Ummi tentang CD² yang Ummi ada...adalah diingatkan bahawa review ini bukanlah professional review...tapi..hanyalah berdasarkan pengalaman Ummi semata-mata










Tuesday, March 16, 2010

Sejuk perut Ummi mengandung...

credit pic here

credit pic here

Kisah ni sebenarnya berlaku last week...last Thursday to be exact...tapi asek lupa nak post entry kat sini...

Waktu Ummi tengah meeting around 3 pm tu, Kakak sms kat Ummi, katanya ,

'Ummi, boleh tak kakak nak masak bihun goreng?'

Wah...terkejut Ummi dapat sms tu...Ummi jawable,

'Boleh..tapi make sure Alysha tak duk dekat ngan dapur'

Then, meeting yang sepatutnya dihadiri 60 orang tu...atas sebab-musabab yang x diketahui, hanya 1/2 je yang hadir...meeting ended jam 4.30pm...waktu member Ummi pegi check meeting room jam 5.30 tu pun...melambak lagik makanan...so, dia ajak tapau jelah makanan tu b4 caterer datang amik balik......ada 2 tray besar bihun goreng & kuih seri muka...sayang pulak bila tengok, 1 tray besar bihun goreng tu langsung tak berusik lagi...another tray tu pun hanya 1/2 je yang dah dimakan...so, Ummi tapau la 1 tupperware untuk bawak balik sambil tu Ummi sms kat Kakak bagitau dia tak payah masak bihun sebab Ummi dah tapaukan...

Bila sampai je kat muka pintu rumah...nampak Kakak dah tersenyum²....rupanya, dia dah siap masak...Ummi angkat je tudung saji...ter kagum kejap....bihun goreng siap dihias dengan potongan cili & juga ada ayam goreng tepung lagik!!!
Fuhh...Ummi puji Kakak melambung² la
Dia amikkan pinggan untuk Ummi dan ajak Ummi makan sama²
Ummi sendukkan 2 sudu dulu untuk merasa

tapi....hanya satu sudu je boleh masuk kat tekak Ummi
tu pun kene dilalukan dengan air kosong
Ummi tanya Kakak letak apa dalam bihun tu?
Dia cakap dia letak perencah bihun goreng,
black pepper sos, cili soso, tomato sos,maggi ketchup & ntah la apa
lagi sos
Adehhhh la Kakak...
nak sedap punya pasal
habih segala mak nenek bahan diletaknya
dahle sampai 1 bungkus bihun dia masak

ayam goreng salut tepung pulak
dari luar mmg nampak superb
sekali bila si Haiqal makan
dia tegur
'Ummi..nape ada merah² kat dalam ni?'
rupanya, si bibik tuh
lepas kuarkan dari freezer
dia tak thaw dulu
terus cuci & kasi kat Kakak
untuk digoreng
isk...

takpelah Kakak
it was a VERY GOOD ATTEMPT dear
sejuk perut Ummi
dapat anak pompuan cam Kakak
waktu Ummi sebaya dengan Kakak dulu pun
Ummi tak reti masak apa² langsung
masak nasi pakai rice cooker je yg tau
muahhh to my dear Kakak
Ummi miss you tau...*sob..sob*
(she's now in KL with Ayah & Adam)

Monday, March 15, 2010

Welcome to the world ...my new niece



Welcome to the world...Alya Audrina binti Muhammad Shahriz
Details :
DOB : 10 March 2010
TOB : 2.27 pm
Weight : 3.216
Length : 49 cm

Bestnya tengok newborn babies kan...hemm...dah terbayang² Ayie dah mula tak lena memalam sebab kene bangun menyusu, tukarkan diapers si Alya...maklumla kan, anak sulung...

Congrats to both Ayie & Ayish on your newborn...
semoga membesar menjadi anak yang salehah

Thursday, March 11, 2010

Kelahiran anak saudara baru...

Tengahari semalam sempat berbual panjang dengan Ayish(my BIL) sebab Ayie(my youngest sis) dah 2 hari admit ke PPUM. Citernya, memula admit PPUM pukul 5am tu sbb Ayie kene food poisoning, asek muntah & cirit-birit sampai lembik badan. Bila g PPUM, memnag kene admit la...sampai 9 botol air kene masuk dalam badan sebab teruk sgt food poisoning dia..at the same time, dia memang dah 6 hari overdue untuk bersalin. Si Ayish yang tak senang duduk sebab hubby takleh masuk labor room kat PPUM...pelik betul la...almost all govt. hosp dah benarkan hubby temankan wife nak bersalin kat labor room...tapi PPUM yg semi-govt pulak tak kasi...tak sporting langsung la!!!

Alih-alih, petang semalam dalam pukul 6pm, Ummi dapat sms dari Ayish berbunyik

"Alhamdulillah..we are happy to share the joyous news on the arrival of our first daughter today. both mommy & baby are fine. Love: shahriz & shai"

Lega hati Ummi dengar berita tu...takut gak kut2 Ayie kene czer pulak kan...dahla anak sulung. Tak lama pastu, Ummi sempat berbalas sms ngan Ayie (nak call takut dia still very weak kan)...baby dia berat 3.2kg..tapi yang buat Ummi ngeri tu bila Ayie bgtau dia kene 3rd degree tear....adehhh...ngilu sehhh...sebabnya, doc baru nak buat episitiomy tapi Ayie dah g push baby kuar...so mmg koyak teruk...lepas bersalin kat labor room tu, dia kene sorong masuk operation theatre pulak untuk sesi jahit-menjahit...adeilaa...tak dapat Ummi nak bayangkan...sian dia...takpelah...janji semua dah selamat...

Pagi tadi sempat berbual ngan Ayish...Ayie lom leh discharge lagik harini sbb doc nak pantau keadaan dia..baby dah ok..minum susu ok & yakyak pun ok...nama baby diorang :
Alya Audrina bt Muhd Shahriz

Tuesday, March 9, 2010

Mana le buku2 ku?


Waktu MPHonline buat offer free delivery last month, Ummi pun cam biasa la..gatal tangan order 4 buah buku---> 2 untuk Ummi, satu untuk Kakak, satu untuk Abang & Abangcik...Ummi order & siap bayar on 24 Feb...kalo ikutkan past experience, within 3-4 hari dah sampai la..tapi, puas Ummi tunggu tak sampai-sampai jugak

Mmeula, Ummi ingatkan Pos Mesia kat sini yang buat hal...sampaila hari Jumaat lepas, lewat petang tu Ummi dapat panggilan dari MPH rep....rupanya, buku Sherlock Holmes yang Ummi order untuk the boys tu takde stok pulak (padahal time order tu ditulis 'Stock available')...laaaar...geramnya...nape nak tunggu dah seminggu lebih lepas order baru nak bagitau takde stok????Katanya, hari Kahamis minggu ni baru stok baru sampai....isk....1st time Ummi dapat bad experience dgn MPH nih...

Anyway, harini bila check email inbox ada mesej ni :


To:
xxxxxxx@yahoo.com
Dear xxxxxx,
Thank you for shopping with MPHOnline.com
Your order has been processed and is making its way to you.
Please expect it to arrive soon. Have a great day and happy reading!

syukur...tak sabar nak tunggu buku-buku baru nih...

**UPDATED NEWS: tadi around 3.15pm, ada org courier call bgtau nak hantar parcel from MPH..yeyyy.....macam tulah baru good customer service...at least, they try to overcome their weaknesses...and surely it's really FAST!!!

Buku-buku yg dibeli :Both this movie tie-in novels---> untuk Ummi :)







First term at Malory Towers--->untuk Kakak (at her age dulu memang Ummi minat sangat buku² macam ni by Enid Blyton)


and this one is for the boys...siri penyiasatan

Monday, March 8, 2010

Ummi makin cergas seperti sediakala...

Alhamdulillah...syukur ya Allah...dah 2 minggu Ummi dah takde mabuk² pening²....tekak pun dah takde rasa tersekat je macam dulu...perut pun dah kurang sebu...cuma bila lewat petang adakalanya masih berangin perut..cuma takdela sampai rasa nak 'uwek' muntah...

Bila MS(morning sickness) dah beransur hilang ni, barulah terasa badan cergas macam biasa..takdela melepek kat atas katil je lepas balik keje...bila hari cuti pulak, riang gumbira rasanya nak masak itu ini untuk family...syukur sangat

Kalau ikutkan pregnancy calendar, hari Sabtu ni dah masuk 14 weeks...dan mengikut BabyCenter

This is the last week of your first trimester, and your risk of miscarriage is now much lower than earlier in pregnancy. Next week marks the beginning of your second trimester, a time of relative comfort for many women who see early pregnancy symptoms such as morning sickness and fatigue subside.

Cepatnya masa berlalu...dah nak masuk second trimester rupanya...Ummi pun dah mula terasa gerakan baby cumil kat dalam peyut Ummi ni...walau tak kerap dan tak kuat gerakannya..tapi, Ummi dah boleh rasa... satu pengalaman indah yang akan sentiasa diingati :)

Friday, March 5, 2010

Pertama Kali Menggunakan CD - Petuanya

(Khas buat Cikgu Haslina Ipoh yg tak sabar² menunggu ketibaan CD² cumil tuuuu)

Setiap CD(cloth diaper) yang baru dibeli, mesti di prewash sekurang-kurangnya 2 kali

Apa itu prewash?

Prewash bermaksud cucian permulaan sebelum digunakan CD tersebut...seeloknya dicuci tanpa sebarang sabun.

Kenapa perlu prewash?

Ini amat perlu untuk menambah daya serapan insert dan mencuci sisa kotoran yang melekat pada poket CD semasa proses pengilangan

Pengeringan CD

CD digalakkan dijemur di bawah pancaran sinar matahari supaya CD anda sentiasa putih berseri dan cepat kering. Namun, sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menjemur di bawah cahaya matahari setiap hari, jangan bimbang. Anda juga boleh ('fan dry') mengeringkan CD anda dengan menggunakan kipas (saya pernah menggunakan kaedah ini dahulu pada masa permulaan berjinak menggunakan CDCdD pun ada beberapa keping je


Bagaimana mencuci CD?

Cuci CD yang dah digunakan dengan cara menyiram dengan air yang banyak sehingga hilang bau kencing & poopoo pada CD. Kemudian, bilas dan simpan dalam diaper pail sehingga tiba hari mencuci CD(bagi yang tak mencuci CD setiap hari). Sangat digalakkan mencuci CD menggunakan washing machine(WM) kerana bilasan(spin) WM dapat mengeringkan sisa-sisa sabun yang ada.

Bagi CD yang terkena poopoo, anda hanya perlu buangkan najis ke dalam toilet bowl. Kemudian, pancitkan air yang deras sehingga bau najis hilang sambil sental/gosok CD dengan menggunakan tangan (jangan berus CD ye). Jika masih ada warna kesan najis pada CD, jangan risau. Masukkan dalam WM dan cuci seperti biasa. Jemur CD di bawah panas matahari dan insyaAllah, kesan warna najis akan hilang :).

Tips menggunakan CD:

1) Jangan gunakan sabun yang mempunyai 'ENZIM'..cth. enzim pemutih la..enzim peluntur la etc. Sy hanya menggunakan Liquid Baby Detergent jenama Tesco (sy dah cek,mmg xde enzim)

2) Jangan gunakan bahan pelembut pakaian spt. Softlan. Ia akan memendekkan hayat serapan CD anda

3)Sebulan sekali, lakukan stripwash bagi memastikan CD bebas dari sisa-sisa kotoran tersembunyi dan juga untuk menambah daya serapan CD anda.


Bagaimana nak Stripwash CD?

-Bagi CD, titiskan beberapa titis sabun pencuci pinggan anda ke tapak tangan dan digosok² pada microfleece dan di dalam poket CD. Kemudian bilas bersih² dan jemur.

-Bagi insert pula, sekiranya anda dapati insert anda dah tak putih gebu seperti dulu, anda boleh gunakan cara ini. Cuci insert sahaja di dalam WM seperti biasa dan tambahkan sedikit soda bikarbonat ke dalam cucian anda. Pada bilasan terakhir, campurkan sedikit cuka makanbukan cuka getah ye dan hasilnya, anda akan dapati insert anda kembali menggebu ^_^

Tuesday, March 2, 2010

Weekend kami...







Hari Jumaat





Pepagi sumer kuar g bekfes nasi lemak+roti canai kat Rest Batrisyia...pastu, terus ke Tesco nak borong barang dapur...lepas sopping kat Tesco, singgah pasar Bt Gajah sebab Ayah nak beli tulang lembu nak dibuat sup...balik je umah, tukar baju terus kentung-kentang kat dapur...Ummi masak Sup Tulang, bakar Ikan Pari(utk Ayah), Air Asam Tomato...Ayah masak Asparagus Bercili...berdesup bebudak tu makan sup tulang..Ayah pulak soksek kepedasan air asam...yelah, sekali cedok air asam dah macam nak hirup sup..mana tak pedasnya...Ayah mmg kuat pedas...Ummi je yg baru² belajar nak makan pedas...hehe..





Lepas Asar Ayah ajak cari hamster...memula Ayah ajak ke Manjung tapi Ummi macam malas pulakhaik....sejak bila Ummi jadik malas nak berjalan nih?...alih² sampai Air Tawar je...solat Maghrib kat masjid kat sana...lepas solat je, si Haiqal dah pegang² perut cakap lapar....so, kami cari jela restoran yang nampak ok sket...kami singgah di Restoran Seri Peladang...order : Nasi Putih, Siakap Stim Limau, Puyuh Goreng, Kailan Ikan Masin, Kangkung Goreng Belacan, Telur Dadar 2, Air Buah...bila bayar je, terkejut tengok bil...murah amatttt....total baru RM62.00...padahal, ikan siakap tu besar teramat...sampai muak² Ayah meratah sebab Ummi cam mual sket kalo ikan stim nih...





Sabtu
credit to here

Tanya Ayah lagi sekali...taknak naik Cameron Highlands ke?...panas² ni sedap sket pegi tempat camtu...memula Ayah memang malas nak pegi sbb katanya xde bende pun kat situ...tapi Ummi duk pujuk² gak...at last, Ayah setuju...tapi dah last minute, tak sempat Ummi nak goreng mihun bawak bekal...so, singgah kat pasar Bt Gajah beli nasi lemak+kuih²....masyuknya kuih kat situ..macam² ada..rasa macam nak beli semuanya...haha...Ummi beli tepung bungkus (nyam²),



credit to here
credit to here

pulut panggang, bingka gula merah(my fav), bingka gula putih(Ayah's fav), apam manis (Tok panggil apam lenggang), karipap ayam, karipap sardin, mihun goreng 2, nasi lemak 5...fuhhh...puas hati...


Kami bertolak dari Spg Pulai naik ke Cameron lbh kurang jam 8.30am...sampai kat Brinchang around 9.30am...tapi..pepagi pun dah penuh kereta+bas pelancong...aduhhhh...ingatkan bolehla rilek² jalan kat sana....isk...ramai orang la pulak...memula kami singgah kat Bee Farm....Ummi beli madu 1 kg=RM45.00...tgk farm dia xde mendenya pun..yela kan...bee kat dalam kotak² tu, bukannya nampak pun...lepas tu singgah deretan gerai jual sayur, cenderahati & yg plg penting buah stroberi...nyam-nyam...stroberi cicah coklat mmg takleh miss kat atas tu
credit to here
Lepas tu kami lepak kat padang rekreasi & baru makan bekal nasi lemak & mihun...kuih-muih dah selamat dimakan dalam kereta tadi...hehe....Ummi ajak Ayah overnight kat sana tapi Ayah nak balik...again..takde mende katanya..nak mandi pool karang membeku pulak..huhu...well...kat CH takla sesejuk mana..bila ada angin menghembus barulah terasa kesejukannya..if not...sama je panasnya...
Kami bertolak turun ikut jalan lama Tapah pulak...sebabnya Ayah nak cari tempat rekreasi mandi-manda(tujuan sebenar Ayah)...at last, jumpa la Kaw. Rekreasi Kuala Woh...ada tempat air panas...siap berasap celah² batu kat situ..Ummi duk kat pondok rehat je sebab tak bawak baju salin pun...budak² memang heaven la mandi sungai...sungai tuh lebar & air cetek je...banyak batu² besar..so, air tak deras....tapi yang tak bestnya...takde langsung orang jual makanan kat situ...dahla kami pegi camtu je xde bawak makanan...hadoi...aiskrim pun xde jual...beza sungguh ngan kat Sg Tekala...macam² ada dijual...hemm....Ummi lak pening² lalat sebab jalan turun ikut jalan lama tuh berliku² sungguh...si bibik lak dah pucat² muka...lps mandi, budak² dah mengadu lapar...tak tahan sangat dah bila Ayah suggest nak g makan kat tempat biasa dekat masjid Tapah tu...rezeki kami, tak jauh dari situ ada medan selera yg jual pelbagai lauk-pauk...puas hati tengok budak² tengah lapar berselera makan...Alysha sorang je main² makan, pastu dah taknak...
For dinner, Ummi bakar kambing marinated in black pepper sauce(Ayah yg request), masak lemak buncis(beli kat CH sekilo RM2 je) dgn udang, keli goreng, sambal belacan...Ummi masak je tapi dah tak daya nak makan...temankan Ayah & anak² makan...lepas makan, semua tido awal keletihan

Monday, March 1, 2010

Ayah buat surprise...

Ayah sampai dari KL malam hari Khamis yg lepas...Ummi dah tau Ayah nak buat surprise kat anak²....as usual, bila Ayah sampai je, ramai² le diorang nak tolong angkat barang Ayah dari bonet keta...tetiba, terjerit² diorang bila nampak sangkar hamster....sangkar jela...hamster Ayah cakap kita beli kat sini jela...walaupun hanya sangkar yang ada, puas budak² tu duk belek sana-sini...

Since hari Jumaat = hari MaulidurRasul...maka petshop yang ada kat sini tutup la pulak...petang tu puas merayau sampai ke Air Tawar mencari hamster di kedai pets tapi hampeh...sumer takde jual hamster...hari Sabtu petang baru kami berkunjung ke kedai MyPets kat sini semula...hmmm....macam² ada..hamster, guinea pig, robovski (yg kecik cinonet comei), rabbit, kucing parsi, ular sawa (gulp!)....Ayah suruh Ummi pilihkan 2 ekor hamster...Ummi amik sepasang, jantan & betina...sekor RM10.....

Dah beli..balik umah...siap tabur serbuk kayu merata² dalam sangkar dia...isi air minum..masukkan makanan dia...then barulah nak diletakkan hamster tu..Ayah suruh Ummi amik hamster tu dari kotak & masukkan...few times Ummi cuba tapi x berjaya...geli + takut digigit makhluk kecik tuh...last², Ayah tuang je kotak tu kat pintu sangkar...berlari le 2 ekor hamster kat umah baru...seronok tengok hamster tu...habis serata ceruk sangkar dia explore...si Alysha je x putus² sebut 'hamter(hamster)'...bangun pepagi pun dah cakap 'Jom tengok hamter'...nak tido pun cakap 'Ummi, hamter mana?'..heheh...


pic sangkar tak le secanggih pic ni...pstt...kamera Ummi memang punah...huwaaaa
pic credit to here

pic credit to here

2 ekor hamster tu, Ummi namakan sekor as 'RATA' and sekor lagi namanya 'TOUILLE'...hahaha

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages