Tuesday, November 30, 2010

baby Firas 3 months' immunization


Semalam Ummi bawak baby Firas untuk amik jab 3 bulan...pegi klinik panel dekat sini jek
Waktu tunggu turn tu, dia memang tgh mengantuk n asek tenyeh2 mata dia
Risau gak Ummi kut dia ngamuk time doc nak inject nanti
Bila dah masuk bilik doc, tetiba mood dia elok pulak
siap bersembang2 dengan Ummi lagik
Memula timbang berat
alhamdulillah...makin naik
berat = 5.9kg
berbanding 4.8kg bulan lepas

meaning berat dia naik 1.1kg dalam masa sebulan

then baringkan dia kat atas katil n Ummi pegang kaki dia
then Ummi suka bila doc Sofia baca Bismillah dan kata
'moga lepas ni awak makin sihat ye'
terus dia inject ubat ke peha montok Firas
Firas bunyi 'ekk' kejap je
pastu diam balik
doc Sofia pun terkejut
'eh..tak nangis dia?'
Ummi pun cakap ' strong la anak Ummi nih'
Ummi angkat dia dan cium dia
alhamdulillah, xde demam pun sampai hari ni

nih piccas Firas n kakYang wktu kami berkampung kat PJ aritu



piccas di bawah ni pulak wktu berada di Pantai Hospital Bangsar
bukan kat bilik Ayah
tapi kat A&E dept. (Accident & Emergency)
sebabnya?
ekceli dah banyak hari Firas batuk
dan Ummi boleh dengar bunyi wheezing dari dada dia
tapi since Ummi dah macam orang tak keruan
before Ayah operate aritu
dari Subuh sampai ke malam seharian duk kat hospital jek
balik umah makcik kat PJ, Firas dah tido pun

Ayah operate hari Sabtu
so, hari Ahad tu bawak Firas g check
since it was Sunday, outpatient clinic x buka
kene g A&E dept.
memula doc biasa check kat bilik kat luar tu
pastu dia suruh masuk dalam lak
another doc datang check
dia cakap
'very bad wheezing nih...kene admit today'

lemah lutut Ummi time tuh

Ummi pun bagitau le Ayah baru je operate semalam
dan still kat ICU
Ummi mintak balik umah jugak2
then dia panggil Paediatrician Dr. Azam
sementara tunggu paed. sampai
Firas kene neb dulu
syukur dia x meragam
diam je sedut gas tuh

bila Dr. Azam dtg n check
dan doc sebelumnya dah bgtau situation Ummi
dia benarkan Firas balik
tapi kene strictly bagi inhaler thru aerochamber ikut time
dan makan ubat pun ikut time
inhaler lak 2 jenis...
satu ventolin, satu lagi pulmocort

dan remindnya,
klu dalam masa 3 hari tak baik jugak
nak tak nak kene admit hosp. jugak

bila bayar, terkejut tengok bil = RM451.70
huhu
ubat2an je dah RM300.00
takpelah
janji leh balik umah
dan alhamdulillah
within few days wheezing dia dah hilang

sian Firas
baru umo 2 bulan lebih dah kene asthma
among the 5 siblings
Firas Zahin yang paling cepat kene asthma attack
yang paling lambat is kakYang aka Alysha
umo 3 tahun baru kene
sian anak Ummi
since Ayah warded haritu
most of the time Firas ngan bibik je
kecuali waktu malam
dahle bibik memang dah x brp nak jaga elok2 sangat skrg ni
asek bergayut telefon jek
hemmmm....

moga anak-anak Ummi sentiasa sihat walafiat dan sentiasa dilindungi oleh Allah
AMINNNN


Monday, November 29, 2010

ETS

Sejak Ayah balik ke umah Semenyih lepas surgery aritu dan Ummi dah kehabisan cuti tahunan (sampai dah guna unpaid leave daa), Ummi terpaksa berulang alik ke KL...Ayah memang blom boleh travel jauh2 sebab luka operation tu masih baru dan yang paling penting, nak kene jaga bahagian tulang dada yang dibelah hampir 1 kaki panjangnya tu..bahagian itu yang Ayah terasa sakit sekarang ni while bahagian jantung memang takde rasa apa2 dah...in fact, kata Ayah terasa lagi mudah nak bernafas sekarang berbanding dulu yang kekadang tersekat2


Kakak & Abgcik(Adam) tinggal kat Semenyih bersama maktok, makngah dan pakngah...meanwhile, Alysha, baby Firas, Abang (Haiqal) dan bibik ikut Ummi balik ke Perak.
Maka, bermulalah episod kami berulang alik Bt Gajah-KL-Bt Gajah.
Thank to Electric Train Services aka. ETS yang memudahkan perjalanan kami. Perjalanan dari Bt Gajah ke KL ambil masa tak sampai pun 2 jam...kalo shuttle train amik masa 3 jam baru sampai....dan Ummi suka sangat ETS ni sebab sangatlah selesa, bersih dan siap ada train steward and stewardess lagik...I likeeee!!!

Kalo sebelum ni Ummi duk ulang alik naik shuttle train, naik ETS ni memang terasa perbezaannya...laju, selesa...dan of course le, harga tiket pun a lil bit mahal...

tiket 2nd class shuttle train = RM21 dewasa (harga utk tiket kanak2 x ingat lak)
tiket ETS = RM29 dewasa n RM19 kanak2 (between 7-12 yo)

beza RM8 je tapi lajuuuuu dan tak terasa gerabak bergoyang2 macam train shuttle tu (byk kali buatkan darahku kering bila gerabak bergoyang kuat ke kiri ke kanan...huhu)

ececeh...tetiba terasa seolah2 jadi promoter ETS x bertauliah lak...hahaha

meh le saksikan piccas yang sempat Ummi snap dalam perjalanan pergi dan balik last weekend

sempat snap pic scenery waktu tren tgh bergerak guna hp camera je



ruang dalam ETS..siap ada LCD tv yang pasang citer2 menarik macam Smallville, kartun etc.

Perjalanan to KL...ini budak tertido pas menyusu...nursing poncho tu pun lom sempat bukak tp dia dah tertido

tertido sepanjang perjalanan
lagik pic

ini pulak perjalanan balik ke Bt Gajah...tertido pas nyusu after 1 hour train depart...tak sempat pakai nursing poncho...sebabnya..jeng..jeng...jeng...b4 that Firas duk cranky..rupanya yakyak sudaaa
lagi pic...suka sorok muka time tido

Abang haiqal good habit..khusyuk reading all the way long...covered with my NURSING PONCHO...huhuhu...sejuk amats sebab hujan lebat kat luar

dan budak cheeky nih...waktu perjalanan to KL behaved amats...tapi perjalanan balik pulak jadik cargasss...nak-nak pulak ada orang melayan dia...
nampak tuh dia duk provoke a couple of elderly (Chinese) dan atuk n nenek tu pun suka sangat main ngan Alysha..siap tangkap2 lagik tangan dia...heheh

Thursday, November 25, 2010

GA Teka & Menang Ibu3A

Nak join GA dari kawan uni Ummi Bib aka Kakyong...saja cuba nasib...bukan senang nak teka nih...




Jawapan pertama : RM83.63
Jawapan kedua : RM83.90

Mata dah 'season' nih...tak berapa nak terang nak mengira...kene pakai kanta pembesar le pasnih...huhu



At 3 months old....

Our Firas Zahin dah masuk umo 3 bulan on 23 Nov lepas
Sekarang ni...dah makin banyak ragam dia

  • suka sangat bersembang
  • celik mata je,kalo ditegur terus senyum
  • kalo ditinggal sorang2 pun dia leh sembang ngan kipas la..lampu la..siap gelak2 n menjerit lagik
  • tak banyak kerenah...hanya menangis kalo nak susu, nak tido, x selesa atau dah yakyak

All the piccas below were taken on 23 Nov...waktu dalam tren dari KL Sentral ke Batu Gajah

nampak pipi gebu nih...hemmm

digomol Abang n KakYang(Alysha)

Lihatlah pipi gebu saya dan gigi rongak KakYang

muka syahdu


pipi gebu yang Ummi suka seommmm


Wednesday, November 24, 2010

Top 5


Dah lama x blogwalking since hubby admitted ke hospital
harini bila mula blogwalking
baru perasan
rupa2nya
Alysha termasuk dalam senarai Top 5
heheheh
tak sangka pulak
walaupun tak dapat jadik winner
tapi tersenarai dalam Top 5 tu
memang x dijangka
sebab sesaje suka2 letak gambar dia
hehe

from fizafidi's blog here





Thursday, November 18, 2010

Update on hubby


  • Tuesday 9 Nov
  • -Hubby was admitted to Pantai Hosp. KL (PHKL) after doing stress test & Ct scan at Twin Towers Med. Centre & Prince Court Med Centre

  • Wednesday 10 Nov night
  • - transferred to ICU at Block D level 1 due to mild chest pain
  • -
  • Thursday 11 Nov
  • - angiogram result showed that 95% of left artey was blocked and angioplasty procedure was impossible to be done due to the large blockage or trombosis
  • Coronary artery bypass surgery was scheduled to be done on Saturday morning
  • -
  • Friday 12 Nov
  • - Cardiac surgeon, cardiologist,anaesthesiologist explained on the procedure to be done on Saturday..what to expect after the surgery etc
  • -
  • Saturday 13 Nov -
  • procedure started as early as 5 am...starting with anaesthetic....surgery procedure started at around 6am++ and ended before 12pm....
  • Jam 12pm, I was called to the ICU unit to visit hubby
  • Time nih...keadaan sangat menyedihkan with all the wires,tubings all around his body
  • dan yang paling menakutkan bila tengok dia bernafas menggunakan Life Support Machine
  • tak dapat gambarkan perasaan pada waktu tu..hanya doa yang mampu diberikan
  • -
  • at 5pm...hubby was conscious dan boleh mula bercakap dengan assigned staff nurse but mata still tertutup x leh buka...life support machine dah ditanggalkan dan dia bernafas guna oxygen mask...tangan n kaki dah leh gerak sikit2
  • -
  • Sunday 14 Nov
  • - hubby dah boleh buka mata walau kelihatan sangat doppy...dah boleh bercakap dengan Ummi...dan bagitau Ummi yang dia rasa sangat sakitttt....
  • oxygen mask dah ditanggalkan dan bernafas guna oxygen tube
  • tangan n kaki dah leh gerak banyak, badan pun dah leh gerak sket
  • Monday 15 Nov - looks brighter
  • physiotherapist paksa bangun n duduk atas kerusi...succeed to do that
  • by noon, transfer to normal ward at D406
  • alhamdulillah..makin sihat










Wednesday, November 10, 2010

Di sebalik sinar...datang mendung

Hati Ummi tengah gundah gulana
Ya Allah...kuatkanlah diriku

Dah lama Ayah selalu mengadu sakit dada
dan dah selalu sangat Ummi suruh pegi buat checkup
tapi Ayah macam selalu lah
takut la..macam2 la
finally bila Ayah dah selalu sangat rasa gitu
barulah Ayah beranikan diri pegi jumpa doktor pakar
dan seperti diduga
memang ada blocked arteries kat jantung Ayah

semalam Ayah jumpa lagi doktor tu
dan terus admit hospital untuk buat
angiogram procedure
nak tahu lebih lanjut pasal angiogram leh refer SINI

result angiogram test tu menunjukkan
Ayah takleh buat angioplasty aka ballooning
sebab banyak arteri yang blocked
jadinya
the only solution adalah
untuk buat
Coronary Bypass Surgery
next Monday

dengan ini
Ummi nak pohon bantuan kawan-kawan sekalian
tak banyak yang Ummi pohon
Ummi hanya pohon doa kalian

semoga bypass surgery Ayah
akan berjalan dengan lancar
tanpa sebarang masalah

sesungguhnya jasad Ummi di sini
tapi fikiran Ummi ntah di mana
Ummi akan drive balik ke KL
hari Jumaat ni
dan ntah berapa lama kami
akan berkampung di sana
cuti tahunan pun dah nak habis
tapi itu tak penting
yang penting adalah
Ayah sihat seperti sediakala

naluri Ummi sekarang
makin kuat nak quit kerja
dan balik stay ngan Ayah kat KL
but I need a job there
kalo sesiapa ada job untuk Ummi
boleh la warwarkan ye

~Mendung berarak di hatiku!


Tuesday, November 9, 2010

EBM

Nak tunjuk EBM laks

memula nak tunjuk EBM awal aka colostrum yang diperah guna Spectra 3 hospital punya

Ni EBM pertama waktu kat hospital...3rd day after deliver...

kuning...full of colostrum



since kali ni susu cam x berapa meriah
Ummi terpanggil nak try produk Shaklee
yang terdiri daripada
  • vitamin C
  • vitamin B complex
  • vitalea
  • alfalfa
dan alhamdulillah
setelah seminggu mengamalkannya
hasil EBM semakin meningkat

sepanjang 2 bulan 1/2 mengepam nih
jarang sangat nak dapat lebih dari 4oz
kekadang tu 3 oz je per session
tapi alhamdulillah
hari ni dah nampak peningkatan
lihat pic di bawah
moga hasil akan terus masyuk lepas nih

Double happiness

Dalam kekalutan Ummi handle 5 orang anak
Dalam ke 'stress'an Ummi dengan the 2 boys tuh
Dalam keserabutan minda Ummi dengan keadaan Ummi yg nak masuk 4 tahun PJJ nih

Ummi dikejutkan dengan berita gembira semalam
bukan satu tapi DUA
double happiness!!!

Kakak & Abang
both of them hulurkan surat kat Ummi
surat jemputan ke
Majlis Penganugerahan Akademik 2010

syukur Alhamdulillah
Kakak dapat no. 2
Abang dapat no. 3
syukur ya Allah

Ummi memang harapkan Kakak
sebab Kakak gegirl
dan senang patuh pada suruhan Ummi
kalo Ummi cakap 'pegi study, nak exam dah'
terus dia pegi capai buku buat latihan

tapi si Abang yang buatkan Ummi macam x percaya
sangat playful
sangatttt sangatttt playful
sampai ada ketikanya Ummi dalam keadaan frust
sebab duk suruh dia study sebab nak exam
dia boleh buat dek je nonton TV

dan bila Ummi tanya

'nape Abang x nak baca buku'

dia jawab

'Abang bosan la Ummi'

Ummi tanya lagi,

'Abang suka tak pegi sekolah..belajar?'

dia jawab 'tak best...bosan'

masyaAllah..saat dia cakap x best g sekolah tu
Ummi rasakan seolah2 ada seketul batu hempap kepala Ummi
apa dah jadi dengan anak aku ni?
Ummi dah salah didik dia ke?
or
dia jadi gini sebab Ayah xde kat sini?
memang menangis Ummi pada malam tu
mengenangkan nasib anak2 di sini
tanpa Ayah di sisi

Ummi pasrah sangat
sebab Ummi memang takde masa langsung
nak sit down tengok keje diorang
kekadang sampai terlupa nk tanya
if diorang ada homework ke tidak
bila dah ada baby ni
masa Ummi lebih banyak habis untuk baby

bila baby tido,
time tu la Ummi nak memasak
nak cuci baju

tapi kerisauan Ummi dah hilang
despite of him & Adam
yang bermain bersungguh2
sampai x ingat nak balik makan tengahari
weekend b4 exam tuh
langsung tak sentuh buku

Ummi bersyukur
masih ada sinar buat kami
masih ada harapan untuk Ummi
bawa Abang Haiqal back on track
Adam pun dapat no. 7
cuma xdela naik pentas amik hadiah

result sekolah agama pun
both of them dpt no. less than 10 untuk keseluruhan

jadi Ummi akan ke dewan sekolah pada petang hari Khamis ni
dan Ummi sangat2 berharap bukan setakat double happiness
tapi triple happiness
sekiranya
Ummi dapat gud news dari Kakak
pada pagi Khamis nanti
when UPSR result will be announced
AMIN...

My GiveaWay- Jom


Create your own banner at mybannermaker.com!

Ummi tumpang dua kaki nak join giveaway nih
kut2 leh menang rompers comel2 buat baby Firas
Ummi memang suka pakaikan Firas rompers
sebab dia boboy
kalo kakak Alysha dulu
time kecik2 lagi
Ummi dah suka pakaikan dia
gaun kembang2 comelllll

sesape nak join gak leh klik kat link INI

Monday, November 8, 2010

Happy 3rd birthday to my Lil Big Girl

HAPPY BIRTHDAY TO MY CHEEKY ALYSHA IMAN
SEMOGA TERUS MEMBESAR MENJADI ANAK YG SOLEHAH
UMMI LOVES YOU SOOO MUCH....


(suka tengok bila anak2 tido...sayu jek rasa hati ini..ntah nape ye...)









Thursday, November 4, 2010

Result UPSR minggu depan


Haritu Kakak ada bagitau yang dah heboh among kawan2 dia yang result UPSR akan keluar pada 11/11/2010 aka hari Khamis minggu depan...Ummi dengar tu tapi rasa rileks je

malam tadi tetiba Tok(my mom) call tanya result Syafiqah camne?...err...Ummi blur kejap...rupa-rupanya Tok ternampak kat TV something pasal UPSR & Tok ingatkan result dah kuar...huhu..terkezut gak la Ummi..takkan le Ummi boleh overlook perkara penting camni kan...dah confirm ngan Ibu(my sis) yg keje cikgu tu, confirm le lom kuar lagi resultnya dan dia kata dia pun tak tau bila nak kuar

then tadi baca kat blog Ben Ashaari yang memang SAH result UPSR akan diumumkan pada hari Khamis depan...terus Ummi *dup..dap...dup..dap* nervous..huhu...si Kakak riang-ria je kat umah takde risau pape, yang Ummi ni pulak nervous terlebey...isk...camnila agaknya perasaan Tok & Wan waktu Ummi nak amik result Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (takde UPSR lagi time tu..huhu...) dulu...maklumlah, Ummi anak sulung...sama ngan Kakak...harapan keluarga untuk tunjuk contoh teladan yang baik pada adik2....syukur Ummi dapat gumbirakan Tok & Wan ngan all A's....

walau apapun result Kakak....Ummi terima dengan hati yang terbuka...sebab Ummi tau Kakak memang dah usaha yang terbaik...cuma Ummi sedey tak dapat tumpukan lebih perhatian waktu Kakak nak exam haritu sebab Ummi baru bersalin while Ayah pulak kat KL...

dan juga...

walau apapun result Kakak...
Ummi & Ayah insyaAllah
tak kasi Kakak masuk any SBPs or MRSM
sebabnya:
di mata kami
you are still our lil' baby
*sob..sob*
cukuplah Ummi sorang merasa
masuk sek . asrama seawal usia 13 tahun
memang adventurous
kene berdikari bagai
cuma,
Ummi rasakan Ummi hilang banyak masa
dengan Tok,Wan dan adik2 Ummi
sangat kehilangan
yang Ummi takkan dapat balik

tapi ini cuma perancangan
mana tahu kalau2 hati Ummi & Ayah boleh berubah
.............................................


*Sticky entry* Guess Baby Shoes




Salam buat semua...

Kedai Ummi mula beroperasi semula dengan item baru (contoh seperti di atas) yang shomells shomells iaitu Guess Baby Shoes buat permulaan..banyak lagi item akan dimasukkan secara beransur2...pada yang ada baby shomellss2 tuh, moh le terjah kedai Ummi...atau nak belikan untuk anak sedara ke..as gift to kawan2 ke...silalah jengah ye kat link kedai Ummi kat SINI

Wednesday, November 3, 2010

How to make your children pray on their own without a reminder or a quarrel..... ......... ......

Dapat email ni yang sangat sangat baik untuk diamalkan...Ummi kongsikan bersama para bloggers...moga kita mendapat kebaikan daripadanya


My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her , So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her have you prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cried and I repent to God to forgive me The slap, the talk , the reminders did not benefit with my child.


One day A friend told me told me story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not that of a religious person, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray on themselves without quarrel or a reminder? !!!!! - She said I have nothing to tell you, but before I got married I supplicate this Dua and until today .

After she advised me the supplication Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers before Tasleem and anytime I could . My Sisters and Brothers since I began to recite the supplication Dua my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels . She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties. Even my mother visited me once and went to sleep and I have to draw the attention to my daughter to wake us up.



I know You are now eager to know this Supplication Dua ..
The Supplication is in the Surae Ibrahim(14), ayah # 40 سُوۡرَةُ إبراهیم
And Supplication is ...

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠)

14:40] O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.

"Rabbi-Ajal' ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal duaa"

Start today, do not wait until you get married and until you have kids-"prevention is better then cure"



Saying of Imam Ali (a.s.) "Best deed of a man is to forgive and forget."
O my Allah, the honour of being Your servant is sufficient.
I am proud of the fact that You are my Lord.
You are just as I want, so make me just as You like me to be.

Monday, November 1, 2010

CONTEST BAYI NANGIS






syarat2:

1)DONE
2)DONE
3)DONE
4)DONE

5)Ummi pertaruhkan 2 piccas...satu pic Alysha...satu pic Firas


NAMA BAYI : ALYSHA IMAN BINTI MOHAMAD SURIF
NAMA IBU : HEZLINA BINTI MOHD HASHIM
TARIKH LAHIR : 08 NOVEMBER 2007





NAMA BAYI : FIRAS ZAHIN BIN MOHAMAD SURIF
NAMA IBU : HEZLINA BINTI MOHD HASHIM
TARIKH LAHIR : 23 OGOS 2010

Ummi ternampak Contest ni kat blog kawan Ummi si Bib aka Kakyong...best pulak rasanya nak join contest ni sebab senang jek...

Contest ni dianjurkan oleh Fiza Fidi...sesape yang teruja nak join gak, meh klik kat SINI ye

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages