Wednesday, June 29, 2011

Memang yummeh....tak dinafikan lagi

Last 2 days, pepagi bawak Haiqal g klinik amik neb untuk hari ke 3 berturut2 sebab asthma yang agak teruk kali ni.........tapi Alhamdulillah, bila bawak ke panel clinic yang satu ini memang puas hati compared to another panel clinic yang pegi hari sebelumnya..........bila lung dia dah clear, terus terasa lapar ajak Ummi makan.........kebetulan pulak memang Ummi nak servis kereta dan sebelah servis center tu ada stesen minyak petronas with kedai mesraaaa yang ada mesra cafe yang memang mesraaaa makanan dia.........no wonder la kedai mesra ni manjang penuhhhh je ngan pelanggan especially lunch time.........makanan dia memang superb


Haiqal order Roti Bakar Kaya while Ummi order Roti Bakar Telur..........then, Haiqal request nak waffle pulak.......ok jugak, dah lama x makan waffle...........bila makanan sampai, fuiyohhhhhh......besarnya portion.........camne nak abiskan nih?huhu


cozy Mesra Cafe

drinks



variety of food




while waiting for his food


mine : Roti Bakar Telur


memang menjilat sudu....slurppppp


see lelehannya!!!



dia baru je hulur tangan nak capai roti kaya dia tapi Ummi sempat 'japppp....Ummi amik gambar dulu'


waffle yg. memang mantopsssss.......garing di luar, lembut di dalam


all time favorite....peanut butter+chocolate


my hot cafe mocha



memang kawwwwww




Wordless Wednesday #2





yummehhhhhhhhhhhh sgt........



Wordless Wednesday

*Hitam Putih kehidupanku*

kakyang Alysha si putih melepak
baby Firas si hitam manis


Tuesday, June 28, 2011

Firas Zahin---10 months old

Sebenarnya, si kecik tu dah cecah umo 10 bulan 23 Jun haritu, cuma Ummi dia tak sempat nak buat entri.........






at 10 months old, so far dia :

  • masih merangkak

  • berdiri dan meniti dari satu tempat ke tempat yang lain
    boleh sebut 'tet' sambil jerittttt bila nampak 'cat' @ kucing......tu pun bukan le setiap kali dia sebut 'tet'....selain tu, ada gak few times dengar dia sebut 'Ayah' bila Ayah ajar dia panggil Ayah...as usual, belujm kedengaran lagi sebutan 'Ummi'
  • kurang gemar makanan bayi sebaliknya lebih gemarkan makanan orang dewasa dan kanak2 seperti nasi
  • gigi atas yang dalam entri sebelum2 ini ingatkan nak kuar 4 batang,rupa2nya hanya 3 batang je yang kuar...now, gusi bawah pulak tengah membengkak nak kuar gigi pulak dan bermulalah episod kembung perut lagi(ntah cemana kaitan kembung perut vs teething sangat menjadik buat Firas)
  • rambut depan dah panjang while rambut belakang makin curly pulak...hem...rasa cam nak botakkan rambut dia tpai guna mata no. 3 jek.......Ayah cakap, guna mata no. 1 terusss....isk.....nanti raya tak encem la anak bujang Ummi bergaya dgn baju Melayu bagai..hehe
  • saaaangat lasakkkkkkk..............explore ke sana sini dalam rumahtermasuk bilik air & toilet dan x reti diam kalo berjalan2 dalam kereta dipangku Ummi
  • takleh ditinggalkan main sorang2, mesti nangis & datang merangkak cari Ummi.........manja sungguh ngan Ummi
  • berat setakat timbangan malam tadi kat klinik = 8.4kg (waktu nak tumbuh gigi haritu hanya 8kg) .........alhamdulillah, ada peningkatan


Kejap je dah nak masuk setahun.........seminggu b4 raya genaplah setahun usianya.........bolehla sambut birthday dia di kampung nanti, mesti meriah!!!



cakkkkkk.........nampak gigi BESARsaya yang 3 batang tu????


saya gunakan gigi untuk mengigit sebaik2nya










Monday, June 27, 2011

Majlis kawen & masjid

Hari Sabtu lepas kami menerima 2 jemputan majlis perkahwinan; 1 di taman perumahan yang sama, 1 lagi majlis kawen anak opismet yg dibuat di dalam dewan besar U*P.........memula pegi yang terdekat dulu sambil pesan kat anak2 jangan makan banyak2 sebab ada another wedding nak attend.........food memang best sebab ada nasi minyak & nasi putih dan lauk masak lemak nangka muda.........Ummi amik nasi putih sikit, lemak nangka, ayam masak merah, daging masak hitam & buah.........Firas Ayah pegang & sememangnya Firas ni kalo duduk dengan Ayah memang behaved,tapi kalo dengan Ummi tak reti nak diam, berpusing2 360 darjah...hadoyai




Lepas makan, terus ke main hall U*P pulak for the 2nd invitation.........memang rezeki kami sebab sebaik tiba di muka pintu dewan, pengantin pun berarak masuk tapi Ummi tak nampak muka pengantin perempuannya sebab terhalang sikit.........anak opismet Ummi tu pengantin lelaki, baru grad UIA dan bakal bergelar doktor soon.........menu macam biasala : nasi beriani,ayam masak merah,daging kicap, dalca, acar buah & dessert cream caramel. Kali ni nak makan agak terganggu sebab Firas dah serba tak kena, dah mula mengaruk rimas kut.........so, beransur pulang tapi singgah solat Zohor di masjid U*P siap2




Budak kecik nih bila dilepas bebas atas lantai, memang hepi la sangatttt.....


ini kat tingkat bawah sementara tunggu kakak amik wuduk

Alysha & Firas bermain jela kejenya


dia pun nak merangkak sama macam Firas


Kakak yang boleh diharap menjaga adik(nampak sikit gambar tangga untuk ke ruang solat di tingkat atas)



















cantik sungguh bahagian mimbar dan sekitarnya...Subhanallah

ruang wuduk di hujung sana




di tingkat atas



seronok Firas bermain tak hirau Ummi daaa





tangga menyambungkan tingkat bawah & atas ruang solat muslimat


















cantik...lubang2 tu adalah lubang aircond disalurkan keluar...memang nyaman je bila solat








Friday, June 24, 2011

Rezeki dan syukur

R.E.Z.E.K.I






Bila disebut perkataan 'rezeki' pastinya $$$ yang berada dalam kotak fikiran kita
Tapi sebenarnya, rezeki datang dalam pelbagai bentuk
dalam bentuk gaji yang menarik
dalam bentuk kesihatan yang terbaik
dalam bentuk anak² yang ramai dan soleh
dan pelbagai bentuk lagi




Kami suami isteri berada dalam golongan berpendapatan sederhana
dan kami dikurniakan dengan rezeki 'anak' yang ramai
yup.......5 orang anak adalah ramai pada zaman ini
ada juga kawan² Ummi di mana suami isteri berpendapatan tinggi
dah mencuba bermacam² cara nak mendapatkan anak
atau menambah bilangan anak yang mungkin tatkala ini cuma ada seorang atau dua
namun, belum beroleh lagi rezeki anak




tapi Allah Maha Adil....
dikurniakannya rezeki dalam bentuk lain
cuma, sama ada kita menyedarinya atau tidak




Kadang²
kita terasa sangat tertekan dengan masalah sendiri
dan bertanya 'kenapa aku diuji sebegini rupa?'




Namun
bila ditoleh ke kiri dan kanan
MasyaAllah...
dugaan orang lain lebih hebat dari kita




Maka



bersyukurlah yang kita hanya diduga dengan ujian sekecil ini






  • Bersyukurlah kita dengan gaji yang kita perolehi sekarang(bagi yang bekerja)


  • Bersyukurlah kita bahawa suami masih mampu menanggung makan pakai kita(bagi yang tidak bekerja)


  • Bersyukurlah kita diberikan kesihatan yang baik (di mana kita masih mampu menulis,melihat,mendengar...)


  • Bersyukurlah kita kerana Allah sudi mengurniakan kita zuriat (seorang atau lebih---walau kadangkala kenakalan mereka amat mencabar kesabaran kita)


  • Bersyukurlah kita masih mampu hidup aman tanpa hujan peluru seperti di negara² lain


  • Bersyukurlah kita di atas segala²nya yang DIA kurniakan

Masih ingat lagi entry INI ?
Ada yang bertanya...apakah itu?

6 loves in the air:

Bionic women said...
apakah itu????
June 22, 2011 9:56 AM

puan nina said...
alhamdulillah =)dapat tunaikan umrah ke?
June 22, 2011 10:03 AM

Nieza Ishak said...
apakah itu kak inaaaaaaa????
June 22, 2011 10:10 AM

~ yus ~ said...
apa yg dah termakbuk tu kak??
June 22, 2011 10:17 AM

mama shifa said...
alhamdulillah....apakah?
June 22, 2011 2:13 PM

Ina Hashim said...
apakah itew???tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
June 23, 2011 11:38 AM




Rasanya, ramai yang tahu kan bahawasanya Ummi dan Ayah dah hidup PJJ(perkahwinan jarak jauh-Ayah di KL dan Ummi di Perak) selama hampir 4 tahun 3 bulan




dan syukur Alhamdulillah.........Ayah telah menerima tawaran kerja di satu institusi di negeri Perak ni.........walaupun pada mulanya Ayah a bit sayang nak tinggalkan current company.........due to the benefits etc...yela kan mana nak lawan multinational company dengan local one.........tapi insyaAllah........demi masa depan dan kebahagiaan keluarga Ayah akan mula bekerja di Perak hujung bulan Ogos.........eh...eh...dah nak raya tu...mesti Ayah xleh cuti raya lama2 tahun ni...huwaaaaaaa.........takpela.......kita sama2 sambung beraya sekeluarga di Perak nanti ye.........



Maka dengan izin Allah......akan berakhirlah status kami sebagai 'weekend husband/wife' nanti.........Ummi sangat senang hati bila Ayah ada bersama.........supaya Ayah dapat bimbing anak2 especially Haiqal yang nak amik UPSR tahun depan.........Ummi risau sangat dengan dia nih


Inilah rezeki buat kami.........Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA buat kami sekeluarga...AMIN

Wednesday, June 22, 2011

Happy 9th birthday to my dear son


to my dear son

ADAM IKHWAN





22 Jun 2002 - bersalin secara induced delivery...........namun, satu kelahiran yang paling mudah yang Ummi pernah lalui.........sakit bersalin Ummi dapat kawal mentally......bila difikirkan semula macam tak percaya je rasanya.........sedar2 doc cakap dah boleh push........bersalin secara normal di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dan disambut dengan penuh kasih sayang dari doc. kesayangan Ummi ie. Dr. Fatimah Mustafah.....



Mengandungkan Adam sewaktu Ummi tengah bergelut dengan Masters Ummi.....siang bekerja, lepas keje terus ke UKM untuk belajar pulak.........alhamdulillah, takde morning sickness, takde apa2 masalah langsung yang timbul semasa mengandungkan Adam.........seolah2 Adam faham yang Ummi adalah isteri+ibu+pekerja+pelajar pada satu masa yang sama



Adam anak yang sangat independent dan berani.........sampai sekarang pun, keberanian Adam mengatasi Abang & Kakak



Semoga Adam membesar dengan sihat, cerdas dan menjadi anak yang soleh.....AMIN




pic terbaru diambil oleh ALYSHA last Sunday...tengah menolong Ummi sidai baju kat ampaian....saaaaayang Adam tau



Syukur alhamdulillah....another Wordless Wednesday

*alhamdulillah...termakbul jua akhirnya*


Wordless Wednesday













Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages