Tuesday, February 28, 2012

Menang Tempat #2 Blog Make Over

Dah lama sebenarnya teringin nak makeover blog nih....dah bosan nengok design yang sama...tapi masa yang limited untuk berblogging tak mengizinkan niat di hati

Dalam sebulan dua lepas, ada jugak join seketul dua contest/giveaway......Alhamdulillah...ada jugak rezeki rupanya.....jom nengok di bawah ni:

Azrina Jamal Trapshah 2:46pm Feb 27
Assalamualaikum Ina,

Congratulation you are our second winner for the blog make over. You will receive the GA1 design. You have 2 options:

If u nak i tolong upload the design i need ur username and password. If not nanti i will email u the design and give some instructions on how to upload k.

Btw blog title and also your tagline please =)

Rina



Thanks so much Rina
hopefully, my blog ni nanti akan secantik dan seindah your blog jugak after makeover tu later
seriously, tak sabar sangat....

Monday, February 27, 2012

Of my weekend


Weekend kali ini sangat2 memenatkan

Sabtu

hari Sabtu baru ni anak2 hero berdua tu ada sekolah ganti(sempena cuti panjang CNY aritu)
so, pepagi bangun macam biasa kejutkan diorang bersiap ke sekolah
bekalkan sosej & karipap segera
lepas hantar diorang ke sekolah
me, hubby & Alysha terus ke tasik U*P untuk berjogging di sekeliling tasik
nyaman terasa bila berjogging pepagi mengelilingi tasik
berhenti 1x untuk menjenguk ikan2 kelaparan kat dalam tasik
dan sekali lagi berhenti untuk perhatikan orang tengah bagi ikan makan roti
berebut2 ikan makan
habis jogging, makan tosai +teh o panas kat restoran sambil tapau bfes untuk Kakak di rumah

balik rumah, kami berdua mengemas di luar rumah, sapu daun kering, cabut rumput rampai, sapu porch etc
kemudian bersiap2 dan bertolak ke Ipoh
sebab hubby nak ke HSBC Ipoh
dah settle urusan di Ipoh
terus ke Tesco Station 18 nak beli groceries
sempat tengok progress Jusco Station 18(sebelah Tesco)
wah dah nak siap...
the biggest Jusco in Msia!!!

elok je masuk entrance Tesco
nampak orang tengah berebut2 grab something
walla!!! macam tau2 je kami nak borong stok susu Firas untuk sebulan
ada promo susu Enfagrow 1+ =RM86++ jekkkk
dan tiap tin 1.7kg tu ada mainan percuma
tak pernah dapat harga serendah ni...terus rembat 3 tin
dah settle shopping habis dekat Rm400
singgah Nagoya kejap
rembat kain 2 pasang, nak buat baju kurung kerja

balik ambil anak kat sekolah
rehat2 kejap sambil cuci baju 2 loads
makan ringan2 for lunch
then hubby ajak early dine out
pukul 6pm dah makan

malamnya ke TF Bt Gajah pulak
sabun Dynamo promo price RM18++ rembat sebotol
beli buah kiwi 3 pack...kat sini memang buah2 banyak dan fresh2 compared to Tesco
terbang lagi RM200
balik umah,tukarkan baju & diapers Firas
kasi makan ubat kahak,asma & antibiotik
kasi susu & tidokan dia
around jam 12pm camtu
dia batuk batuk batuk
muntahkan balik susu semua dengan mata terpejam
nasib baiklah dah ready alas tempat dia dengan kain batik
(malam sebelumnya pun dia batuk dan muntah habis cadar)
so just tukar baju dia dan alas kain batik tu aje

Ahad

pepagi kuar gi Tesco nak beli bahan nak masak
hubby nak cari ikan patin
kat Tesco ikan patin tak fresh katanya
tapi beli ikan siakap sekor besar berat 1.5kg= RM15++ murahhh
lepas tu terus ke pasar tani Bt Gajah
dapat ikan patin sungai hidup sekilo RM10
balik masak siakap 3 rasa, asam pedas tumis ikan patin(requested by hubby), telur dadar, kobis goreng kicap while lala goreng belacan cooked by hubby
jam 1 pm, adik plumber datang repair bilik air & toilet yang macam tersumbat
then tukar kepala paip sinki & paip luar depan rumah
dan tambah 1 paip untuk washing machine kat luar
settle!

jam 3pm++ baru dapat lunch bersama
selesai lunch, sidai baju
pastu bancuh adunan untuk apam beras
pertama kali buat apam beras nih...eksaited sangat
then perap 3 jam
baru je nak landing badan sambil tengok DVD
dengar orang bagi salam
rupanya nice hubby dari Manjung datang bersama family dia dan juga parent dia dari Kedah
sembang2, pastu bawak diorang g tengok showhouse rumah yang dibeli then hubby ajak minum2 kat kedai mamak
b4 Maghrib diorang dah balik
mula mengukus apam lepas Maghrib
sonoknya bila jadi
memang tak melekat kat acuan pun
15 minit tiap kukusan
dapatle apam cenggini
but mine were of light orange colour
itu aje pewarna yang ada di dapur


I used this kind of mould
so dapatle 30 biji apam beras

*gambar semua hasil google'an since kamera sendiri masih tak dapat ditemui

eksaited sangat waktu berjaya siapkan semua pam2 cumil tuh
terus call my mom bagitau my achievement
(adoyai...dah nak masuk 40 tahun baru le dapat seru nak meng'apam')
yang bestnya, my mom pulak mintak resepi from me sebab her old recipe
kekadang jadik, kekadang x naik dan macam2 lagik
dan my mom pulak eksaited nak buat apam malam tadi since semua bahan2 ada katanya
haha

later last night, I felt sooo sooo exhausted
teramat2 sampai I burst into tears
waktu hubby minta tolong kemaskan almari baju Alysha
yang dah terjatuh2 bajunya dek ditarik dek Alysha waktu nak amik baju pas mandi
bukannya tak nak buat
but I was really exhausted
and need a break
a 15 mins break for me...
just for me alone nak luruskan pinggang kejap atas katil
(not to mention si Firas yang keep nagging around with me all day long)
sampai teresak2 jadinya
Firas pun kejap2 datang to check on me
tanpa sepatah kata, berlalu pergi
then datang balik, check lagi
agaknya dia pun heran tetiba Ummi dia burst camtuh huhu


hubby terus tak terkata apa2
dan mintak Kakak tolong kemaskan almari baju tu
then dia bawak Firas & Alysha kuar g fetch Haiqal dari kelas tuisyen
(dia jarang bawak Firas kuar without bringing me along...maybe, he's doing that to give me some space on my own)
si Adam pulak bila tengok me menangis & hubby kuar dengan Firas
terus datang offer his helping hand

siap cakap lagik 'Ayah dah bawak Firas keluar....Ummi rehat je...nah remote...Ummi relax tengok DVD tau'
I replied' camne nak rehat..baju belum iron lagi'
'takpe takpe...ummi cakap je baju mana nak iron, meh Adam ironkan' said my 10 year old boy


aduhai anak
dialah yang selalu buatkan I naik marah dalam rumah tu
tapi dia jugak le yang buatkan my heart melt
ya Allah.....kesat2 hingus....istighfar banyak2 kali
kumpul saki baki tenaga yang ada
terus g iron baju kerja & baju sekolah
dan siapkan beg neseri Firas
Adam pulak tolong kemaskan bilik

the best part, waktu Firas & Alysha dah tido
hubby offer nak urutkan belakang badan lepas ngadu back pain
lega rasanya lepas dapat massage
memang rasanya nak cari orang untuk berurut le pasnih
barulah selesa sikit badan
hemmm....dah lama tak berurut since urut pas bersalin si Firas in 2010 dulu!

dan after more than 1 week of having not a good night sleep due to anak2 tak sihat
(bangun malam untuk suapkan ubat demam or masukkan ubat demam suppository ikut montot or bagi Firas sedut inhaler ikut aerochamber or tukar cadar n baju Firas sebab muntah or basahkan kepala Firas to reduce his body temp)
...
malam tadi dapat tido dengan aman sebab Firas dah dapat minum susu tanpa terbatuk dan termuntah...alhamdulillah


*photos-credit to Google

Friday, February 24, 2012

Kamera oh kamera!!!

Alhamdulillah...kami sekeluarga beransur sihat
Dimulai dengan Alysha yang demam selsema....followed by me
yang kene demam, selsema, batuk selama 3 hari
then Firas pulak demam (nak tumbuh gigi taring)
diikuti dengan batuk berkahak and now wheezing pulak
dan tiap2 hari kene ulang alik ke klinik amik nebulizer
at the same time, Haiqal pulak demam
dan terkahir semalam Kakak pulak demam
hanya Adam yang menten macho kuat tak demam
hemmm....Adam memang payah sket jatuh sakit

mood blogging pun ke laut
dah le sefamily tak sihat
hati pulak gundah gulana keluh kesah
disebabkan ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

since the last time balik kg. waktu cuti MaulidurRasul aritu
terus tak ingat letak kamera nih kat mana
huwaaaaaaaaaa
jenuh mencari ke sini sana
memang tak ada!!!
adoyai....takkan tercicir kat Pdg Besar pulak?
waktu balik kg aritu, kami ke Perlis
sebab ada wedding opismet Ayah
then alang2 dah berada kat Perlis
terusle kami zass ke Pdg Besar

and sadly
sampai sekarang Ummi masih tak jumpa kamera kesayangan Ummi tuh
kamera tu ada sentimental valuenya sendiri
sebabnya:
Ummi beli kamera tu hasil jualan Medela Freestyle breastpump kesayangan Ummi tu
since dah tak BF Firas dan ada pulak member mintak nak beli
Ummi jualkan ajela supaya dapat terus memberi jasa pada orang lain
but now,
kenangan hasil jualan Medela FS Ummi tu pulak dah hilang ntah ke mana
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, February 21, 2012

Wordless Tuesday

~ Me n kids - not feeling well~

Friday, February 17, 2012

A.G.E



Gempar seketika satu Malaya bila dikejutkan dengan wabak AGE (Acute Gastroenterisis) yang melanda kawasan hilir Perak dan Batang Padang. Bila ternampak aje berita tu kat TV, terus Ummi teringat pengalaman Ummi menjaga lil Firas yang warded due to the same virus ie. AGE. Boleh tengok kisahnya kat entry INI Berkampung selama 4 hari 3 malam di KPJ Hospital Ipoh.....alhamdulillah...cepat amik treatment, cepatlah sembuh

Dari pengalaman Ummi, kalau ada anak2 yang diserang AGE nih:

  • jangan biarkan anak dehydrated, bagi dia minum air kerap2
  • jika anak tengah muntah2, pemberian susu HARUSLAH dihentikan sama sekali kerana laktosa dalam susu akan lebih menyumbang kepada muntah2 tersebut
  • digalakkan beri anak minum air seperti 100 Plus (dibuka dan dibiarkan seketika supaya gasnya hilang) atau air glukos untuk menggantikan tenaga yang hilang
  • sentiasa perhatikan air kencing dan najis anak anda......adakah diapersnya berat atau ringan selepas beberapa jam?jika ringan, ia petanda dehydration.................untuk najis pula, perhatikan jika ada bercampur sedikit darah...ia petanda bloody diarrhoea-->terus ke hospital
  • jangan tunggu kalau muntah2 berterusan--->terus ke hospital
  • sekiranya muntah2 dan diarrhoea diikuti dengan demam--->sila ke hospital
  • jika anak kelihatan lesu tidak bermaya, tidak aktif seperti biasa--->sila ke hospital

Bila anak sudah mula pulih dari muntah2, bolehla mula memberi makanan lembut kepadanya. Contoh terbaik adalah bubur nasi yang dikisar kasar.....kerapkan pemberian bubur nasi kerana anak anda masih berpantang dari minum susu dan dia akan selalu rasa lapar

Itulah yang Ummi lakukan (atas nasihat Dr.)....Ummi diberi keistimewaan untuk request bubur nasi walaupun tengah2 malam or pagi2 buta...tekan je buzzer dan minta bubur nasi dari diorang sebab Dr. dah arahkan free flow of bubur nasi khas untuk Firas....owhhh.....sungguh baik hati...tapi biasanya kalu Firas bangun malam dan lapar, Ummi suapkan roti ban yang dibeli kat bakeri kat tingkat bawah KPJ....memang dia suka roti pada waktu tu...maklumlah, perut lapar kan

Ini ada gambar waktu dia kene warded due to AGE Sept last year......

again,
jangan dipandang ringan jika anak anda
mengalami cirit-birit dan muntah2 berterusan
segeralah ke hospital berhampiran
untuk rawatan lanjut


Penemuan yang mengejutkan!!!



2 hari lepas, waktu amik Firas dari neseri
nampak dia tengah jolok2 mulut dia dengan jari
tegur la dia 'kenapa jolok mulut tu?'
kebetulan, owner neseri tu pun berada di muka pintu tu bersama sebab dia pun nak amik anak dia jugak

sampai aje kat rumah, hati rasa tak tenang bila lihat Firas jolok lagi ke dalam mulut dia
baringkan dia atas riba, ngangakan mulut dia
ya Allah!!!!
bende ni lagi???
terlekat di celah gigi geraham dia
sahlah memang dia dapat bende ni dari neseri
ini bukannya kali pertama tapi kali ke-3 sudah
sebelum ni dah kene tapi tak bebetul confirm dia dapat bende tu dari neseri

dan semalam,
elok je sampai ke rumah dari neseri
dia korek2 mulut dia lagi
ada seketul lagi bende tu
aduhhhhh
padahal, semalam dah komplen pada owner neseri tu
dan dia dah bgtau semua pengasuh suruh alert pasal bende nih
tup2....masih ada lagi
(diorang gunakan stapler untuk klipkan kertas aktiviti harian budak2 kat situ)

si Firas ni memang dari kecik suka mengutip bende kecik2 masuk ke mulut
dia buat kemam2 then luakkan
tapi bende ni tak dapat diluakkan sebab terlekat kat gigi dia
ya Allah....semoga tak ada yang berjaya masuk ke dalam perut kecil dia

nak tau apa bendenya???
meh tengok
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


staples @ stapler bullet nih....
bukannya yang dah diguna tapi yang belum guna bentuk macam U tuh


Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday

cobaan memakai kopiah Ayah...




eh eh
ishhhhh
finally....terklepet pulak kat belakang haha


Tuesday, February 14, 2012

Tantrum pertama si kecil...





Nampak muka cam suwittttttttttt je kan?
Tapi semalam adalah sangat2 menguji kesabaran saya (eh! saya pulak)
Tantrum pertama yang tak dapat dipujuk langsung

Petang semalam kami berempat(me, Firas, Kakak & Alysha) ke klinik
tujuan ke klinik adalah sbb. 2 orang yang kurang sihat
saya - demam, selsema, batuk, blocked nose
firas - batuk berkahak

Ada 3 patient lain tengah menunggu sebelum kami
Firas asek duk 'Nak...nak'---permintaan makanan tiap kali pas amik dari neseri
Kakak mintak izin nak g beli roti kat kedai sebelah
Dan dia kembali mengatakan roti takde, hanya ada keropok
So pesan pada dia supaya pilih keropok yang less pewarna
Done!
Sebungkus kecil dikongsi mereka bertiga
Dah habis makan keropok, Alysha mengadu haus pulak
So, dia dan Kakak ke kedai sebelah beli air Milo kotak
Bila kembali ke klinik, Ummi terpaksa sorokkan pandangan Firas
dari melihat air Milo tuh takut2 dia pulak mintak
sedangkan turn dia nak berjumpa doktor dah dekat

Ntah cemana dia ternampak pulak
Dah mula 'Nak...naaak'
So, suruh Alysha & Kakak tunggu dalam ekreta dulu
Si Firas dah tak tentu arah
dah start tantrum
dukung tak kena, letak di bawah tak mahu, letak atas kerusi tak nak, letak atas wheelchair kat klinik pun taknak!
dia lentik2 kan badan dia ke depan ke belakang sambil nangis2 jerit2
ya Allah!
sungguh sy tak tahu nak buat apa
semuanya tak kena
puas pujuk, puas tunjuk charts kat dinding semuanya tak kena

tetiba nama dipanggil, masuk bilik doktor
eh....diam pulak dia
sepanjang doktor buat checkup, langsung behaved
tapi....
elok je keluar dari bilik doktor.....terus mula tantrum balik
adoyai....geramnyaaaaaaa
ikutkan hati rasa nak je cubit2 peha bambam dia
tapi, tak sampai hati

sementara nak tunggu dapat ubat
dengan Firas yang mengamuk2
hantar dia ke kereta dulu
terus diam
sebabnya:
dapat air milo kotak Alysha yang masih berbaki 1/4
aduhhhh.......kalo pandai minum tak jugak
ini tidak
habis le air Milo tu tumpah ke sana sini waktu dia picit kotak tu nak minum
Minum pulak nak pegang kotak air tu sendiri, xnak bantuan
kekunun dah BIG BOY la ye...

meh tengok perkembangan Firas dari babycenter

Your 17-month-old: Week 4

Your toddler now


Managing meltdowns

If you haven't witnessed a tantrum firsthand yet, you may very soon. Tantrums are an expression of frustration over something a toddler can't do, either physically or because it's not allowed. Mix in fatigue or hunger, and kaboom!

As much as you may wish you could soothe the savage beastie right away, there's no magic formula. A tantrum usually burns itself out faster if you act neutral or even ignore it instead of responding with a sympathetic cluck or rational explanation.

Once your child calms down, offer her a lap and a chance to regroup. Try distraction (rather than giving in to something you refused). Don't punish a tantrum. At this age, your child can't help herself.


So meaning, it's normal for him to have his tantrums la ye....huhu

Monday, February 13, 2012

Girl ke boy?

Sebelum ni, selalu kalau ke mana-mana, akan ada aje orang yang bertanya, 'girl ke boy?' sambil merujuk kepada my lil Firas Zahin
Adoyai.....lasak cenggitu pun disangka gegirl ke?
dah sah2 pakai t-shirt dengan short pants kaler biru
pun masih ada yang bertanya

jom tengok gambar kat bawah ni
macam gegirl tak???





hahahahaha
jadi mangsa Ummi dia
rambut dah panjang sangat
sebab tu decide zasssss je potong senang citer
takde lagi kekeliruan orang lain nak bertanya 'girl ke boy?' haha


Friday, February 10, 2012

I survived a year without a ............................

............maid....................
and with 5 kids around
.....................and being a weekend wife.....................

At first, I did not see how I could go through handling everything on my own without a maid (and a husband around)..................but time goes by, whether I like it or not, I have my own way in managing things.

Ramai cakap I nih SUPERMOM

and I did not agree and am not qualified for that title.....
I guess, any mom who were in my shoes will survive as I do.......

mmg dear hubby dah suruh try call & tanya on new maid once the MOU dah signed bet. our govt. n Indo. govt. haritu....kat web Jab. Tenaga Kerja dah ada listing on the agencies yang agree dengan MOU tu.....but somehow or rather, awkwardly, it's me who felt reluctant to have one

I just don't understand myself.......I admit of being soooo tired since takde maid......but I am also soooo tired of ragam n kerenah the 3 maids yang I cuba hire during May/hune last year.....hati terasa dah serik sangat......unless kalau ada anyone yang boleh assure me any maid yang confirm akan keje dengan ikhlas, takde ngelat2 for 2 years, then only I will consider

Ramai jugak yang bertanya, how do I manage my life here....
well, banyak perkara terpaksa dikorbankan sebenarnya......
antara perkara yang dibuat since xde maid nih:

  • anak2 akan ada tugas masing2 tiap hari untuk membantu ummi diorang yang dah fenatt....contohnya. tugas Kakak - cuci pinggan , Haiqal - sapu lantai ruang makan & tamu and Adam - buang sampah & kemas meja....itu sebagai contoh ajela

  • biasanya, once in a week akan ada 1 load of baju kotor terpaksa hantar ke dobi.....sebabnya: bukan sebab tak sempat nak cuci....tapi, yang sedia ada pun tak sempat nak dilipat....so, hantar dobi terus dilipat sekali

  • memasak hanya during weekends....ini satu pengorbanan yang tak best sebenarnya...tapi I'm not a superwoman......memang tak sempat nak buat semua kerja at one time.....terpaksalah anak2 asyik makan makanan kedai aje

  • Sabtu & Ahad adalah hari gotong-royong sedunia serumah......bersihkan rumah luar dan dalam

  • beli baju sekolah dalam kuantiti cukup untuk seminggu....so that, kalau sempat on weekend I'll iron baju sekolah diorang siap2 untuk seminggu...tapi Kakak iron baju sekolah dia sendiri....dah kene ajar dia berdikari....I dulu dah duk sorang2 kat boarding school at her age

  • most of the time when I'm doing the house chores macam basuh baju ke, sidai baju ke etc.......Kakak will take over to babysit Firas

Kadang2, timbul jugak perasaan kesian kat anak2 sebab kene kerah buat itu ini....
but, bila dipikirkan balik, it's good for them to learn on how to help around doing the housechores actually.....
unlike me dulu, memang tak reti sangat buat keje rumah ni....
maybe sebab my mom is a fulltime housewife and my auntie(my mom's sister) was staying with us since I was born(she's 12 at that time) until I was in Form 3, when she got married. So, mom got help from her in doing the housechores
.......and I banyak tolong my dad keje2 di luar rumah
macam sapu sampah di kawasan luar rumah.
.....cat pagar(my feveret at that time) etc
......nak tolong memasak pun my mom tak kasi,
asek-asek disuruh potong sayur jelah sampai dah naik sek. menengah
dah kawen baru le hagak2 nak belajar memasak huhu

okey....dah melalut
anyone who have the same experience of maidless with many kids to take care after and want to share their experience or tips or anything, please feel free to do so....manalah tau kut I can adapt and adopt any of your tips tu...hihi


Thursday, February 9, 2012

Before and after

Now you see it..............





now you don't............











makin nakal nampak muka dia kan?
sib baik dia mau duduk diam2 waktu pakcik tu gunting rambut dia
hehe kelakar je tengok
tapi Ummi mesti in sight, kalo out of sight terus dia nangis n susah pakcik tu nak gunting rambut

alkisah budak umo 17 bulan nih:

-nakal n lasak dia mmg ngetop!!!!teramat2...hadoyai...maklumlah, anak bongsu la katakan...biar Ummi rasa jaga budak kecik puas2...pasnih dah stop, takde adik dah

-panjang akal......tanpa diajar, dia amik kerusi kecik & then letak kat mana sasaran dia, pastu dipanjat dan capai apa yang dihajati...jenuhla Ummi duk mengemas, habis dibongkar eg. rak buku

-kalau dulu, pas minum susu terus dibaling botol tu jauh2...sekarang kalo dah habis minum, dia kasi Ummi sambil cakap 'dah....dah'

-dah pandai cakap 'nak Umma(Ummi)'

-sangat garang dengan adik-beradik dia....tapi kalau dengan budak2 lain kemain sayang lagik....last week balik kampung, my youngest sis pun balik kampung....so Firas kemain berkawan ngan anak dia si Alya yang tua 5 bulan dari Firas......asek nak sayang jek pipi si Alya comey putih gebuzzz tu

-kalo dia poopoo, dia akan tarik2 suar dia dan cakap 'eeeeeeeeee' as if busuk la tu menandakan dia dah poopoo

-kalau cakap 'jom mandi', kemain laju lagi berlari menuju ke bilik air dan ikut arahan if disuruh buka baju, dia tarik baju ke atas, if cakap buka suar, dia tarik suar ke bawah, if cakap buka pempes, dia tarik2 pempes dia hihi

-paling suka try kasut2 orang besar, habis segala kasut dia nak try

-masih tak lepas dari habit isap ibu jari kanan sambil pegang bucu kain lampin buat 'stoned'

-pantang dengar lagu yang berentak rancak sket, mulalah nak berjoget


Thursday, February 2, 2012

Us at Butterfly Farm Penang

Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa rasanya tak masuk Butterfly Farm nih.....dah lupa bila last pegi sini


Alysha yang gayat dengan jambatan kecik tuh

giant beetle haha

khusyuk tengok apa tu Alysha?



budak kecik sorang nih nak bebas merayap sorang2

ehem2



Alysha yang manjerrrr




macam2 spesies periuk kera pun ada

butterfly nih minat kat Adam




siblings (but sometimes can turn into rivals.....grrrrrrrr)


sweet





cantik sangat buai besar nih


see!!!!!!!!!! taknak dipegang tangannya.....nak berjalan sendiri.......'Abang.....I'm a big boy already tawww...I want to explore this place on my own okay"....itu kut yg nak dicakapkan pada abangnya

Finally.....us.....with the 'big boy' in the middle

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages