Friday, March 30, 2012

Farewell lunch to a dear colleague/friend

Choc Chip Walnut Cake

yummeh!!!

sembang2 sementara menunggu bos datang

4 mak dara pingitan hihi...oops...terselit muka bos kat sebelah Lin
us...eh En. burn pun tumpang sekaki sengih kat belakang rupanya




awat tu Lily...tak puas hati lagi ke dapat kek sedap SR nih...?haha

fuhh...berapi Prof duk diskas kat belakang

everyone's favorite Em Cee

yang diraikan, Lily Idayu, our Academic Executive, dah sebak
...time bagi speech terus berjurai...sob sob

my plate...nasi sikit, ayam goreng rempah, ikan bakar, tempe goreng, ulam2an+sikit sambal belacan yg pedas menyengat...tak dilupa air sirap manis(betul2 manis) tanpa ais

sila Q ye
their plates

eh eh...time potong kek hepi lak Lily ye...hihi...will miss u much....
it's great to know you from my 1st day at the office....
you are more than a colleague to me.....a friend....and a sister...
walaupun hanya pindah ke department lain....
tapi dah tak mungkin dapat jumpa hari2 macam sekarang.....
dah tak layan lecturer2 sengal cam kitaorang nih...
mulai minggu depan, kene layan Quality matters la pulak ye

Wednesday, March 28, 2012

Bacalah......!!!

Selalunya, bila sessi blogwalking, ada cerita yang dibaca sebagai hiburan dikala sunyi atau sebagai perkongsian pengalaman....
tapi bila BW ke blog
Anna hari ini,
ata terpaku, lidah kelu, jantung berdegup kencang, airmata menitis turun tanpa dipinta......
masyaAllah.....takutnya dengan azab di akhirat nanti.....
ya Allah.....panjangkanlah umurku lalu diisikanlah dadaku dengan ilmuMu dan jadikanlah aku hambaMu yang beramal soleh.....Amin




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) ya
ng memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


WW - my FM collection in my office room




my favorite of all



latest Fm from SZ (thanks dear)

Tuesday, March 27, 2012

Syioknyaaa main air!!!!!!!!!!!!!

Dah2 minggu cuaca sangat panas di Perak nih....weekend lepas menurut member kat opis, cuaca cecah sampai 34 darjah Celcius.....fuhhh...memang membahang sangat

hari Sabtu petang sebelum kami bertolak ke Manjung, kasi anak2 kecik berdua tu berendam main air dulu puas2 kat belakang rumah....asalnya, nak mandikan Firas sorang je.....alang2 dah mandikan Firas, terus ajak Alysha sekali...berendam dalam bath tub memasing...tub Alysha sebenarnya dah lama x digunakan...tapi petang tu kuarkan balik, cuci2 dan kasi dorang berendam.....si Firas pulak yang eksaited nak berendam dalam tub lama kakak dia....Alysha dapat tub baru Firas

pandang kamera dulu...klik...klik

sonok la tu



acara buang air dari besen




Ummi lepak je kat tepi sambil nikmati suasana petang haha


gumbira....hati senang lihat anak gumbira



tak reti duk dediam...si kakak je yang behaved duk dediam dalam tub

Monday, March 26, 2012

Firas at 19 months+videoclip

At 19 months, Firas :
  • lebih suka makan sendiri berbanding disuap.....so kalo nak kasi dia makan, kene ada 2 mangkuk, satu untuk dia main2 makan sndiri dan satu lagi untuk Ummi suapkan dia
  • keaktifan dia makin menjadi2.....ada2 je akal dia nak buat itu ini......ada sekali tu Ummi kat dalam bilik, tetiba dia datang panggil 'umma...umaaa....' then tarik2 baju Ummi.....bila ditanya kenapa.....dia cakap 'tuuu...tuuuu....mpahhh(tumpah)'.....pegang tangan dia dan dia pun bawa ke tempat kejadian...hemmm...memang secawan air dah ditumpahkannya....Ummi amik mop nak ngemop air tumpah tu...tengok2 dia tengah gigih lap air tumpah tu dengan tisu!!!
  • belum pandai sebut 'susu'...kalo lapar, dia merengek je
  • Firas belum le pandai bercakap dalam ertikata sebenar....masih duk develop belajar vocab......dan masih suka bercakap bahasa Jerman dia

kalo pegang je telefon/henfon, mesti dia panggil "Ayahhhh or Yahhh' sebab ayahnya yang sellau bercakap dengan dia tru fon pun kan....hehe

jom layan videoclip yang sempat diambil waktu kat The Zon KL aritu

video




video

psssttt.....uols nampak tak videonya?apsal bila edit ada videonya, tapi bila publish tak nampak pulak?????

Friday, March 23, 2012

Alysha + penjara


Nak cerita alkisah budak ni pulak yg berumur 4thn 4 bulan nih
sekarang ni amatla kuat merajuk
sikit2 nak merajuk
sikit2 nak menangis
adoyaila anak
mana le nak melayan dia lagi, nak emlayan lil Firas lagi

pepagi paling haru-biru
bangun tido liat
nak mandi pulak, nak Ummi mandikan
nak Ummi lapkan
nak Ummi pakaikan baju
serba-serbi nak Ummi pakaikan

dan siap question Ummi balik bila Ummi suruh bangun n siap ke sekolah
'kenapa Firas boleh tido lagi, tak payah bangun mandi macam Alysha?Alysha pun nak tido lagi macam Firas'
dah nak kene explain pulak kat dia

semalam lepas amik dia dari tadika
nak menyinggah ke kedai runcit kejap
elok je parking, dia cakap
'tengok tu Ummi....bird!'
Ummi buat tak endah jela sebab kat situ memang banyak burung2 terbang sana sini pun
bila dah turun pun,
dia still duk eksaited asek duk tunjuk
'bird...bird'
Ummi jenguk jugak mencari
tapi tak nampak kat mana birdnya sebab dia tunjuk arah di kedai

tanya lagi, 'mana birdnya Alysha?Ummi tak nampak pun?'
'itu la Ummi' jawab dia lagi
'mana?'
tanya Ummi sambil mata meliar cari bird yang dimaksudkan tuh
'tu la Ummi...BIRD YANG DUDUK DALAM PENJARA DIA TUUUUU'
'
'haaa?'
'oooohhhhhhhhhh'
terus Ummi tergelak kat situ

mana tak gelaknya
rupanya patung burung kat dalam sangkar kayu

'tu bukannya penjara Alysha...itu sangkar dia'

'Ummi tepuk2 la tangan.....nanti mesti dia bunyi kokokok macam ayam kat TF tu'
hahahahah...tergelak lagik
kat TF sana dulu ada patung ayam berbateri, yang mana kalo kita tepuk tangan kuat2, dia akan bunyi dan bergerak 2 kepalanya

hadoyai


Seminggu di KL-Part 2

Bermula dari hari Khamis-Sabtu lepas, kami stay kat sini pula.....the Zon All Suites

Residences dekat dengan KLCC.....bukannya stay untuk suka2 tapi atas dasar kerja.....dapatlah anak2 menumpang ala2 coti bersama....dan hubby paling best sebab pegi keje jalan kaki je dah sampai huhu....

Dapat 1-bedroom executive suite with a living room ... sangat besar dan selesa....memang recommended buat sesape yang nak bercoti ke KL sebab sangat convenient....bilik besar dan kalo nak g KLcc leh jalan kaki jek

meh tengok apa yang si Kakak snap dalam bilik kami...

shower....maveles



tea or coffee??


bilik air yg. buatkan kami somi isteri verangan2 kalau le dapat buat kat umah sendiri.....luas giler bilik air dier....nampak tu toilet, then ada bath tub dengan blind kat sebelah....kalo beransss, sambil berendam tuh bukak le blind tuh kekunun nak nikmati panorama di luar(at the same time, orang luar leh nikmati panorama anda tgh berendam erkkk).....dan di sebelah kiri nih le terletaknya shower tadi

bila buka pintu bilik hotel, akan jumpa ruang tamu ni dulu...yang 2-seater tu adalah sofabed ...dan ada TV flat screen sebijik....nun di sana adalah bilik tidur yang dipisahkan dengan sliding door, juga ada lagi satu TV sebijik....so senanglah anak2 ngan mak anak takde nak berebut channel TV hihik


ini pulak pic dari Google
Terracotta Restaurant dalam The Zon....kami bekfes je kat situ dah dapat 2 free bfes kan...just add RM18 each for a kid...which later I found it to be so expensive as there were not much selection of food...tastewise memang sedap....cuma choices very2 limited....compared to other hotels that we went recently macam Impiana Ipoh(paling banyak choice makanan dan sedap) dan Vistana Penang(nasi lemak bungkus dia mmg superb)

dan on Saturday morning tu, bila pegi nak makan je dah full house...penuh ngan manusia....dan makanan banyak yang habis tapi tak di refill....staff pun kelam-kabut tak cukup tangan...patutnya, diaorang dah leh get ready by looking at the number of guest yang stay kat hotel tu the day before...hemm
the pool....yang disukai anak2...while Ummi tengok jela dari atas since xleh mandi kan...

Alysha yang pepagi buta dah kuar ikut Ayah g beli bekfes kat restoran kat bawah


yayyyyy....ini dunia ana yang punyaaaaa


ini budak yang tak reti duduk diam

diambil dari tingkap bilik

KL oh KL....dah jam 6.04 petang pun...masih ramai yang gigih bekerja belum pulang ke rumah

The Zon ni memang best EXCEPT for one thing....pintu masuk bilik air dia mmg takde kunci...jenis tolak je camtu macam pintu nak masuk ke bank...haru sungguh....dahle si kecik Firas tu suka mengekor mana Ummi pegi....hadoi...

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages