Friday, June 29, 2012

Umrah 2012 : KLIA-Jeddah-Madinah......the story PART 1

Urusan booking secara online telah selamat dibuat bulan Jan lalu dengan travel agency(TA) Andalusia  Travel & Tours....kenapa pilih Andalusia? disebabkan good testimoni dari hubby, MIL, SIL, BIL yang pernah gunakan TA yang sama sebelum ni.....walaupun TA ni berada di KL dan kursus umrahnya di jalankan di KL (melaka pun ada), namun, semangat dari  hubby merangkap my sponsor katanya tak susah nak menunaikan ibadah umrah tambahan akan dapat bimbingan sepenuhnya dari para mutawwif bertugas di sana nanti.....lega sikit rasa di hati.....hanya sempat hadiri kursus umrah oleh Datuk Daud Che Ngah sekali sahaja.....lain² ilmu ditimba dari buku² panduan umrah dan info dari internet.

Seminggu sebelum bertolak, hati semakin berdebar², ditambah dengan cik P yang masih belum datang², dah overdue....doa tetap berdoa semoga semuanya dipermudahkan...namun, Allah tetap menduga sedari awal....cik P datang sehari sebelum keberangkatan ke sana...apa nak buat....redha dalam tangis....ini semua kekuasaanNYA...dahlah ke Madinah dulu for 3 days, selebihnya di Mekah....tak dapatla masuk ke dalam Masjid Nabawi dan ziarah Makam Rasulullah dan Raudhah...

8 Jun 2012  (Jumaat)

Tepat lepas solat Jumaat, setelah bersalam²an dan bermaafan dengan ahli keluarga, kami pun menuruni eskalator untuk ke kaunter imigresen di tingkat bawah...sambil melambai mereka yang ditinggalkan, berdoa semoga Allah memelihara dan menjaga mereka.....dan semoga Firas dapat menyesuaikan diri tidur tanpa umminya selama 2 minggu....air mata berjujuran di situ tak dapat dibendung...namun, kuatkan hati kerana perpisahan sementara ini adalah untuk menunaikan kewajipan ibadah. Alhamdulillah, sebaik masuk ke dalam perut pesawat, tiada lagi kesedihan ....dada dilapangkan dan hanya menumpukan pada soal utama untuk ke sana...iaitu menunaikan ibadah umrah....masa diluangkan dengan berzikir, menelaah buku panduan umrah dan menonton video yang ada di depan seat tentang tatacara umrah dan lainnya. Memang sesuai benar naik pesawat Saudi nih, sesaat pun tak dibazirkan untuk menonton cerita² yang tak berkaitan.

Kami terbang dengan Saudi Airlines SV841 jam 4pm waktu Malaysia dan tiba di Jeddah jam 7pm waktu Saudi (12am waktu Msia)....selepas selesai urusan di situ, dalam jam 7.30pm kami berangkat ke Madinah pula dengan menaiki bas yang memakan masa 6 jam perjalanan (dan berhenti makan di Yemen Restaurant di Wadi Kudaik, namun, perut tak dapat terima makanan sebab waktu Msia lebih kurang jam 3 pagi). Tiba di Madinah lebih kurang jam 2.20am...selepas check in bilik di Hotel Durrat Fayroz di bilik bernombor 712, kami berehat sambil berkenalan dengan rakan sebilik baru dari Melaka. Seorang makcik yang datang ebrsendirian mengerjakan umrah. Hebat betul semangat dia walaupun baru pertama kali datang ke sini.

Lebih kurang jam 3.00 am, azan berkumandang.....hati terus sebak....suara muazzin berkumandang...sangat mendayu² meruntun kalbu....tanpa disedari air mata mengalir tanpa henti, menangis sampai teresak².....tak menyangka dapat rezeki berpijak di bumi suci kota haram Madinah....mereka yang boleh solat bergegas ke masjid...tinggallah sy & biras yang sama² 'uzur' di bilik....tetiba jam 4.00am, berkumandang azan Subuh lagi sekali....ooo...inilah yang dikatakan kalau di Madinah & mekah, azan dilaungkan 2x...yang pertama, untuk mengejutkan orang yang tengah tidur supaya bangun dan bersiap ke masjid...azan kedua barulah azan Subuh sebenarnya...

Selepas sarapan pagi, kami berkumpul di lobi untuk event pertama iaitu menziarahi makam Rasulullah dan masuk ke Raudhah....beberapa jemaah wanita yang turut 'uzur' hanya duduk berzikir dan berselawat di dataran Masjid Nabawi...hati kecil sy merasa tak puas sebab tak dapat masuk ke dalam....jadinya, sy & biras duduk berzikir di ruang tepi dekat pintu masuk masjid...di mana polis wanita rancak menggeledah dan memeriksa henbeg sebarang beg yang dibawa masuk bagi memastikan tak ada yang bawa masuk kamera ataupun henfon berkamera....Selama 3 jam kami di situ, barulah rombongan grup kami yang masuk tadi keluar...lama rupanya Q untuk masuk ke kawasan Raudhah....untung mereka.....tak apalah....bukan rezeki kami kali ni....ini semua perancangan Allah....maka, berkobarlah harapan yang Allah akan kembali menjemput sy menjadi tetamuNYA tidak lama lagi dan kali ini adalah diharapkan dapatlah menziarahi makam Rasulullah dan masuk ke Raudhah....

Jemaah lelaki berpeluang menziarahi Pemakaman Baqi' di mana para isteri, anak², sahabat² Rasulullah dimakamkan di sini....kaum wanita tak dibenarkan ziarah....hari ke 2 kami mula ziarah luar....jam 7am dah berkumpul di lobi...kemudian, tempat pertama dilawati : 

MASJID QUBA' - masjid pertama dibina untuk umat ini....Nabi Muhammad S.A.W. juga turut menyumbang tenaga dalam pembinaan masjid ni.....since sy x boleh solat, jadi berjalan² di sekeliling masjid ni sambil bergambar ...tetiba ada budak ppuan comey jual tasbih...bila dibgtau, taknak, dia terus merayu sambil cebik² nak nangis...siap tarik² baju....aduhai....memang ramai budak² kecil comey nih jual tasbih dalam lingkungan umo 6-10 tahun kut...dahle muka comeyyy sangat cam budak² Bosnia tuh...gerammm jek....dia ikut je kita ke mana-mana....sampai biras cakap 'dahla comey, ikut je orang ke mana-mana...angkut bawak balik Msia kang..ha'....hihi....dah kita taknak beli tasbih dia, dia duk mintak pulak brooch yang kami pakai kat tudung tuh...adoyai...kalo le tahu nak jadi macam tu, awal² lagi angkut banyak² dari Msia dan sedekahkan aje pada budak² comey nih...tapi nak buat cemana, kalo dikasi brooch tuh, longgar pulak le tudung yang kami pakai....sorila cayang ye

Selesai urusan di Masjid Quba', bas menuju ke Masjid Qiblatain pulak
MASJID QIBLATAIN - masjid di mana berlakunya pertukaran qiblat dari asalnya mengadap Masjidil Aqsa ke arah Kaabah.....sedang Nabi Muhammad tengah solat Zohor rakaat kedua, turun wahyu supaya mengubah qiblat ke arah Kaabah

lepastu, kami ke ladang kurma....Subhanallah...memang macam pokok kelapa sawit hehe....then kat situ ada pulak free flow of Arab mint tea...semua pengunjung boleh rasa teh Arab panas tuh...segar rasa pas minum teh panas tuh....berlegar dan bergambar di ladang kurma...in laws pulak gigih menyopping barang² jualan di tepi jalan tuh.....ada buah zuriat, ada minyak habbatussauda, ada kayu miswak(sugi), ada tasbih koka dan pelbagai macam lagi le.....ada sekali tu, pegang le satu botol tuh dan tanya penjual Indo tu 'ini untuk apa?' .....'Eh buk! Jangan buk! Itu untuk laki-laki aja'.....adoyai...minyak dhab rupanya...huhu....langsung tak beli apa² pun kat situ while my inlaws dah berplastik² kiri kanan....kurma memang tak beli kat situ sebab ramai dah pesan better beli kat Pasar Kurma atau BinDawood yang ternyata lebih murah.





 pemakaman syuhada yang gugur sewaktu Peperangan Uhud





Destinasi seterusnya adalah ke Jabal(Bukit) Uhud untuk melihat di mana berlakunya Peperangan Uhud yang ada di dalam silibus sek. men. dulu......hati amat tersentuh di sini...mutawwif mengimbau semula kisah Peperangan Uhud...tak dapat tahan kesedihan...masing² sok sek sok sek menangis....usai mendaki Jabal Rumat(Pemanah) maka ternampaklah pemakaman para syuhada yang mana tak dapat dilihat dengan jelas dari bawah....hati terasa sangat sebak melihat makam para pejuang Islam pada zaman Nabi Muhammad dulu....tak sangka Allah beri rezeki dan kesihatan yang baik untuk melihatnya walau dah beribu tahun berlalu


-to be continued-


Thursday, June 28, 2012

Umrah 2012 Part 1: KLIA-Jeddah-Madinah

 Alhamdulillah dipanjatkan syukur buat Illahi kerana dengan izinNYA dapatlah sy menjadi tetamu Allah di kota haram Madinah Munawwarah dan Makkatul Mukarramah......syukur alhamdulillah, diberikan kesihatan yang amat baik sepanjang berada di sana......dan bersyukur kerana dengan izinNYA jua selamat kembali ke tanahair, walaupun berat seberatnya hati nak meninggalkan kota suci Mekah......serasa ingin aje terus tinggal di sana selamanya...

Sebelum ke sana, banyak perkara yang bermain di minda....maklumlah, ilmu panjang sejengkal, kursus umrah hanya sempat pergi sekali je kat KL sana.....hanya harapkan masa terluang yang ada untuk membaca buku² panduan umrah dan sesekali cari info di internet.....alhamdulillah, bila tiba di sana, semuanya Allah permudahkan...yang asalnya berat di Malaysia, terasa mudah dan ringan di sana....Subhanallah!!! yang penting, sebelum ke sana, banyakkanlah solat sunat taubat...maklumlah, kita ni manusia biasa......terlalu banyak dosa ....kalau nak dihitung, umpama butiran pasir di pantai....tak terkira banyaknya dosa umat Nabi Muhammad ni.....maka, dengan banyak melakukan solat sunat taubat dengan bersungguh²....menghayati dan menyesali atas setiap perbuatan yang pernah dilakukan....sehingga menangis tersedu² di sejadah....diharapkan, dengan solat² taubat tersebut, Allah mengampunkan dosa² kita dan mempermudahkan segala urusan kita mengerjakan ibadah umrah di sana...insyaAllah....

Entri ini dan seterusnya akan dipenuhi dengan gambar² ...maklumlah, bila cek balik,rupanya ada 600 lebih keping gambar yang diambil sepanjang perjalanan ibadah tersebut....marilah sama² cuci mata....semoga ramai yang akan terbuka hati, dimurahkan rezeki dan dijemput Allah untuk ke sana sebagai tetamuNYA....Amin.


 kat KLIA with my family

 boarding pass


 dah nak sampai...kelihatan padang pasir di bawahnya

 airport Jeddah

 kapalterbang yang sama dinaiki

 terminal haji Jeddah


 3 mak dara pingitan....waktu di Jeddah adalah 8.11pm (Msia 1.11am)

 bas yang dinaiki ke Madinah...perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam


 dataran Masjid Nabawi


 pintu masuk untuk jemaah Nisa' @ wanita....polis wanita tgh. strictly check semua bag...kamera dan hp berkamera tak boleh bawa masuk

 salah sebuah pintu masjid berukir indah

 pose jangnan tak pose


 tenang dan aman

 stall kecil menjual kurma dan yg sewaktu dengannya


 tasbih berkilauan macam² bentuk dan warna....boleh didapati dengan harga lebih murah di Madinah...jangan risau kalau tak boleh berbahasa Arab atau English, cakap saja Bahasa Melayu....diorang pun sambut kita dengan Bahasa Melayu Indonesia
 'Mari sini buk...mari liyat...harga boleh kurang....Malaysia Boleh...Malaysia bagus'....
itulah antara ayat2 yang dilaungkan oleh peniaga2 di Madinah bila kita lalu di depan kedainya

Hotel penginapan di Madinah....dekat je dengan Masjid Nabawi

Wednesday, June 27, 2012

Monday, June 25, 2012

Lambaian Baitullah *sticky entry*


Assalamualaikum.....

InsyaAllah, saya akan berangkat menunaikan umrah pada 8 Jun 2012 (Jumaat) sehingga 21 Jun 2012  ini
Dengan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
andainya ada tulisan saya selama berblogging ini ada yang menyinggung perasaan 
atau mengguris hati
mana-mana pihak sama ada secara sedar atau di luar sedar
dan saya juga ingin memohon berbanyak kemaafan pada semua yang mengenali diri saya ini
sama ada kenal secara langsung atau secara maya
atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan

Harap didoakan semoga saya selamat pergi dan kembali
Semoga segala urusan mengerjakan umrah berjalan dengan lancar
Dan semoga saya diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah
(memandangkan sekarang ni suara masih serak ekoran batuk berterusan dah mencecah 2 minggu)
Dan juga, semoga amalan dan doa dimakbulkan Allah s.w.t.

Alhamdulillah di atas rezeki dan peluang yang Allah beri ini
menerimaku untuk menjadi tetamuMU

dengan ini, blog ini akan juga mula bercuti dari 8 Jun hinggalah saya selamat kembali ke tanahair, insyaAllah.







Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages