Thursday, August 30, 2012

Di Pagi Raya


Orang lain dah lama bercerita kisah raya....I nih terhegeh2 baru nak story bizi dengan urusan keje dan anak2 pagi Syawal di rumah my parent pula tahun ni walaupun tinggal di daerah yang sama dengan hubby tapi kami tetap bergilir bila tiba hari raya barulah adil namanya kan both parent dapat merasa beraya bersama anak,menantu,cucu selang seli nanti raya haji beraya pertama di rumah mertua pulak tahun ni


bangun pagi semuanya dah mandi sunat raya then pegi solat Aidilfitri di surau balik dari solat, acara makan2 bermula my mom masak makanan raya wajib ie. ketupat palas, gulai daging, rendang ayam, nasi himpit, kuah kacang lepas sesi makan2, sesi bersalaman dan bergambar beramai2 pulak kami semuanya 4 beradik my youngest sis beraya kat KL dulu bersama mertua dia(dia mmg live in dgn mertua dia pun dari mula kawen dulu) so yang ada hanyalah kami 3 beradik and this time adalah pertama kali beraya dengan adik ipar baru bersama 4 anak2 buah baru (suami barunya duda anak 4)....so, jumlah anak dia dari 3 orang terusss jadi 7 orang....

hehe lepas bersalaman, bergambar, kami bertolak menuju ke kampung my mom untuk jengah sedara-mara di sana Kg. Pinang Tunggal tak jauh perjalanannya, cuma dalam 15 minit dah sampai seronoknya bila ziarah ke kampung yang masih kuat dengan budaya ramah mesra ada yang baru pertama kali bersua tapi dilayan bagai anak cucu sendiri siap dijamu dengan nasi tomato, ayam masak merah yg sangat sedapppsss my kids makan bertambah2...huhu...takpe nak...rumah sedara....tak kisah pun

panas terik di 1 Syawal tak halang kami berkonvoi dari satu rumah ke satu rumah yang lain ada 5 rumah yang kami sempat ziarah ada juga rumah yang ingin diziarahi tapi tuan rumahnya pulak keluar menziarahi saudara yang lain selesai semuanya, singgah sebentar ke rumah mertua adik bongsu hubby (chef kat Navy) masak nasi Arab dengan lauk pauk aduyai...perut dah sendat makan macam2...amik piring kecil je meratah ayam goreng rempahnya sambil berbual ngan biras2 kemudian, balik ke rumah my mom dan berehat malamnya, beramai2 ke rumah my sis untuk sesi anak2 main bunga api while mak2 pak2 bersembang dalam rumah

Tuesday, August 28, 2012

'Ter' jumpa blogger fofuler

Elok je melangkah keluar dari pintu ofis ni semalam
Mata tertangkap pada seseorang yang sangat familiar
maklumlah kan....orang fofulerrrr.....blogger le jugak
blog dia memang ada post muka dia je
sebab tu la dalam hati confirm dah sahih tak silap orang
beranikan diri keluar dan pegi tegur 'dia'
memula takut jugak nak tegur sbb kat blog dia memang muka serius abisss
bila ditegur, memang sah orangnya tepat bagai disangka
dialah blogger UNCLE GEDEK
dalam blog je nampak serius
tapi bila berbual kemain ramah mesra orangnya
tapi tak sempat berbual lama
dia pun ke sini atas urusan keje
I pun nak cepat nak g amik anak kat sekolah & taska
 insyaAllah....ada rezeki kita bertemu lagi ye Uncle Gedek 


Saturday, August 18, 2012

RM30 EACH (unless stated otherwise)+FREE DELIVERY- STICKY ENTRY





Raya bakal menjelma
Jom beli baju raya untuk anak², anak buah atau sebagai hadiah untuk sahabat

Jom layari di MY FB untuk keterangan lebih lanjut dan gambar lebih jelas















Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri







Buat semua sahabat-sahabat maya

WW : Peringatan sempena raya yg bakal tiba

Ini adalah carta panduan utk suami & isteri ketika bergaul dlm keluarga mentua memasing

dipetik dari sini

*Nanti di hari raya time nak bersalaman tuh, pilih2 le ye sape yg kita leh salam,sape yg haram bersalam :D

Tuesday, August 14, 2012

Her first visit to dentist...



My Alysha sejak gigi dia mula tumbuh dulu memang dah ada masalah dengan gigi. Of my 5 kids, dia lah yang paling awal diperkenalkan dengan berus gigi...tapi dialah jugak yang paling cepat rosak dan reput giginya...entah di mana silapnya....memula terpikir jugak, adakah kerana hanya dia yang fully breastfed, maka gigi dia cepat reput disebabkan oleh kurangnya pengambilan kalsium by me...?

Jawapan dari dentist : TIDAK sama sekali....fuhhh...lega

ok...back to story...alkisahnya, kat tadika Alysha ni selalu ada lawatan dari klinik pergigian kerajaan...so last vist was early last week dan teacher maklumkan yang dentist tu minta alysha pegi ke mana2 klinik pergigian buat rawatan gigi sebelum bertambah teruk

sebenarnya, kami pernah utarakan masalah gigi ni  few years back pada sorang kawan lama hubby yang keje as dentist dah berpuluh tahun and he said 'takpe...tak payah jumpa dentist...dia kecik lagi....gigi susu takpe'....so, kami ingatkan takpela tak pegi jumpa dentist as dentist sendiri cakap tak perlu...cuma sian gak sbb ada masanya Alysha dah mula sakit gigi

so, since dentist kat tadika dah suruh pegi...Alysha yang beriya2 ajak me g dentist...dah tak sabar katanya nak cabut gigi....I explained to her yang the process might be a bit painful and she has to be very strong....she paused for a while...then cakap balik 'takpe...Alysha boleh tahan' sambil tersenyum menampakkan gigi rongak dia

so buat appoinment last Friday dan bawaklah dia berjumpa dengan dentist....alhamdulillah....dentist aka Dr Norazleen tu sangat child friendly...dahle lemah lembut doc tu...pastu b4 buat apa2 dia akan explain (in child's wording/to kids' level of understanding) apa yang ida akan buat step by step...so, doc maklumkan ada 5 lubang pada gigi yang perlu ditampal....but for that day, dia akan buat 2 tampalan dulu so that Alysha tak trauma...later lepas raya boleh buat baki lagi 3...

jom tengok Alysha sepanjang proses rawatan....asyik senyum je sbb doc panggil dia 'sayang' and 'manje' fuhhh:


Dah siap! Tengok cermin, cantik tak gigi sekarang?kata doc

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 13, 2012

Jom buat kuih raya

Mood sebenarnya dah ke laut
Dah eksaited nak balik kg beraya



Apa2 pun...jom buat kuih raya dulu









Toddler Masterchef kita pada hari ini.....FIRAS ZAHIN

Dah mula mengaco

Bahan2

Dan mula!!!


Adjust ni dulu


Dah siap!!!

Cepat dimasak, sedap dimakan...tapi sayang dah buat 2 adunan tapi hanya dapat 3/4 balang jek


Jejari Viennesse


Kristal pelangi 3/4 balang, Jejari Viennesse 2 balang...sumber resipi --->Majalah SAJI terbaru

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages