Friday, September 28, 2012

Jalan- jalan, makan-makan



Citer nih weekend yang lepas...dah dekat seminggu dah pun huhu
baru sempat nak stori-mori
Last weekend Mr Hubby x balik
so, membosanlah kat rumah jawabnya
sian pulak kat budak2
tambah2 pada Abang Haiqal yang baru habis exam UPSR tu

so dah buat deal dengan diorang
kalo umah kemas, kasut sekolah dah settle dicuci
Ummi bawak g Stat. 18 makan Pizza hut
haha taktik menjadi
berdesup 3-3 orang yang besar tuh buat keje

Dalam jam 10 lebih tu bertolak dari rumah
masuk ke Tesco dulu shopping barang dapur
jam 11.30am baru masuk ke Pizza Hut
order Sensai Delight sorang  satu set
while Firas & Alysha dapat Kids Free Meal
belikan spageti carbonara untuk Alysha & spageti bolognese untuk Firas

Tapi Firas makan sket je spageti tu
dia habiskan chicken soup Ummi dia jek huhu
senang hati bila tengok semua makan sampai licin
takde lebihan makanan yang perlu di tapau-tapau macam selalu
well done...lain kali boleh datang lagi kalo macam nih :D




sementara tunggu Ummi membayar, Kakak kasi adik2 kecik dia naik mainan nih



Adik jenguk ape tuh? Kids free meal comes with soya bean drink...elokla tuh untuk budak2...x elok minum air bergas

slurpppp


powww soup Ummi

Thursday, September 27, 2012

Sy sedar saya hanya seorang penyewa....tapi...

Sebenarnya, dah lama bersarang di hati ni....tapi dipendamkan aje
Kisahnya begini:

Sy sekarang menyewa di sebuah rumah....dah lebih 5 tahun menyewa
Sy takde masalah dengan tuan rumah-Pakcik P (yang menetap di KL tapi kampungnya di sini)
Di halaman depan(dalam kawasan rumah saya) rumah ada sepohon pokok mangga(ditanam oleh tuan rumah)
Sewaktu sy mula pindah masuk ke rumah ni, pokok mangga ni masih kecil dan belum berbunga
Setelah setahun dua tinggal di sini, barulah pokok mangga tersebut mula berbunga dan berbuah

Sejak setahun yang lepas, sepupu tuan rumah-Pakcik A telah berpindah ke sini dari KL dan menetap di rumah yang terletak selang sebuah dari rumah sy

Once in a while, tuan rumah akan datang menjenguk dan akan mengambil buah mangga di rumah sy
Sejujurnya, sy tiada masalah di situ dan dengan senang hati memberi beg plastik untuk diletakkan mangga2 yang dikumpul

Rentetan masalah sy di sini:

-Pertama, ada gathering sedara mara Pakcik A dan mereka tinggal di homestay yg terletak di sebelah rumah sy. Dengan selambanya, mereka telah masuk ke kawasan rumah sy tanpa izin dan memanjat pokok mangga tersebut dan mengambil mangga2 tersebut berbaldi2 banyaknya. Dan amat memalukan bila sy melihat makcik2 berbaju kurung memanjat pokok mangga tersebut tanpa segan silu.Bertaburan bersepahan ranting2 dan daun-daun pokok sesudah kejadian namun, tak ada pulak yang rajin nak menyapu sebagaimana rajinnya mereka memanjat pokok tersebut

-Kedua, kejadian adalah 2 minggu lepas. Anak kepada Pakcik A(dari KL) datang membawa baldi dan galah mengatakan beliau nak amik buah mangga lalu terus saja mengait dan memanjat pokok mangga tersebut(Bukannya minta izin nak amik buah tapi it was a statement pemberitahuan).

-Ketiga, dan semalam, my eldest daughter bgtau yang Pakcik A sendiri telah datang senyap2 membawa galah dan baldi mengait buah mangga dari luar pagar dan kemudiannya masuk ke kawasan dalam rumah sy untuk mengambil buah mangga, SEMASA KETIADAAN SY DI RUMAH (dan anak dara sy pula berada di dalam rumah!!!)

Sy sedar saya hanyalah seorang penyewa rumah tersebut....sy bukanlah tuan punya rumah tersebut.....tapi,tidakkah sy juga mempunyai hak-hak privasi sy sendiri sebagai seorang penyewa?

*segeralah siap dear my home sweet home...tak sabar nak pindah segera*

Sy sangat emo hari ni....sekian 


Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday : Love you both lil' pumpkins...

Lunch with my BFF ;)

 Tengahari tadi terkejar2 ke sana sini...dahle 1/2 day tu dah gone disebabkan jadi witness untuk Acad. Disciplinary Action (kes student meniru time exam...bukan 1 kes tapi 4 kes pd waktu my time jd Chief Invigilator pulak tu huhu)

Then later pick up Alysha b4 hantar ke neseri....dia pulak request nak makan spageti....off we went to SR la...dalam pening2 tatau nak makan apa...maka mengorder le


spaghetti for my BFF ;)
salad with chicken ape ke namanya tah for me :D
My BFF always.....shomotsss dan bambam
see the tummy!!!haha...nak kene diet sama dengan Ummi nih....

Tuesday, September 25, 2012

Today's bfast pulak



Semalam balik keje dan lepas amik Firas dari neseri, terus menuju ke Tesco...nak cari bekalan bahan basah untuk hari ni
Nampak isi ikan salmon cantik2....pilih dan beli...amik brokoli jugak 2 ketul
Pagi nih goreng nugget buat bekalan anak2 - Haiqal & Kakak
while untuk Adam dia request nak bihun sup yang beli malam tadi tak berusik dek Kakak
so panaskan untuk Adam bihun sup tu

dah settle, pan grill ikan salmon (yang dah diperap with BBQ sauce overnight)
then stir fry brokoli
pagi nih, cubaan menghabiskan bfast tersebut adalah sia-sia
tersekat kat tekak
ikan salmon cuma mampu dimakan 1/2 sahaja
brokoli pun separuh
terasa geli2 kat tekak cam nak muntah
huwaaaa...cemana nih
perut laporrrrrr
nak minum kopi takleh...kene avoid caffeine
adoyai....susahnya nak kurusssssssssssssss :(


Monday, September 24, 2012

My bfast today....

Puasa sebulan turun berkilo jugakla
Raya sebulan naik pulak 2 kilo....huwaaaaaa
Makanya, harini nekadkan diri kene diet
huhu......
cara diet, low carbo, high protein
harap dapat bertabah
Aminnnn

Moh jenguk apa menu bekfes pagi nih

Scramble eggs and stir fry chives



ada excess oil sket....tapi guna minyak carotino....menyihatkan


Jom bekfes!!!!!

Friday, September 21, 2012

OUR VACATION NEXT YEAR...IT'S CONFIRMED...

Tak sia-sia mengadap AirAsia pny website nak dapatkan coti2 Msia tahun depan nih...but frankly speaking, service AirAsia skrg much much better compared to those days waktu berebutkan free seatings 5-7 years back....asek je hang website dia.....kali nih memang smooth jek.....hemmm barulah ada mood nak membooking....dah Mr Hubby pulak sudi nak sponsor tiket pegi balik tu kan...hehe....dah lamaaa sangat tak bercoti sekeluarga jauh2 camnih...alhamdulillah...berjaya jugak tercapai hasrat di hati...asalnya hubby soh tengokkan tiket ke KK tapi kejap jek dah habis yang harga murah tu.....so, back to our favorite destination ie. Langkawi le.....total rege tiket pegi balik untuk 7 orang = RM782.00....lebih kurang RM112 seorang return ticket....okaylah tu....klu nak diabndingkan harga tiket bas dari KL-->Kuala Perlis dan tiket feri je dah berapa ringgit sorang kan?Dah tu, travelling time dari KL-->Lgkawi dalam 1 jam je rasnaya(even hubby tak berapa nak puas hati sebab kat promo tertulis all in fare RM26 je one way tapi rupanya ada macam2 lagi add in fare spt. standard seating fare, processing fare, insurance, checked in baggage )kene la menabung dari sekarang nak sopping puas2 tahun depan...erkkk.....by that time pun insyaAllah dah pindah masuk ke rumah baru jugak...huhu...barai la poket jawabnya...

Thursday, September 20, 2012

RAYA POTLUCK - ENTRY TERTANGGUH

chccDah lama nak citer pasal nih tapi x semena2 kabel USB kamera tuh misplaced pulak....last2 baru jumpa malam tadi, hubby simpankan kat tempat lain rupanya...huhu

Acara nih dah berlangsung lebih seminggu dah, so masih lagi di bulan Syawal la kiranya...malas nak celoteh panjang2...layan gambo2 makanan ni je la yek







chicken rendang hasil air tangan sendiri
briyani rice hasil air tgn wife Ustaz Donald Malik





SPAGHETTI BOLOGNESE

MEE GORENG SODAPSS


LOMANG JAGUNG LEMBUTTT SGT


SERUNDING2 DAN KUAH KACANG


Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages