Monday, December 31, 2012

Bangkok - Part 1

zDDSibuk sesangat....nih baru dapat bernafas sikit
Banyak sangat bende nak citer
tapi masa pulak yg xde huhu

Ni nak update sikit pasal ke Bangkok baru2 nih
Depart dari LCCT jam 2.30pm
sampai di sana around 4.30pm wktu Msia
waktu Thailand adalah lewat sejam dari kita kat sini

gambar pertama kat bawah ni boleh tengok
betapa peritnya nak beratur tunggu nak amik public taxi kat airport
dahla manusia melaut ramaiiiiiinya
agaknya ramai mat salleh nak celebrate Krismas kat Bangkok la tuuu huhu
sejam lebih beratur dalam barisan
berlengas2 berfeluh
akhirnya dapat jugak taxi ke hotel
fuhhh....legaaaaaa

hotel tmpat menginap ie. Amari Watergate Hotel memang strategik
terletak kat heart of Bangkok
depan hotel dah ada shopping mall yg besar ie. Platinum
tak sampai 10 minit berjalan dah sampai ke CentralWorld Shopping Mall & Isetan
nak masuk ke CentralWorld tu siap kene body scanning dulu

sampai kat hotel je dah disambut dari pintu taxi lagi
best layanan kat hotel tuh
mmg tip top
mmg patut le diberi 5-star rating

dapat lak executive room.....
berbaloi le menunggu taxi berjam2 lamanya
sambil check in dijamu dengan watermelon juice n refreshing towel utk lap2 ke muka
haaaa legaaa

masuk ke bilik kejap
mandi2 segarkan badan
then jalan2 kat bawah
pegi ke Platinum tapi rupanya semua kedai kat dalam dah tutup
kat Bangkok kebanyakan shopping mall tutup jam 9.00 mlm
huhu...

(to be continued)







Part 1 bangkok
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, December 22, 2012

Teaser : Bangkok

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, December 20, 2012

20122012 HAPPY ANNIVERSARY

Alhamdulillah...syukur ya Allah
For the blessed 16 years of marriage

*gambar bersua trbaru xde...tunggu our updates from Bangkok
Outstation plus Anniversary honeymoon la sekali harung

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, December 14, 2012

Super busy....Lumut...Bangkok

 





























Ya Allah...Sangatlah busynya sejak cuti sekolah ni
Weekend mmg tak lekat rumah sbb asek berulang alik ke KL
since anak2 semua diangkut dek hubby ke KL
tinggal Firas je kat sini
tu pun ada seminggu tu hubby suruh tinggalkan dia kat sana

this week dah ada 3 orang kat sini
the big boys masih di sana
malam nanti barulah balik ke sini

esok insyaAllah ke Lumut pulak
sebab x dapat bwk budak2 ikut outstation next week
maka bawaklah diorang holiday kejap kat Lumut nih
ala dekat je pun...sepelaung jek
jadiklah kan...janji diorang happy 

























next Friday dah kene outstation 
first time outstation overseas atas urusan keje
nak present paper
patutnya kene pegi sorang diri tapi takut la pulak
first time la katakan
ajak hubby sekali
but at his own expense la kan huhu
mine of course le kampeni yg bayor
asalnya nak kejar conference kat Perth
tapi x sempat htr paper by the deadline
so ke sini lah dulu
as a starting point
moga2 tahun depan dapat terbang lebih jauh lagi....Aminnn



Thursday, December 6, 2012

2-day workshop




Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, December 1, 2012

Amalan Sunat Yg Mampu Dilakukan Oleh Hanya Seorang Pada Satu² Masa

Apakah ia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 


































Mencium batu HajarulAswad(HA)adalah amalan sunat
Tak mungkin 2 kepala manusia dapat menciumnya pada masa yg sama

Allah...Allah...Allah...
Satu pengalaman yang tak digambarkan dengan kata²
Satu kenangan yang tak mungkin dilupakan hingga ke akhir hayat

Sebelum pergi mengerjakan umrah bulan Jun lepas
Memang dah sedia maklum orang bercerita tentang betapa susahnya nak mencium Hajarulaswad
Ada yang sampai dipijak orang lain
Ada yang dilambung keluar dari crowd tu
So memang dah terdetik dalam hati
Tak dapat cium pun xpelah
Takut sangat time tu
Tambahan pulak, hubby & SIL(kakcik) yang pegi last year pun x dpt cium
sebab SIL(kakcik) dah kene pijak bahunya dengan jemaah Middle East yg badan besar2 tuh
dia dah macam nak pengsan
so both of them terus keluar dari crowd tu dan tak berani nak attempt cium HA lagi

berbalik to my story,
di sana buat umrah n tawaf sunat macam biasa
bila bertawaf memang akan sentiasa lalu di crowd yang bertolak2 tuh
hati terasa ngeri melihatkan kekuatan mereka yang bertolakan tuh
SIL(kakteh) selalu suarakan to me keinginan dia nak cium HA
memula tu, mmg cakap kat dia kalau dia nak cium HA, pegilah....I tak berani 

tapi dia pun x berani nak pegi sorang²
kesiankan SIL, maka offer lah nak temankan dia cuba kucup HA
lepas solat Asar, kami tawaf sunat dan solat sunat
pastu masuk semula dalam laluan tawaf dan berusaha mendekat HA
ya Allah......tolakan maha hebat especially dari jemaah lelaki
badan dihimpit sampai susah nak bernafas
my SIL di sebelah lagi teruk tersepit
muka dia mcm dah nak nangis
dahla dia kurussss orangnya
dia buat signal ajak keluar dari situ dan mengalah
kami keluar dan terus minum air zamzam nak tenangkan hati
memang hebat tolakan jemaah2 yang berebut nak dapatkan peluang cium HA

keesokan harinya, sewaktu tgh bfast,biras(kak ana) datang dengan linangan airmata
katanya dia berjaya kucup HA
tapi dengan bantuan beberapa orang (muda)Indonesia (sindiket)
which later bila dah selesai dapat kucup dan buat sujud syukur
rupanya bukan bantuan free tapi berbayar huhu

mendengar cerita dia dh dapat kucup HA even thru sindiket berbayar tu
terus datang semangat berkobar
tak boleh jadi nih....datang jauh2 mestilah nak merasa jugak mengucup HA

me n SIL nekad nak mencuba lagi selepas solat Isya'
kami buat tawaf sunat dulu
sewaktu bertawaf, I sangat2 memohon doa kepada Allah
semoga hajat mengucup HA tercapai dan dipermudahkan buat kami
sambil bertawaf kami dapat melihat crowd asakan di bahagian HA dengan polis yang duduk di bahagian tepi HA tu

selesai tawaf, kami mulakan misi
elok saje kami selesai tawaf, rupanya polis tadi dah bertukar syif dengan polis lain
tiba2 agak kecoh di crowd ramai2 tu
rupa2nya polis syif baru ni suruh beratur dan asingkan jemaah lelaki di sebelah kiri HA
dan jemaah wanita di sebelah kanan HA
bila dah beratur tetiba jarak antara me dengan HA sangat dekat
hanya ada 3 jemaah in front of me
tiba2 juga, dah rezeki, jemaah wanita Iran/Turki di depan mengalah keluar 
maka tinggallah hanya 2 orang di hadapan
Subhanallah.....dah ternampak dengan jelas batu HA
polis baru nih sangat bagus dan baik
dia yang aturkan sape yg cium HA
dia akan cakap 'HAJI...HAJI'
maksudnya, jemaah lelaki punya turn
or 'HAJJAH...HAJJAH'
maksud, jemaah ppuan pulak
biasalah, jemaah lelaki akan main rebut je tak kira turn sape
dan polis akan ketuk kepala diorang suruh keluar dari situ
tiba2 di depan I dh kosong
tinggal sorang budak remaja ppuan tengah kucup
ntah kenapa....airmata laju turun dan terus menangis 
melihatkan kesempatan dan peluang yang makin hampir
di belakang masih tolak-menolak
sebaik saje budak tu keluar
tiada siapa yang masuk mengucup
tiada siapa yg berebut
Allah......
sambil memegang bingkai HA
dengan ucapan Bismillah
masukkan muka dalam2 mencium HA
apa yang terlintas di fikiran dan hati maka terus mulut berdoa
kerana HA adalah salah satu tempat mustajab berdoa
agak lama kesempatan yang Allah beri berada di dalam bingkai HA
dan mengucup HA
sampailah polis tu tepuk kepala menandakan turn orang lain pulak

Menangis dah tak pedulikan orang lain
SIL ntah ke mana tapi dalam hati berdoa semoga dia juga dapat peluang yg sama
nak keluar dari situ lagi susah dari nak masuk rupanya
tersepit sebab semua bertolak nak ke dalam
alhamdulillah...ada seorang hamba Allah lelaki
tolong berikan laluan dan dapat keluar dengan baik dan selamat

terus menangis teresak² sambil berjalan 
menuju ke ruang depan Kaabah untuk solat sunat
terduduk di bahagian tu sambil nak redakan tangis

Allah...Allah...Allah
Allah perkenankan doaku
Allah permudahkan buatku

kemudian nampak SIL datang sambil menangis jugak
dia pun dah dapat kucup....2 giliran selepas mine
tapi time nak keluar dia dilambung keluar
huhhhh...syukur dia tak apa2

Allahuakbar
Allahurabbi
Alhamdulillah
syukur ya Allah 

-17 June 2012 akan sentiasa dalam ingatan-

moga berkesempatan lagi di lain kali mengucup batu dari syurga itu
*picas semua hasil en. Google*





batu dari syurga











beginilah situasi nak mencium hajarul aswad





Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages