Thursday, March 21, 2013

Formal Photoshoot

Alhamdulillah...setelah 6 tahun bekerja di sini
Tak sangka pulak tersenarai nama dicalonkan dapat award
Dan lagi tak disangka, terpilih pulak untuk menang award macam Grammy Award pulak
Alhamdulillah.....rezeki namanya
Tapi awardnya belum dapat
Kene tunggu Q Day 3 April nanti
Kene naik stage amik award.....adoi....neves ...pitammmmm

Dah tu....dapat emel soh g photoshoot pulak
Adoi....tak penah2 buat formal photoshoot nih
amik gambar kat studio pun dah lamaaaaa sangat dulu
waktu Adam baru umo 2 thn kut






Dear Award Recipients,

We wish to congratulate all  of you for  being conferred as Award Winners which was recently acknowledged through Quality Day 2012 invitation card. In relation to the above, the ____ has agreed to produce a ‘Wall of Fame’ with the objective to extend the ____’s recognition of your respective achievements. This ‘Wall of Fame’ will be in the form of pictorial montage of the various recipients. Thus, to ensure the ‘Wall of Fame’ is presentable to the ____’s community and the public we are going to organize photo shoot to capture your best appearance and emotion.

To realize the above, we seek your kind cooperation to attend the proposed photo shoot session as below:-

Date     : 13th March 2013 – 21st March 2013
Time    : 10am – 4pm
Venue : Level 4

The committee also decided that in order to maintain a “standardized” look, kindly observe the dress code below:

MALE    - Office attire with neck tie and blazer OR lounge suite


FEMALE - Office attire with blazer OR lounge suite OR Baju Kurung

klu hasil photoshoot with background macam ni kan cantekkkk (pic from google)


Maka, berpergianlah tadi untuk sessi photoshoot
Dah hari terakhir baru terhegeh² nak pegi huhu
Dahle photoshootnya formal je...lagi le neves
Dah tgk balik hasil photoshoot tu kat kamera photographer
Tak berapa memuaskan hati
Bukan sebab gambar
Tapi sebab diri sendiri yang gem**ssss....huwaaaaaaaa

*dah request softcopy dari photographer.....klu elok leh masuk ke blog....klu diam je tu, paham² jela haha

 

Wednesday, March 20, 2013

WW : Homemade Laksa

Nyum nyum nyum
juadah kami weekend lepas
menggunakan 2 kilo ikan sardin fresh dari pasar malam

Friday, March 15, 2013

Anak no. 2





Sape anak no. 2  boleh check utk diri sendiri
Or boleh check untuk anak sendiri
Adakah ianya benarrr???
Check this out!!!



betul ker? komen sikit.. -z-

Siapa anak kedua dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ♥
... sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

***Memang semuanya hampir kena dgn my 2nd child --> Haiqal


Wednesday, March 13, 2013

WW : Kenderaan Aumm Aumm


Ada berannnn???
Usai makan nasi minyak kat wedding anak kawan hubby kat Setiawan last week, ternampak pakcik nih with his smart 'superbike' aka superbicycle aumm aumm....ramai orang amik gambar superbike dia tuh...hebattttt kan?
lihatlah gaya pakcik tuh...dengan helmet fullface nya...dengan mask lagik....hehehe


Monday, March 11, 2013

Makan-makan di Bangkok

s
sambung citer Bangkok lagi
ntah bila le nak abis...pfttttt
satu perkara yang agak payah sikit di Bangkok ni adalah mencari makanan yg halal
Nasib baiklah hotel berada di tengah2 city centre....so jalan kaki ajelah ke restoran halal seperti Restoran Fareeda Fatornee, Restoran Taj Mahal ni etc.
di sepanjang kaki lima jalan banyak juga dijual makanan cuma x berani le nak beli
dek status halalnya kan...
hanya memerhati tengok apa yang dijual
satu perkara yang sangat menarik hati tentang Bangkok ni adalah....
kotanya SANGAT SANGAT BERSIHHHH!!!!!!!!!!!
walaupun sepanjang jalan ada hawkers yang berniaga makanan,
ada penjual baju, cenderahati dsb.
cariklah celah bedah mana pun kut2 nak terjumpa dengan sampah
memang xdekkkkkk
KAGUMMMM SANGAT DENGAN SIKAP DIORANG NI
walaupun bukan negara Islam tapi sangat2 mementingkan kebersihan

selain tu, walaupun kekadang terpaksa berseorangan lepak kat mana2
sementara menunggu hubby menelek barangan di pasar2 di sana
x wujud rasa takut malah terasa sangat selamat
tapi klu kat KL duk sorang2 pun boleh terasa takut n henbeg kompem dipegang erat2 takut diragut
di Bangkok x timbul perasaan tu semua
maybe sbb Bangkok dipenuhi dengan orang2 dia saja(selain pelancong) ie. locals sahaja yang ada di sana, tiada immigrants /pendatang asing macam di Malaysia
dan orang2 Bangkok memang diakui lemah-lembut dan baik hati
sangat senang berurusan dengan diorang
customer service memang no. 1....bagus sangat2
layanan kat hotel pun sama...dari front counter, porter etc...
memang sangat2 berhemah dan hormatkan pelanggan
(sedangkan di Malaysia selalu kecewa dengan front desk pny customer service kat hotel2....nak tak nak je layan pelanggan...hemmm)

meh layah mata tgk makanan di sana


spesies kebab...halal

dan sedapppp...dibeli di pasar Chatuchak

ini pulak di Taj Mahal restoran...banyak restoran India halal di kawasan sini (Indra Square) cuma mmg kami masuk hanya yang betul2 nampak yakin sebab ada a few jugak nampak berderet botol Arak di dalam restoran dia


hubby order nasi beriani

while I order tandoori chicken kebab nih...both makanan mmg lazatttt.....x larat nk habiskan sbb both portion banyakkkk



ternampak gerai smoothies ni...sangat menarik tengok botol2 tuh....tapi x beli pun...dah kenyang

Wednesday, March 6, 2013

WW

Dah dapat
Transkrip bachelor degree dulu (yg di atas tu)
Entah cemana hilang dari simpanan
Maybe sebab banyak kali berpindah-randah rumah sewa dulu2
Alhamdulillah...request semula dari UUM last week
Minggu ni dah dapat both in BM and English translation
Boleh la cuba apply2 untuk sambung study pula :D
 

Friday, March 1, 2013

Masak2 last weekend

Dah nak datang weekend semula baru sempat nak cerita
Nampak sangat busynya or dah lemau nak berblogging
Nih semua hubby yang request suruh masakkan
since dia dah hangkut semua bahan mentah dari pasar malam Seri Manjung
oh lupa...except for spageti carbonara tu
si Alysha bambam yg request dari pagi lagik

maka terhasillah,
-ketam goreng kunyit
-kari pekat udang masak mamak
-sambal sotong+petai
-sayur bayam tumis air
==>for lunch

==>then for dinner pulak,
spageti carbonara

akibatnya.....keletihan melampau malam tuh
sakit2 badan dibuatnya sebab banyak berdiri
nampak sangat dah jarang masak kan?


Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages