Wednesday, May 29, 2013

Jalan2 cuti sekolah - Part 1

aktiviti cuti sekolah diserikan dengan cuti wesak pada hari Jumaat utk ibubapa bekerja
maka marilah kita berjalan2 dari memerap di rumah saja haha
Khamis petang kami 6 beranak naik tren ETS dari Bt Gajah
(hampir2 nak tertinggal ketapi fuhhh)

Jumaat pagi plannya nak bwk bdk2 ke zoo negara
tapi pikir punya pikir macam x worth sbb pastu terkocoh2 dorang nak g solat jumaat lak
so postpone dulu g zoo to the next day
tak jadi g zoo, maka kami ke planetarium
sbb senang dorang nak ke masjdi negara dekat situ je

planetarium ni tak mesra stroller
kene panjat tangga tinggi sambil usung stroller
sib baik bawak stroller yg ringan
klu tak jenuh le nak mengusung(ilang 5 kg kut) 

1st time I dtg sini while the kids dah penah datang before this
free entrance except for the gallery movies
alhamdulillah....memang sesuai untuk kami (me, syafiqah,alysha & firas)
melepak sementara tunggu dorang solat jumaat
tempat luas sesuai utk kanak2 riang berlari sana sini
semua tempat boleh explore, boleh tekan, boleh pusing itu ini
no limitations
so tak le risau klu firas nak membuas kat sana
ada tempat duduk di sana sini
untuk para ibu bapa lepaskan lelah
haha

dan ada surau yg sangat convenient

kami di sana selama 3 jam kut
sampai firas & alysha pun dah letih nak membuas
dan tempat mula crowded dengan rombongan budak2 sekolah once solat jumaat dah selesai
syukur time kami di sana x ramai orang

selesai 3 jam di sana, kami ke sogo pulak
fuhhhh sales xleh menahan
memang sales gila2...kiri kanan tangan penuh beg sogo
puas hati membeli time tengah sales
belikan siap2 baju raya anak2

then singgah jalan tar kejap dengan syafiqah
hubby n yg lain g parking kat semua house
puas hati shopping kat sana
telekung pun cantik dan murah with good quality

singgah minum/makan kat foodcourt semua house sementara tunggu hujan reda
firas tido nyenyak dalam stroller sbb dah letih berlari kat planetarium
dari situ ke aeon balakong pulak
tak best langsung sale nya....baju budak pun macam x byk
x macam aeon station 18 lagi best

dari situ terus g dinner kat pizzahut semenyih n terus balik umah

sabtu pagi dah keluar n bfes kat belakang giant tmn permata
kol 10.30am masuk ke zoo
okla orang lom ramai
tapi harga tiket mahal betul
last time pegi tak semahal sekarang
dewasa=RM30 (RM50 without mykad) kanak2=RM6 (RM20 without mykid)
x sama macam harga zoo taiping yang jauh lebih murah
dahle naik tram dlm zoo negara dah x free
kene bayar gak...hemmm....pasnih mmg g zoo taiping jela
dahle ada night safari lagik

bestnya pegi kali ni sebab firas dah besar
dah leh lepas dia berjalan (tanpa kene duduk n strapped dlm stroller)
dia dah dengar kata & ikut je mana kami pegi
(klu dulu sukati dia je nak jelana ke mana2)
dan dia dah kenal haiwan2...itu yg syiok

tapi bila nak feed animal penakut kemain
kakak abang yang hulur pisang kasi makan kat gajah (yg bernama Siti)
gajah siap posing bila I nak amik pic dia
(tapi pic2 tu ntah nape xleh nak upload ke PC)

hampir 5 jam kat dalam zoo tu
memang puas hati lah budak2 tu
terus ke kajang n had late lunch kat restoran hameed dlm metro kajang
I rembat hp baru sbb galaxy tab selalu hang
tgh kalut nak call or sms dah xleh pulak
so rembat sony xperia kali ni
teruja sbb gambar dia santekk

dah letih menaip...jom layan gambar aktiviti anak2



tetiba je bergiyomi 2 beradik bila suruh bergambar



Sekian laporan berita dari saya....

Wednesday, May 22, 2013

La tahzan

La tahzan
buat diriku sendiri
bukan tidak mensyukuri nikmat Allah
namun hati kecilku agak terkilan
dengan rating pencapaian yg diperolehi dari tahun lepas
despite all the hard work and efforts that I have put in
hanya ini yang diperolehi

aku hanya manusia biasa
semoga kekecewaan ini
membuatkan diriku lebih kuat dan bersemangat
menyusuri liku² KPI tahun ini
ya Allah....


Zikir Ketenangan Jiwa- No. 2

Zikir Ketenangan Jiwa

Friday, May 17, 2013

Wan dan cucu

Malasnya nak update blog....tarak mood
Blogwalking tetap dijalankan
Suka membaca....tpai malasnyaaaa nak menaip di blog sendiri

Anyway, since hari ini adalah hari yang sangat indah
cuaca yang indah...suasana yang nyaman
makanya, updatelah sikit apa yang termampu

Kisah di hari mengundi aritu
tapi bukan nak cerita kisah mengundi
ini sedikit sorotan cucu dan wan (datuk) nya

Firas ni suka sangat dengan aktiviti luar rumah
nampak je wan dah siap sedia menyapu kat luar rumah
dia pun mengekor
wan ke bahagian depan rumah...dia pun ke depan
wannya bawak sampah masuk nak buang ke dalam tong sampah
dia pun mengiringi wannya
ala-ala bodyguard gitu
haha
bodyguard kecik
meh layan gambar


siap sedia menerima arahan

sapu elok-elok ye wan


meh kita ke dalam pula


kemain lagi si Firas tu ye.....alhamdulillah, at the age of 77, my dad masih diberikan kesihatan yang baik....cuma lately ni lutut dah x berapa kuat....berjalan boleh, cuma kalau nak naik tangga tu masalah la sikit

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages