Posts

Showing posts from June, 2012

Umrah 2012 : KLIA-Jeddah-Madinah......the story PART 1

Image
Urusan booking secara online telah selamat dibuat bulan Jan lalu dengan travel agency(TA) Andalusia  Travel & Tours....kenapa pilih Andalusia? disebabkan good testimoni dari hubby, MIL, SIL, BIL yang pernah gunakan TA yang sama sebelum ni.....walaupun TA ni berada di KL dan kursus umrahnya di jalankan di KL (melaka pun ada), namun, semangat dari  hubby merangkap my sponsor katanya tak susah nak menunaikan ibadah umrah tambahan akan dapat bimbingan sepenuhnya dari para mutawwif bertugas di sana nanti.....lega sikit rasa di hati.....hanya sempat hadiri kursus umrah oleh Datuk Daud Che Ngah sekali sahaja.....lain² ilmu ditimba dari buku² panduan umrah dan info dari internet.
Seminggu sebelum bertolak, hati semakin berdebar², ditambah dengan cik P yang masih belum datang², dah overdue....doa tetap berdoa semoga semuanya dipermudahkan...namun, Allah tetap menduga sedari awal....cik P datang sehari sebelum keberangkatan ke sana...apa nak buat....redha dalam tangis....ini semua kekuasaanN…

Umrah 2012 Part 1: KLIA-Jeddah-Madinah

Image
 Alhamdulillah dipanjatkan syukur buat Illahi kerana dengan izinNYA dapatlah sy menjadi tetamu Allah di kota haram Madinah Munawwarah dan Makkatul Mukarramah......syukur alhamdulillah, diberikan kesihatan yang amat baik sepanjang berada di sana......dan bersyukur kerana dengan izinNYA jua selamat kembali ke tanahair, walaupun berat seberatnya hati nak meninggalkan kota suci Mekah......serasa ingin aje terus tinggal di sana selamanya...
Sebelum ke sana, banyak perkara yang bermain di minda....maklumlah, ilmu panjang sejengkal, kursus umrah hanya sempat pergi sekali je kat KL sana.....hanya harapkan masa terluang yang ada untuk membaca buku² panduan umrah dan sesekali cari info di internet.....alhamdulillah, bila tiba di sana, semuanya Allah permudahkan...yang asalnya berat di Malaysia, terasa mudah dan ringan di sana....Subhanallah!!! yang penting, sebelum ke sana, banyakkanlah solat sunat taubat...maklumlah, kita ni manusia biasa......terlalu banyak dosa ....kalau nak dihitung, umpama …

WW : Makkatul Mukarramah

Image

Dah kembali...alhamdulillah

Image
Will update later with lots and lots of pictures




Lambaian Baitullah *sticky entry*

Image
Assalamualaikum.....
InsyaAllah, saya akan berangkat menunaikan umrah pada 8 Jun 2012 (Jumaat) sehingga 21 Jun 2012  ini Dengan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andainya ada tulisan saya selama berblogging ini ada yang menyinggung perasaan  atau mengguris hati mana-mana pihak sama ada secara sedar atau di luar sedar dan saya juga ingin memohon berbanyak kemaafan pada semua yang mengenali diri saya ini sama ada kenal secara langsung atau secara maya atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan
Harap didoakan semoga saya selamat pergi dan kembali Semoga segala urusan mengerjakan umrah berjalan dengan lancar Dan semoga saya diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah (memandangkan sekarang ni suara masih serak ekoran batuk berterusan dah mencecah 2 minggu) Dan juga, semoga amalan dan doa dimakbulkan Allah s.w.t.
Alhamdulillah di atas rezeki dan peluang yang Allah beri ini menerimaku untuk menjadi tetamuMU
dengan ini, blog ini akan juga mula bercuti dari 8 Jun hinggalah saya sela…