Umrah 2012 Part 1: KLIA-Jeddah-Madinah

 Alhamdulillah dipanjatkan syukur buat Illahi kerana dengan izinNYA dapatlah sy menjadi tetamu Allah di kota haram Madinah Munawwarah dan Makkatul Mukarramah......syukur alhamdulillah, diberikan kesihatan yang amat baik sepanjang berada di sana......dan bersyukur kerana dengan izinNYA jua selamat kembali ke tanahair, walaupun berat seberatnya hati nak meninggalkan kota suci Mekah......serasa ingin aje terus tinggal di sana selamanya...

Sebelum ke sana, banyak perkara yang bermain di minda....maklumlah, ilmu panjang sejengkal, kursus umrah hanya sempat pergi sekali je kat KL sana.....hanya harapkan masa terluang yang ada untuk membaca buku² panduan umrah dan sesekali cari info di internet.....alhamdulillah, bila tiba di sana, semuanya Allah permudahkan...yang asalnya berat di Malaysia, terasa mudah dan ringan di sana....Subhanallah!!! yang penting, sebelum ke sana, banyakkanlah solat sunat taubat...maklumlah, kita ni manusia biasa......terlalu banyak dosa ....kalau nak dihitung, umpama butiran pasir di pantai....tak terkira banyaknya dosa umat Nabi Muhammad ni.....maka, dengan banyak melakukan solat sunat taubat dengan bersungguh²....menghayati dan menyesali atas setiap perbuatan yang pernah dilakukan....sehingga menangis tersedu² di sejadah....diharapkan, dengan solat² taubat tersebut, Allah mengampunkan dosa² kita dan mempermudahkan segala urusan kita mengerjakan ibadah umrah di sana...insyaAllah....

Entri ini dan seterusnya akan dipenuhi dengan gambar² ...maklumlah, bila cek balik,rupanya ada 600 lebih keping gambar yang diambil sepanjang perjalanan ibadah tersebut....marilah sama² cuci mata....semoga ramai yang akan terbuka hati, dimurahkan rezeki dan dijemput Allah untuk ke sana sebagai tetamuNYA....Amin.


 kat KLIA with my family

 boarding pass


 dah nak sampai...kelihatan padang pasir di bawahnya

 airport Jeddah

 kapalterbang yang sama dinaiki

 terminal haji Jeddah


 3 mak dara pingitan....waktu di Jeddah adalah 8.11pm (Msia 1.11am)

 bas yang dinaiki ke Madinah...perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam


 dataran Masjid Nabawi


 pintu masuk untuk jemaah Nisa' @ wanita....polis wanita tgh. strictly check semua bag...kamera dan hp berkamera tak boleh bawa masuk

 salah sebuah pintu masjid berukir indah

 pose jangnan tak pose


 tenang dan aman

 stall kecil menjual kurma dan yg sewaktu dengannya


 tasbih berkilauan macam² bentuk dan warna....boleh didapati dengan harga lebih murah di Madinah...jangan risau kalau tak boleh berbahasa Arab atau English, cakap saja Bahasa Melayu....diorang pun sambut kita dengan Bahasa Melayu Indonesia
 'Mari sini buk...mari liyat...harga boleh kurang....Malaysia Boleh...Malaysia bagus'....
itulah antara ayat2 yang dilaungkan oleh peniaga2 di Madinah bila kita lalu di depan kedainya

Hotel penginapan di Madinah....dekat je dengan Masjid Nabawi

Comments

  1. Seronoknya... Ros dulu pun tkut gak, sbb bila baca mcm susah kan, bila buat alhamdulillah byk yg senang :) ros smpai dulu waktu mlm.. Smpai di madinah pukui 4pg.. Mmg mencabar tp suka sgt..syukurr :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, akak pun dah sampai sana ya...

    Masuk blog akak suka dapat tengok gambar2 di sana, masuk blog Hanis Azla pun suka sebab dia menceritakan pengalamannya di sana satu persatu dalam bentuk tulisan. Sangat menyentuh hati, dan serasa diri kita pun turut berada di sana.

    Walau tiada sekeping gambar dari dia, penulisannya cukup buat semua yang baca teruja dan seronok!

    Bestnya bila tengok rakan-rakan blogger ramai yang dah ke sana. InsyaAllah, moga giliran yus pun akan menyusul nanti...

    ReplyDelete
  3. Salam Yong,
    jumpa tak satu Mamat pembantu resoran dekat Hotel apa ntah. Dia selalu main mata dgn akak, hiikksss! Jahatkan akak?
    Syukur Ina selamat pegi dan balik. Bolehlah buar praktis-praktis...nanti bila dpt buat haji besar, (belum buat lagi kan?), tak rasa disoriented!

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah, mmg betul kak. bila di sana semua ALLAH permudahkan.

    minta apa-apa pun tup tup di makbulkan.

    p/s mesti tak mampu menahan air mata bila pertama kali tengok makam nabi@raudah kan kak.
    sebak sangat.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah... sejuk sgt hati tgk gmbr2 akak post..

    semoga d mudahkan saya utk jejak kaki ke sana, InsyaAllah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts