Posts

Showing posts from January, 2010

Anak-anak Ummi setelah sebulan bersekolah

Dah sebulan buka sekolah...macam-macam kerenah anak-anak Ummi ni

mula dengan si Kakak Syafiqah: . tahun ni tetiba sandang jawatan pulak dahle nak UPSR bulan September ni dah dilantik jadi Pengawas Pusat Sumber pastu semalam dilantik jadi Pengerusi PBSM(Bulan Sabit Merah)pulak . isk..Ummi reminded her persatuan² jugak...UPSR jangan dilupa walau Ummi dah berniat tak nak bagi Kakak masuk mana² SBP walau dia dapat 5A tapi itu tak bermakna Kakak boleh relak² saje study kene study jugak . . Abang Haiqal: tahun ni semua nak smart dah darjah 4 kan dah pandai nak bergaya dulu darjah 1 punyala shomots sekarang minyak rambut x penah miss pakai kalo nak pegi sekolah yang buat Ummi meloya tiap kali bau Brylcreem tu baju nak kemas..cantik.. . alhamdulillah cumanya, sebab dah 3 tahun berturut sekolah kebangsaan kene sesi petang now dah sesi pagi nak bangun pagi liat yang amat puas kejut pastu mulalah nak memanja nak Ummi mandikan la nak Ummi sikatkan rambut la blablabla adeh la hai...dari dulu dia le yg paling nak manja ngan Ummi . . Abangc…

MPHOnline.com - 100 Fabulous Fiction Titles 2009 20% off

Image
wahhh...Ummi dapat email dari MPHonline tadik
bestnyaaaaaaaaaaa
gaji dah masuk
laju jela tangan nak click..click...buying online
ops..lupa nak bagitau
offer ni untuk online purchase je tau
kalo pegi MPH nak beli kat sana,
tak dapat le 20% off nih
JOM BELI....

Petua Membanyakkan Susu

Image
Ummi memang peminat setia Pa&Ma sebab banyak info tentang kehamilan, kelahiran dan keibubapaan yang Ummi boleh manfaatkan buat panduan. Kat forum yang Ummi join selalu yang mengadu tak cukup susu, susu tak banyak etc. Kebetulan pulak Ummi terjumpa artikel menarik tentang ni semalam, dapatla Ummi kongsikan di sini buat panduan semua.

Kaedah banyakkan susu ibu - Pa & Ma Feb 2009

1- DAUN SIRIH


pic
- sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara.
Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.


2- NASI PANAS, HALIA MUDA,AIR ASAM
- makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa.


3- LONGAN KERING
- rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya.


4- LOBAK PUTIH

pic
- ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas
air suam. M…

It has started....again

Image
pic credit to here


This is the 'beauty' of pregnancy--->morning sickness... or it's rather evening sickness to me...huhu... exactly the same as when I was expecting Alysha before... siang-siang datang ofis maintain je...well...takdela se 'maintain' itu... pepagi tuh ada la mual² tekak tapi still boleh control breakfast mesti something heavy macam nasi lemak @ mihun goreng etc lunch is a bit lighter..kalo nasi pun, maybe 1/2 senduk jek dinner is much much more lighter or takde langsung tak lapar???? lapar sangat... tapi kalo makan nasi or heavy meals tak sampai 5 minit, kompem kuar balik sumer tak larat den wehhhh hazabbbb kalo lapar sangat, Ummi makan sekeping dua roti bakar sapu kaya+butter itu je yang tekak lalu makan dan perut boleh terima so far biasanya, bila dah dekat jam 5 petang je perut mula rasa sebu tekak dah rasa macam tersangkut kepala mula rasa pening walau takde makan/minum pape angin mula naik asek sendawa je so, Ummi kene cepat² balik umah taknakla muntah kat ofis pulak balik …

Rezeki dari Allah...

Image
Dah lebih 3 minggu Ummi batuk tak baik² si Alysha pulak sejak si bibik balik bercuti bulan lepas asek nak dengan Ummi jek bibik dah tak laku dah sebulan jugakla Alysha duk meragam tengah² malam without reasons yang membuatkan Ummi selalu datang ke ofis dengan mata 'panda' letih takyah nak cakap le bohongle kalo cakap tak letih dengan 4 orang anak sendirian kat sini wihout hubby around sangat memenatkan minda & fizikal tapi... Ummi redha dah tersurat begini semalam, Ummi ke klinik lagi sebab pening kepala berpusing² macam nak pitam doc. check blood pressure ok je bacaannya 120/80 hemm... Ummi mintak buat UPT sebab memang dah overdue sket 5 hari dan hasilnya, bagai dapat dibaca apa yg tersirat di dalam hati Ummi . . . .



pic dari sini
DOUBLE LINE = positive = Alysha nak dapat adik lagi Alhamdulillah, walau bukan kami rancang Allah lebih mengetahui syukur atas nikmatmu ini ya Allah moga perjalanan pregnancy kali ini lebih lancar despite that I'll turn 38 this year moga semuanya dipermudahkan AMIN

Bila si kecik mula belajar solat...

Si Alysha memang pantang nampak sesape warga dalam umah tu solat
kelam-kabut dia pun nak solat
yang pastinya,
dia xmo share sejadah dengan sesape
dia nak solat satu sejadah sendiri

kalo dulu,
dia terus solat gitu je
takyah bertelekung bagai

tapi sekarang...
mesti complete dengan telekung,
dengan kainnya sekali

padahal,
pakai telekung je dah tutup habis badan dia
tapi dia tak peduli
nak pakai complete jugak

takpela dik...
bagusla tu
moga menjadi anak yang salehah ye...






Dah masuk tahun baru

salam buat semua....

tanpa disedari belum ada entry sejak masuk tahun baru nih
adehhh...Ummi sibuk sungguh dengan anak² sekolah nih
padahal,
takde sesape pun yang masuk tahun 1

Kakak masuk Tahun 6
Abang masuk Tahun 4
Abangcik masuk Tahun 2

Hari pertama sekolah as usual Ummi & Ayah amik cuti
Kakak & Abang sekolah sessi pagi
Abangcik sekolah sessi petang
pepagi hantar both Kakak & Abang
gi sekolah
then,
Ummi gi masuk kelas Abang
tujuan utama:
nak pastikan Abang dapat seat depan
Alahamdulillah....
ada satu lagi seat kat depan
bila dia dah duduk
baru perasan rupanya kat sebelah dia tuh
anak jiran kat umah...
sukala Abang sebab dapat duduk
sama besfren

pastu,
bergegas ke kelas Kakak lak
dia takmo Ummi hantar sampai kat kelas
malu katanya
yela...anak dara Ummi dah besar
tapi...
Ummi tak kira
Ummi masuk kelas dia gak
hihi
ramai dah kat kelas
tapi sumer duk row ke 2 dan seterusnya
takde sape nak duk row 1 depan meja cikgu
Ummi soh Kakak duk situ
dan otomatik
besfren dia si Nayli pun amik beg dia
dari belakang & dud…

Coolababy pula...PROMOSI PENGENALAN

Image
*Sticky entry*






pic from here

COOLABABY VELCRO & BUTTON WITH 2 INSERTS!!!

Coolababy introductory price:1 piece = RM30RM32 harga asal . INTRODUCTORY PACKAGES OFFERED: . Pakej A: 3 pcs @RM29.00 each = total RM87.00(jimat RM9.00) . Pakej B: 5 pcs @ RM28.50 each = total RM142.50 (jimat RM17.50) . Pakej C: 10 pcs @ RM28.00 each = total RM280.00 (jimat RM40.00)
***FREE DELIVERY USING NORMAL MAIL***

Colors available :
Mint blue
Bluebaby
BlueAtoll
Blue
Pink
Yellow
Orange
Purple
Viola/warm purple
Green
Jasmine
Red
White

Kalau berminat, boleh isi ORDER FORM di SINI ya