Lambaian Baitullah *sticky entry*


Assalamualaikum.....

InsyaAllah, saya akan berangkat menunaikan umrah pada 8 Jun 2012 (Jumaat) sehingga 21 Jun 2012  ini
Dengan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
andainya ada tulisan saya selama berblogging ini ada yang menyinggung perasaan 
atau mengguris hati
mana-mana pihak sama ada secara sedar atau di luar sedar
dan saya juga ingin memohon berbanyak kemaafan pada semua yang mengenali diri saya ini
sama ada kenal secara langsung atau secara maya
atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan

Harap didoakan semoga saya selamat pergi dan kembali
Semoga segala urusan mengerjakan umrah berjalan dengan lancar
Dan semoga saya diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah
(memandangkan sekarang ni suara masih serak ekoran batuk berterusan dah mencecah 2 minggu)
Dan juga, semoga amalan dan doa dimakbulkan Allah s.w.t.

Alhamdulillah di atas rezeki dan peluang yang Allah beri ini
menerimaku untuk menjadi tetamuMU

dengan ini, blog ini akan juga mula bercuti dari 8 Jun hinggalah saya selamat kembali ke tanahair, insyaAllah.







Comments

  1. Kak ina, semoga perjalanan kak ina akan dipermudahkan & semoga sihat sejahtera kat sana.

    Doakan kami agar dimurahkan rezeki untuk menziarah ke sana pulak.

    ReplyDelete
  2. Nieja...

    terima kasih atas doa Nieja...insyaAllah, akak doakan moga ada rezeki Nieja ke sana pulak ye

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah. semoga di permudahkan urusan akak di sana. dan di beri kesihatan yang baik.
    amin.

    ReplyDelete
  4. lin...

    insyaAllah...terima kasih atas doa lin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Sronok dpt pergi.. Lpas ni mmg rasa xnak bercuti tmpat lain dah... Indah sgt.. Slmt pergi dan pulang yer :)

    ReplyDelete
  6. ROS,

    alhamdulillah,kalo dah pasang niat macam tu..insyaAllah, Allah makbulkan sooner or later...

    ReplyDelete
  7. patut la dah lama tak nmpk kak ina online..smga kak ina sihat hendaknya dan slmt kembali...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts