Sehari di AKEPT


Ini kisah 2 minggu lepas
tetiba je dapat arahan dari bos suruh attend this workshop
alamak...dahle kepala tengah berasap siapkan marking paper students
adoyai.....tak berani nak cakap 'no'
sebab bos sangat understanding
sepanjang 5 tahun bekerja di sini
dan bekerja di bawah 2 bos yang berbeza
both of them sangat understanding
sangat jarang nak suruh outstation jauh2
memandangkan I'm a weekend wife
dan terpaksa menjaga 5 anak seorang diri

kali ni, bila difikirkan balik
memang bos dah fikir semasaknya b4 suruh I pegi
satu, sebab workshop tu on Saturday--so takde masalah anak sekolah
dua, event tu dekat Bandar Enstek,N.Sembilan--tak jauh dari Semenyih
so, on ajelah
bertolak hari Jumaat malam kol 11.15
sampai Semenyih jam 2.15am
semua dah ketiduran except me & hubby

pepagi Sabtu dah kuar rumah jam 7.30am
dahle map tertinggal kat ofis
nasib le ada surat jemputan tu
dapatle call organizer nak bertanyakan arah ke Bandar Enstek
jauh jugak rupanya
1/2 jam dari rumah Semenyih

cantik tempatnya
masih baru








the workshop

dewan berlangsungnya workshop

luar dewan...di hujung sana tu hostel penginapan


ruang legar yang cantik

waktu 2-hour lunch break, me and a new friend yang bertemu kat situ ke surau nak solat dan berehat
tetiba ada notis mengatakan surau tengah diselenggarakan
meaning, xleh guna le
approach organizer bgtau masalah tu
dia cakap boleh pegi check-in kat hostel
bila check in(tiap sorang dapat sorang satu bilik)
mak aaiiiii
cantiknya hostel
dah bukan taraf hostel tapi HOTEL
huhu...kalau le tahu hostel tuh sebegitu besar dan cantik
komfem le dah amik penginapan kat situ
memang diorang offer penginapan tapi ingatkan cam hostel student je
camne nak bawak family
menyesal pulak tak tanya dari awal
ramai peserta yang angkut family overnight kat situ
jom tengok bilik  'hotel' kat AKEPT













ada tragedi panik kejap kat AKEPT nih
lepas lunch break tu masuk dewan cam biasa
terpandang rantai tangan peserta yg duk sebelah (she's a dentist)
sambil dalam hati memuji cantiknya bracelet dia
so automatik pegang tangan kanan yang ada bracelet
ya Allah!!! kosong!!!!
bracelet hilang!!!!
pucat terus muka
keluar dewan terus ke bilik hostel
kut2 tertinggal kat sana waktu solat & golek2 kat katil tadi
puas cari tapi takde
singgah ke kaunter check-in maklumkan kehilangan tu dan mintak diorang simpan kalau terjumpa
terus ke dewan makan pulak kut2 terjatuh waktu makan
cari2 takde jugak
staf dewan makan yang prihatin terus datang bertanya
lepas bagitau dia, terus dia arahkan pekerja dia bawak penyapu utnuk cari my bracelet kut2 ada atas lantai
lepas minta dia simpan kalau terjumpa sbb I kene masuk dewan semula dan cakap terima kasih
masuk dewan hati masih tak sedap
sampailah ke satu tahap
bermonolog di dalam hati
'redha ajelah kalau dah bukan rezekiku ya Allah'
tergerak hati nak check dalam henbeg
subhanallah.......ada terletak elok je dalam henbeg
dah terputus rupanya
entah bila masanya ia terputus dan jatuh dalam henbeg
syukur Alhamdulillah
pegi inform semula staf dewan makan dan hostel sebaik saja majlis selesai
syukur ya Allah...masih rezekiku rupa2nya


Comments

  1. Salam Yong Ina,

    Haa rugi tak bawak famili dok ramai2 dlm bilik tu. Dan ohh tentu lega dpt jumpa semola gelang tu!
    Masih rezki Yong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak...rugi tak bawak diorang hehe dan alhamdulillah masih ada rezeki bertemu semula dengan rantai tangan tu

      Delete
  2. Boleh bawa famili ke? Biasa institut latihan x blh bawa famili.. ada kursus coming soon kt sana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts