Amalan Sunat Yg Mampu Dilakukan Oleh Hanya Seorang Pada Satu² Masa
Apakah ia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak mungkin 2 kepala manusia dapat menciumnya pada masa yg sama
Allah...Allah...Allah...
Satu pengalaman yang tak digambarkan dengan kata²
Satu kenangan yang tak mungkin dilupakan hingga ke akhir hayat
Sebelum pergi mengerjakan umrah bulan Jun lepas
Memang dah sedia maklum orang bercerita tentang betapa susahnya nak mencium Hajarulaswad
Ada yang sampai dipijak orang lain
Ada yang dilambung keluar dari crowd tu
So memang dah terdetik dalam hati
Tak dapat cium pun xpelah
Takut sangat time tu
Tambahan pulak, hubby & SIL(kakcik) yang pegi last year pun x dpt cium
sebab SIL(kakcik) dah kene pijak bahunya dengan jemaah Middle East yg badan besar2 tuh
dia dah macam nak pengsan
so both of them terus keluar dari crowd tu dan tak berani nak attempt cium HA lagi
berbalik to my story,
di sana buat umrah n tawaf sunat macam biasa
bila bertawaf memang akan sentiasa lalu di crowd yang bertolak2 tuh
hati terasa ngeri melihatkan kekuatan mereka yang bertolakan tuh
SIL(kakteh) selalu suarakan to me keinginan dia nak cium HA
memula tu, mmg cakap kat dia kalau dia nak cium HA, pegilah....I tak berani
tapi dia pun x berani nak pegi sorang²
kesiankan SIL, maka offer lah nak temankan dia cuba kucup HA
lepas solat Asar, kami tawaf sunat dan solat sunat
pastu masuk semula dalam laluan tawaf dan berusaha mendekat HA
ya Allah......tolakan maha hebat especially dari jemaah lelaki
badan dihimpit sampai susah nak bernafas
my SIL di sebelah lagi teruk tersepit
muka dia mcm dah nak nangis
dahla dia kurussss orangnya
dia buat signal ajak keluar dari situ dan mengalah
kami keluar dan terus minum air zamzam nak tenangkan hati
memang hebat tolakan jemaah2 yang berebut nak dapatkan peluang cium HA
keesokan harinya, sewaktu tgh bfast,biras(kak ana) datang dengan linangan airmata
katanya dia berjaya kucup HA
tapi dengan bantuan beberapa orang (muda)Indonesia (sindiket)
which later bila dah selesai dapat kucup dan buat sujud syukur
rupanya bukan bantuan free tapi berbayar huhu
mendengar cerita dia dh dapat kucup HA even thru sindiket berbayar tu
terus datang semangat berkobar
tak boleh jadi nih....datang jauh2 mestilah nak merasa jugak mengucup HA
me n SIL nekad nak mencuba lagi selepas solat Isya'
kami buat tawaf sunat dulu
sewaktu bertawaf, I sangat2 memohon doa kepada Allah
semoga hajat mengucup HA tercapai dan dipermudahkan buat kami
sambil bertawaf kami dapat melihat crowd asakan di bahagian HA dengan polis yang duduk di bahagian tepi HA tu
selesai tawaf, kami mulakan misi
elok saje kami selesai tawaf, rupanya polis tadi dah bertukar syif dengan polis lain
tiba2 agak kecoh di crowd ramai2 tu
rupa2nya polis syif baru ni suruh beratur dan asingkan jemaah lelaki di sebelah kiri HA
dan jemaah wanita di sebelah kanan HA
bila dah beratur tetiba jarak antara me dengan HA sangat dekat
hanya ada 3 jemaah in front of me
tiba2 juga, dah rezeki, jemaah wanita Iran/Turki di depan mengalah keluar
maka tinggallah hanya 2 orang di hadapan
Subhanallah.....dah ternampak dengan jelas batu HA
polis baru nih sangat bagus dan baik
dia yang aturkan sape yg cium HA
dia akan cakap 'HAJI...HAJI'
maksudnya, jemaah lelaki punya turn
or 'HAJJAH...HAJJAH'
maksud, jemaah ppuan pulak
biasalah, jemaah lelaki akan main rebut je tak kira turn sape
dan polis akan ketuk kepala diorang suruh keluar dari situ
tiba2 di depan I dh kosong
tinggal sorang budak remaja ppuan tengah kucup
ntah kenapa....airmata laju turun dan terus menangis
melihatkan kesempatan dan peluang yang makin hampir
di belakang masih tolak-menolak
sebaik saje budak tu keluar
tiada siapa yang masuk mengucup
tiada siapa yg berebut
Allah......
sambil memegang bingkai HA
dengan ucapan Bismillah
masukkan muka dalam2 mencium HA
apa yang terlintas di fikiran dan hati maka terus mulut berdoa
kerana HA adalah salah satu tempat mustajab berdoa
agak lama kesempatan yang Allah beri berada di dalam bingkai HA
dan mengucup HA
sampailah polis tu tepuk kepala menandakan turn orang lain pulak
Menangis dah tak pedulikan orang lain
SIL ntah ke mana tapi dalam hati berdoa semoga dia juga dapat peluang yg sama
nak keluar dari situ lagi susah dari nak masuk rupanya
tersepit sebab semua bertolak nak ke dalam
alhamdulillah...ada seorang hamba Allah lelaki
tolong berikan laluan dan dapat keluar dengan baik dan selamat
terus menangis teresak² sambil berjalan
menuju ke ruang depan Kaabah untuk solat sunat
terduduk di bahagian tu sambil nak redakan tangis
Allah...Allah...Allah
Allah perkenankan doaku
Allah permudahkan buatku
kemudian nampak SIL datang sambil menangis jugak
dia pun dah dapat kucup....2 giliran selepas mine
tapi time nak keluar dia dilambung keluar
huhhhh...syukur dia tak apa2
Allahuakbar
Allahurabbi
Alhamdulillah
syukur ya Allah
-17 June 2012 akan sentiasa dalam ingatan-
moga berkesempatan lagi di lain kali mengucup batu dari syurga itu
*picas semua hasil en. Google*batu dari syurga |
beginilah situasi nak mencium hajarul aswad |
Beruntung sungguh dapat cium hajar aswad kan, alhamdulillah..
ReplyDeleteFadilah,
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki
subhanallah ... akak dah kucup yerk ???
ReplyDeletesayu hati nieza, alhamdulillah.
Moga2 nieza pun dapat jugak peluang yang sama. Risau jerk hati ni tapi dalam masa yang sama tak sabar nak jejak kaki ke sana.
ya ALLAH btuahnyeee mrsss! sy pun teringin nyee nk ke tanah suci n kucup HA! smoga ALLAH pmudahkan segala urusan kite ke sane :)
ReplyDeleteNieza,
ReplyDeleteTakpe...fokuskan utk sempurnakan umrah dulu...bila dah buat, baru fokus pada amalan2 sunat macam kucup HA ni...tapi klu sampai boleh memudaratkan, tak buat pun xpe
Faeeza,
ReplyDeleteInsyaAllah.....klu Allah dah jemput ke sana menjadi tetamuNYA dan dah tertulis rezeki nak kucup, takde yg lain dapat menghalang
Alhamdulillah.....
ReplyDeleteeynda,
ReplyDeletealhamdulillah rezeki...teringin nk dpt peluang tu lagi
alhamdulilah.
ReplyDeleteperit juga pengalaman akak kan.
ALLAH permudahkan juga akhirnya kan.
saya dulu kak, syukur sangat2 pada ALLAH.
memang ALLAH permudahkan. 2 kali dapat cium.
masa itu mmg perempuan tidak perlu beratur, kiranya terus dapat cium.
alhamdulilah.
mmg terlalu banyak yang ALLAH bg pada saya masa pergi Umrah dulu.
mungkin sebab antara niat saya ialah menjaga emak yang sudah dekat masuk 60 tahun masa itu.
Allahuakbar.
Insyaallah ada rezeki kesana nanti nak kucup batu dari syurga..amin.
ReplyDeleteLin,
ReplyDeletemula2 tu yg susah maybe sbb niat asal akak...mmg dh berniat taknak cium sbb takut...maka Allah pun x bagi jalannnya...tapi bila akak betulkan semula niat dan berdoa diberi kesempatan dan dipermudahkan, memang itulah yang Allah makbulkan...sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah
Kak Yon,
ReplyDeleteAda rezeki duit lebih mmg elok ke Mekah dulu....lps dah ke sana, x kisahla nak jejalan oversea kan