Tuesday, May 29, 2012

Pe'el budak kecik nih












Ikut sapalah ni
sedapje duk kunyah krup krap krup krap
macam makan kacang pulak lagaknya
kemain lagi
tetiba teringat pe'el seseorang
yang suka makan benda yg sama
seusia dengannya
jom layannnn

 menung apa tu......

 khusyuk sangat telek apa tu dik?
 ooo nak mamam rupanya
 ini ha yang dimakan
 sedap menyuap
 nak lagi
 nyum nyum
 dah cukup...tutp balik balang bawang goreng nih

nak tahu dia ikut pe'el sape suka makan bawang goreng nih?
jom kita tengok klik kat  SINI  

sebijik kakyang dierrrr

Thursday, May 24, 2012

Si kecil Ummi



Bukan mudah nak bergambar dengan si dia berambut kerinting nih
sangat ligat orangnya
nama pun boy
memang lasak sangat
at the same time
sangat manja dengan Ummi
dah pandai babab Ummi
bila Ummi mengaduh sakit
terus terpa datang kat Ummi
sambil sondol2 sayang cium pipi Ummi
alahai anak
cair hati Ummi ni tau

ntahle macam mana Ummi nak tinggalkan si kecil ni nanti
lagi 15 hari je lagi
tabahlah wahai hati
semoga semuanya baik2 aje
Ummi akan sentiasa merinduimu, Firas Zahin
dan juga tak dilupakan anak2 Ummi 4 orang yang lain tu




Mulut dah becok berceloteh sekarang
dah mula membina ayat
seperti:
'Umma....nak ayek' --->(Ummi.....nak air)
'Umma.....atit.....ni'--->(Ummi....sakit sini)

still takleh sebut Ummi
dah jadi Umma lak sekarang
kekadang Mama disebutnya
dolu lagi le teruk
instead of Ummi, jadi Amma!!!!
adoyai...amma...appa

Buku merah jangan lupa bawak....sila renew kalau tamat tempoh...


Dah selamat renew 'buku merah' di bawah
Dah lama terperam sebenarnya
malas nak renew sebab takde nak kemana-mana 'over-the'sea'
but since dalam masa 15 hari lagi I will go 'over-the-sea'
maka terpaksalah renew 'buku merah' ni
hmmmm...menghitung hari
tak sabar2 dah rasanya nak pergi


pasport lama


passport baru....
tak cantik la gambar amik kat kedai gambar kat Jab. Imigresen Ipoh ni
amik gambar instant pakai machine yang dalam 'kotak' tuh
patutnya amik gambar kat kedai gambar kat luar awal2...isk







Wednesday, May 23, 2012

Alhamdulillah atas rezeki dariNYA

 
Ini kisah semalam
syukur alhamdulillah
hari yang menggembirakan hati
 lepas satu-satu pulak yang datang
 
mula2 dapat souvenir dari sorang student 
student bermasalah
dah dipanggil dan dinasihat untuk berubah few months back
demi masa depan dia jugak
alhamdulillah...memang dia berubah positively
sangat2 gembira dengan perubahan dia
tak sangka pulak dia appreciate sangat 
atas kata2 sokongan buat dia
dan memberinya peluang kedua
semoga beliau berjaya di dalam hidupnya di negaranya
(pic souvenir akan diceritakan di entry seterusnya)
 
kemudian, ada sorang senior colleague datang bilik
bawak satu beg plastik
berisi buku2 yang sememangnya sangat diinginkan buat masa ni
ya Allah....kak Zila sangat baik hati
jasamu kukenang sampai bila2
mekasih kak
 
lunch hour
check duit dalam akaun bank
terkujat kejap mata melihatkan nombor yang tertera
memang dah tahu bonus akan masuk sekali dengan gaji kali ni
cumanya, angka yang terpapar tak sama dengan yang ada dalam kotak fikiran
ya Allah
rezeki apakah ini?
balik ofis semula
dapat surat ditunggu dari HR
buka sampul
jantung terasa berhenti berdegup seketika
Allahuakbar
Allah Maha Besar
buat pertama kalinya
setelah 5 tahun bekerja di sini
baru dapat merasa nikmat ini
performance merit 
yang selama ini hanya dengar dari rakan2 lain
akhirnya merasa jua
'Kun fa ya kun'
setelah kecewa pada tahun lepas
dan tak mengharapkan pun pada tahun ini
namun, Allah Maha Besar
Maha Mendengar
doaku dimakbulkan
syukur ya Allah
rezeki anak2

insyaAllah
akan ku terus bekerja keras lagi
dengan penuh semangat!!!
 

Monday, May 21, 2012

Akhirnya kecundang jua....










Dah selesai Firas demam+asma last week
Alysha demam+ulser mulut last week
akhirnya,
yang menjaga dorang bedua pulak kecundang
down with demam+selsema+batuk+sakit badan
 nak bernafas terpaksa gunakan mulut
sbb hidung dah tersumbat
redha jelah Allah nak kasi pahala lebih sket
dengan ujian sekecil ini
Alhamdulilah

Thursday, May 10, 2012

Roasted chicken lagi


Tarikh kejadian : 1 May yang lalu = cuti Hari Pekerja
teruja nak bakar ayam lagi
maka terciptalah ayam bakar di bawah
version kali ni lagi terangkat
sebabnya perapan kali ni telah diubahsuai ditambah bahan2 berikut:

-YOGURT ASLI TANPA PERISA
-MARJORAM(pemberian Kak Lima yang didatangkan khas dari Turki)
-OREGANO

memang sangat2 sedapsssss......kalo tak caya, cubalah buat...memang a great combination
bahan2 lain yang diperap bersama adalah seperti biasa
-halia,bwg putih -ditumbuk
-rosemary
-garam
-sedikit serbuk kunyit
-sedikit serbuk blackpepper 
-sprinkle of sesame oil(to replace olive oil)


nampak ayam tu.....dah togel kulit dikerjakan si Alysha...

 





 nampak butiran rosemary tu?sangat sedap digigit2 lepas dibakar...rangup jadinya



ayam bakar di makan bersama sambal ikan
satu lagi menu adalah sayur bayam masak sup tapi lupa nak snap gambar pulak

 

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday - si pembantu cilik!






*Pantang nampak air tumpah,mulalah cakap 'pahhh...pahhh(tumpah' dan berlari ke bilik air amik mop dan mop lantai...moga anak Ummi ni terus rajin tolong Ummi sampai besar nanti ye...







Tuesday, May 8, 2012

Sehari di AKEPT


Ini kisah 2 minggu lepas
tetiba je dapat arahan dari bos suruh attend this workshop
alamak...dahle kepala tengah berasap siapkan marking paper students
adoyai.....tak berani nak cakap 'no'
sebab bos sangat understanding
sepanjang 5 tahun bekerja di sini
dan bekerja di bawah 2 bos yang berbeza
both of them sangat understanding
sangat jarang nak suruh outstation jauh2
memandangkan I'm a weekend wife
dan terpaksa menjaga 5 anak seorang diri

kali ni, bila difikirkan balik
memang bos dah fikir semasaknya b4 suruh I pegi
satu, sebab workshop tu on Saturday--so takde masalah anak sekolah
dua, event tu dekat Bandar Enstek,N.Sembilan--tak jauh dari Semenyih
so, on ajelah
bertolak hari Jumaat malam kol 11.15
sampai Semenyih jam 2.15am
semua dah ketiduran except me & hubby

pepagi Sabtu dah kuar rumah jam 7.30am
dahle map tertinggal kat ofis
nasib le ada surat jemputan tu
dapatle call organizer nak bertanyakan arah ke Bandar Enstek
jauh jugak rupanya
1/2 jam dari rumah Semenyih

cantik tempatnya
masih baru








the workshop

dewan berlangsungnya workshop

luar dewan...di hujung sana tu hostel penginapan


ruang legar yang cantik

waktu 2-hour lunch break, me and a new friend yang bertemu kat situ ke surau nak solat dan berehat
tetiba ada notis mengatakan surau tengah diselenggarakan
meaning, xleh guna le
approach organizer bgtau masalah tu
dia cakap boleh pegi check-in kat hostel
bila check in(tiap sorang dapat sorang satu bilik)
mak aaiiiii
cantiknya hostel
dah bukan taraf hostel tapi HOTEL
huhu...kalau le tahu hostel tuh sebegitu besar dan cantik
komfem le dah amik penginapan kat situ
memang diorang offer penginapan tapi ingatkan cam hostel student je
camne nak bawak family
menyesal pulak tak tanya dari awal
ramai peserta yang angkut family overnight kat situ
jom tengok bilik  'hotel' kat AKEPT













ada tragedi panik kejap kat AKEPT nih
lepas lunch break tu masuk dewan cam biasa
terpandang rantai tangan peserta yg duk sebelah (she's a dentist)
sambil dalam hati memuji cantiknya bracelet dia
so automatik pegang tangan kanan yang ada bracelet
ya Allah!!! kosong!!!!
bracelet hilang!!!!
pucat terus muka
keluar dewan terus ke bilik hostel
kut2 tertinggal kat sana waktu solat & golek2 kat katil tadi
puas cari tapi takde
singgah ke kaunter check-in maklumkan kehilangan tu dan mintak diorang simpan kalau terjumpa
terus ke dewan makan pulak kut2 terjatuh waktu makan
cari2 takde jugak
staf dewan makan yang prihatin terus datang bertanya
lepas bagitau dia, terus dia arahkan pekerja dia bawak penyapu utnuk cari my bracelet kut2 ada atas lantai
lepas minta dia simpan kalau terjumpa sbb I kene masuk dewan semula dan cakap terima kasih
masuk dewan hati masih tak sedap
sampailah ke satu tahap
bermonolog di dalam hati
'redha ajelah kalau dah bukan rezekiku ya Allah'
tergerak hati nak check dalam henbeg
subhanallah.......ada terletak elok je dalam henbeg
dah terputus rupanya
entah bila masanya ia terputus dan jatuh dalam henbeg
syukur Alhamdulillah
pegi inform semula staf dewan makan dan hostel sebaik saja majlis selesai
syukur ya Allah...masih rezekiku rupa2nya


Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages