Kuih raya & H.B. kakak

hari Jumaat lepas merupakan hari cuti buat kami di Perak
bagi Hari Nuzul Al Quran
mulanya macam malas nak baking2 kuih raya ni
nak tunjuk2 order je
tapi memikirkan....taknak kehilangan keseronokan
buat kuih raya bersama anak2
sama macam kenangan waktu kecil dahulu

maka gigih jugaklah buat kuih raya nih
udahle baru perasan satu wire tray oven tu misplaced entah ke mana
jadinya hanya satu loyang/tray je boleh masuk at one time
whereas sebelum ni sekali masak boleh letak 2 loyang sekaligus atas n bawah
ini hanya boleh letak tray yang bawah je...yang atas x jumpa
(kes setahun sekali baru kuarkan oven kut huhu)

dapat resepi ni dari member mrsm dulu
try adunan pertama terkeras sikit
so tambah butter sambil uli

adunan kedua tambahkan butter dari awal2 lagi
hasilnya adunan lebih soft
tapi jadi kembang...maka kene tekan adunan kecik2 je
sib baikla ramai volunteer menolong
pe'nerap' adunan je ada 3 orang termasuk I (acuan memang dah beli siap2 3 pcs)
Adam tukang letak ceri n choc chip

mula mengadun jam 12.30pm (firas mula nap siang)
habis baking jam 4pm!!!!
di selang selikan dengan hantar amik boboys to/from masjid
for Friday prayer lagik
letihhhh toksah cakap le
kalaule ada tray tingkat atas tu...cepatle sikit kejenya
baking tray ada 4...jenuh beratur menunggu giliran nak masuk oven

tapi hasilnya mmg puassss hatiiiii sangat2
sedap yg amat...melt in mouth
mmg x sia2 cuba resipi my friend tu
 
hasil dari tangan si Kakak

biskut dahlia...asalnya letak ceri but bila ceri dah habis, gantikan dgn choc chip yg mmg dah standby beli




Dapat sebalang besar untuk 2 adunan...tapi baru 2 hari dah susut 1/5...Haiqal suka benor ulang makan...sama naik dgn Alysha

Birthday kakak jatuh pada bulan puasa thn ni 27.07.2013
Ini umminya yg punya favorite...beli 2 slices nak share dgn anak2 yg lain tapi dah namanya bulan puasa...satu slice makan sehari pun x abeh

Comments

  1. alhamdulilah, datang juga mood rajin akak.
    mmg seronok kan kak klu dapat buat sendiri.lg lah klu ada pembantu.
    hehe, mmg mesti ada susut nya.

    happy birthday to kakak. moga sentiasa ceria dan sihat serta menjadi anak yang solehah. amin.

    p/s saya ni niat mmg ada nak buat kuih, ish ish.

    ReplyDelete
  2. Alhmdlh...

    mesti anak2 akak seronok buat kuih sama2 dan memori tu yg paling mahal sekali...

    ReplyDelete
  3. Lin,

    anak2 dah besar...diorang yg asyik tanya 'tak buat kuih raya ke?' walaupun yg dibeli dah ada atas meja...nak jugak mearas buat kuih raya kegemaran

    ReplyDelete
  4. lia,

    memang seronok...akak pun kadang klu dah penat, berenti jap pass acuan kat diorang...

    ReplyDelete
  5. slmkak msa pntang operate akak mkn apa ye.. ila dah 2 week bila pijk lantaim msih rsa skit perut

    ReplyDelete
  6. mama Amana,

    siannya...nanti akak g jengah your blog ye

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yong Ina,
    Waaahh sempat tu buat biskut! Comel pulak tu! Biskut semperit memang sedap tambah kalau homebaked! Berapa jenis nak tambah lagi ni?

    ReplyDelete
  8. akak tq.. ila dah bacaa.. oh makan limau ye.. limau apa kak? limau biasa atau limau yg sangkuik tue..yg besar2 tue?

    akak ila mmg takleh mkn pati ikan haruan.smlm ila makan ..baru seteguk ila muntah kak.. adussss... gamat ila makan..

    ReplyDelete
  9. birthday kakak sama dengan birthday Arif ya kak ina...happy birthday kakak Syafiqah. Yus tahun ni semua tunjuk jelah, Amani kecik lagi, susah sikit plus malas je...hihi.

    ReplyDelete
  10. yus,

    ye ke sama date ie 27/7 ye?hepi besday utk Arif comey jugak ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts