Wednesday, July 29, 2009

Bernafas dalam lumpur


pic taken from http://magellans.co.uk/mitcuk/Images/products/clothing_thumbnails/if295_cth.jpg


Ummi dah kene pakai face mask macam pic kat atas starting from today...mmg dah distributed all over the campus...huhu...bila pakai tuh..memang rasa x selesa...bagai bernafas dalam lumpur kaedahnya...tapi...demi keselamatan agama,bangsa dan negara ...kupakai jua....isk...sangat rimassssssssssss

Tuesday, July 28, 2009

ummi gumuks...

picture taken from here http://images.teamsugar.com/files/users/1/12981/18_2007/scale.jpg

I noticed that I've been putting some weight since I stopped expressing milk for Alysha 6 months ago...sob...sob...

Conversation 1
Day: Sunday
Time: Lunch time
Venue: Dining table
Situation: I was scooping some additional rice for myself after 2 weeks of losing appetites and the dishes on the table were so nice---ketam masak lemak, lala pedas, ikan bakar, petai rebus, sambal belacan...when my 9 year old son pitched in...

Haiqal : Kenapa Ummi sekarang dah gemuk?
Me : A'ah...sebab tu Ummi nak pose esok ( I know I did not answer his Q..tapi dalam hati...*&#*&#$(^#^#$& grrrrrrrrrr)



Conversation 2
Day : Monday
Time : around 8.30 pm
Venue : my bedroom
Situation : I was 'lepak' ing with the kids...chatting & playing with them

Me : Kenapa abang cakap Ummi dah gemuk?
Haiqal : Sebab abang nampak Ummi dah gemuk
Me : Tapi Ummi kan dah pose siang tadi...sekarang nampak Ummi tak kurus lagi ke?
Haiqal : (pause sekejap)....emm..aah..nampak Ummi dah kurus la
Me : ye ke? kurus kat mana?
Haiqal : nampak tangan Ummi dah kurus...

***dang***

tangan kurus????
adeila...ayat nak sedapkan hati Ummi je tuh
huwaaaa...dah gumukssss
penangan tiap2 minggu mesti beli doyan...2x seminggu ...
sib baik dah nak pose tak lama lagi...

Wednesday, July 22, 2009

Weaning???

WEANING: WHAT DOES IT MEAN?
**credit to Dr Sears**

Weaning is not a negative term, nor is it something that you do to a child. Weaning is a journey from one relationship to another. The Hebrew word for wean is gamal, meaning "to ripen." In ancient times, when children were breastfed until two or three years of age, it was a joyous occasion when a child weaned. It meant the child was filled with the basic tools of the earlier stages of development and secure and ready to enter the next stage of development. A child who is weaned before his time may show anger, aggression, habitual tantrum-like behavior, anxious attachment to caregivers, and an inability to form deep and intimate relationships. We call these traits diseases of premature weaning.

While we advocate extended breastfeeding that comes to a natural end when the child is ready, we realize this ideal is not always attainable in every family situation. Breastfeeding is meant to be a pleasurable experience. When one or both members of the mother-infant pair aren't enjoying it anymore, it's time to wean. After all, all good things must come to a timely end.

WHEN TO WEAN

In many cultures a baby is breastfed for two or three years. Our western culture is accustomed to viewing breastfeeding in terms of months. This is not the norm the world over. While weaning is a personal decision, nutritionists and physicians advise breastfeeding for at least one year because by that time most infants have outgrown most of their food allergies and will thrive on alternative nourishment. We urge mothers to think in terms of years, not months, when contemplating how long to nurse. Breastfeeding is a long-term investment in your child. You want to give your baby the best emotional, physical, and mental start. Extended breastfeeding is nature's way of filling your baby's need for intimacy and appropriate dependency on other people. If these needs are met early on, your child will grow up to be a sensitive and independent adult. We have noticed that children not weaned before their time are:

  • more independent and self-confident
  • Gravitate to people rather than things
  • Are easier to discipline
  • Experience less anger
  • Radiate trust

Former Surgeon General, Dr. Antonia Novello, proclaimed: "It's the lucky baby, I feel, who continues to nurse until he's two." A baby's sucking need lessens sometime between nine months and three years. The age at which this need lessens is individual, yet very few babies are emotionally filled and ready to wean before a year. Have confidence in your intuition. While this beautiful breastfeeding relationship may seem like it will never end, you are laying a solid foundation for the person your child will later become. Cutting corners now will only create problems in the future.

HOW TO WEAN

The key to healthy weaning is doing it gradually. Remember, you are helping your child into a new stage of development, not forcing him into it. This is not the time for you and your husband to go on a week-long vacation to the Bahamas. Weaning by desertion is traumatic and may backfire. The following are suggestions for gradually weaning your child:

  • Start by skipping a least favorite feeding, such as in the middle of the day. Instead, engage in a fun activity together, such as reading a book or playing a game. Nap and night nursings are favorite feedings and will probably be the last to go.
  • Minimize situations that induce breastfeeding, such as sitting in a rocking chair or cradling baby. If you put baby in a familiar breastfeeding setting, he will want to breastfeed.
  • Use the "don't offer, don't refuse" method. Don't go out of your way to remind her to nurse. However, if your child persists, or her behavior deteriorates, this may indicate that breastfeeding is still a need rather than a want. Watch your child and trust your intuition.
  • Become a moving target. Don't sit down in one place for any length of time. But, remember, weaning means releasing, not rejecting. Breastfeeding helps the child venture from the known to the unknown. If you don't let your child make brief pit stops, he may insist on lengthy feedings when he finally gets you to sit down. Checking into homebase and refueling reassures him that it's okay to explore his environment, and gives him the emotional boost to venture out. Rejecting this need could developmentally cripple your child.
  • Keep baby busy. Nothing triggers the desire to breastfeed like boredom. Sing songs, read books, or go on an outing together.
  • Set limits. Putting limits on nursing, such as: "We only nurse when Mr. Sun goes down and when Mr. Sun comes up" does not make you a bad parent.
  • Don't wean baby from you to an object, such as a stuffed animal or blanket. Ideally, you want to wean baby from your breast to an alternative source of emotional nourishment. This is when dad should begin to take on a more involved role in comforting. As dad's role in baby's life becomes bigger, nursing will be less important.
  • Expect breastfeeding to increase during times of illness. These are times when your child needs comfort and an immune system boost.

Life is a series of weanings for a child: weaning from your womb, your breast, your bed, and your home. The pace at which children wean go from oneness to separateness is different for every child, and this should be respected. In our experience, the most secure, independent, and happy children are those who have not been weaned before their time.


Alysha is now 20++ months...I truly want her to wean off when she's 24 months at least...but I have been facing difficulties now...ya Allah..permudahkanlah urusanku...Amin

Tuesday, July 21, 2009

Swine Flu : Senarai Perlu Faham & Buat

Swine Flu : Senarai Perlu Faham dan Buat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

flu.jpg

"Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema ini" Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.

"Heh, sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke sekolah!" kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.

"Alahai macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak" Monolog hati seorang apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema babi.

Itu mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?

Wabak swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil tangan manusia.

Manusia yang kerap bertukar menjadi bongkak dan angkuh dengan pangkat, kuasa dan harta kini mula menjadi kecut dan takut. Di United Kingdom, pihak kerajaan dan media sering mewarwarkan bahawa swine flu tidaklah berbahaya, ia juga digambarkan sama seperti selsema biasa seperti selsema di musim sejuk yang akan kebah dalam beberapa hari. Ia dikuatkan lagi apabila semua individu yang meninggal dunia akibat swine flu di sini, mempunyai pelbagai penyakit serius yang lain. Keadaan ini menjadikan rakyat UK juga biasa dan hampir tiada dilihat sesiapa memakai ‘facemask' di jalanan sepertimana yang terdapat di Mexico dan Malaysia.

swine.jpg

SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM

Namun beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.

Hari ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah, warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau Negara-negara lain yang masih mundur.

Media di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.

Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai. Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.

PENGALAMAN KE KLINIK

Pengalaman beberapa warga Malaysia mempunyai symptoms swine flu ke GP (Klinik awam) tidak begitu menggalakkan, sambutan para doktor juga amat dingin malah doktor kelihatan amat bimbang dan mengarahkan segera pengadu untuk keluar melalui pintu lain dengan alasan agar tidak bercampur dengan orang ramai.

Ramai yang kurang senang dengan keadaan ini, tiada ubat yang diberi oleh pihak doktor, tiada prescription untuk antiviral, tiada ubat batuk, dan sebagainya, hanya nasihat untuk mempertingkatkan penjagaan kebersihan, mengunci diri di dalam rumah dan minum air banyak.

Ramai yang sedang menghadapi selsema, batuk dan demam di United Kingdom ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak pasti adakah ia swine flu atau tidak, kerana ia benar-benar seperti selsema biasa, yang mana ia biasanya berulamkan batuk dan sekali sekala pening kepala akibat membuang hingusan dan demam singkat. Padahal semua yang disebut tadi adalah symptom-simptom selsema babi, itulah juga info yang terpapar iklan dan poster symptoms swine flu, ia juga tidak jelas.

SENARAI PERLU DAN JANGAN

Apa yang perlu dilakukan kini? Saya bukan doktor namun beberapa nasihat berikut mungkin boleh difahami dan dihayati sebaiknya, moga kita dapat memanfaatkkanya:-

1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA' QADAR.

Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.

Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit'. Hadis berikut amat jelas :-

لا عدوى ولا طيرة ولا هامة قال له رجل : أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل ، قال : ذاك القدر ، فمن أجرب الأول ؟

Ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )

Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).

Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :

فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد

Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)

Manakala di dalam sebuah hadis lain :-

لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ

Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)

Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.

Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir[1]. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-

· Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.

· Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.

· Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara sama lain.

Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.

2) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA

Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus. Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.

Cuba lihat petikan video ini :

3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK

Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.

Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai'ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : "Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai'ah" (Rujuk Sohih Muslim)

Nabi s.a.w :-

إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.

Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.

Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaj yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.

3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR

Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-

· Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.

· Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.

· Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.

Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.

4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ

Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-

· Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.

· Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.

· Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).

· Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.

Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:

· Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-

لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة

Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l, Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"

Nabi menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)

· Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.

· Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-

كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله

Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)

· Jangan seskali putus asa jika ditimpa penyakit ini.

Firman Allah swt :

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.

Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.

Akhirnya hayatilah kata nabi ini

عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له

Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)

Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.


Friday, July 17, 2009

Balik kampung

Tadi Ummi dapat sms dari Ibu(adik Ummi) bgtau Tok admitted ke hospital...sebabnya: swollen gum yang dah dibiarkan selama 3 hari menyebabkan sebelah muka Tok bengkak sampai ke leher...bila Wan bawak Tok ke hospital pagi tadi, terus doktor operate disebabkan terlalu byk nanah yg menyebabkan gusi Tok membengkak...sian Tok...rupanya, dah 3 hari Tok tak dapat makan nasi sebab sakit...

That's my mom..kalau sakit, tak penahnya nak dibgtau pada anak-anak...dia taknak anak-anak risaukan dia..tapi kalau anak-anak atau cucu-cucu yang sakit, dia yang kelam-kabut amik tiket naik bas pegi jaga kami...uwaaaa....

Jadi, kami sekeluarga akan balik ke Kedah malam ni @ awal subuh esok pagi...semoga Tok cepat sembuh....
UPDATE:
baru balik dari Kedah semalam...bengkak Tok surut sikit...hari ni scheduled for operation...kalian tolong doakan moga semuanya ebrjalan lancar ye...

Thursday, July 9, 2009

GH CD

Ini hasil CD exchange dengan Ayu... jenama GH snappy button...Ummi hanya ada satu CD snappy button jek..yg lain sumer velcro...Alysha selim size...so Ummi, ketipkan button untuk kecikkan size CD..kalo tak leaking lak nnti...tapi mengamuk2 budak tecit nih nak dipakaikan snappy button...agaknya Ummi terkial2 pertama kali nak button up all the buttons...isk2..kalo velcro sekali zasss jek takyah lelama...so, hasil pemakaian agak tidak kemas disebabkan ALysha yang meronta-ronta..isk...

RED color...I like it...tengs Ayu....







nampak tangan abangcik tgh bg warning soh duk diam-diam



siannn budak nih...Ummi lama benor paksa dia jadi model nak bergambar

(sori Ayu,dah lama nak tepek tapi bz manjang)

Ewww shomottttttttttt

Sejak dua menjak nih, bila datang time makan with Ummi, si kecik nih dah xnak disuap...dia nak suap sendiri...dahtu, dah rajin nak suap makanan kat Ummi pulak tu...

Ada one day Ummi belikan Calci-Yum choco-orange untuk Alysha...Ummi nak suapkan dia x kasi...so, the result was :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Penuh satu muka shomot tuh

Dia lak penggeli, bila shomot dah tak tahu arah nak lap tangan dia tuh

Look at ur hand...

Ewwww

Tuesday, July 7, 2009

Monday, July 6, 2009


Another year gone...another year older...by number...but still young at heart...lol

Happy 37th birthday to me
May Allah bless me with good faith,good health and good life...AMIN

Sunday, July 5, 2009

Alysha kat playland


Nih masih kisah di Penang haritu..waktu jejalan kat Jusco Queensbay Mall..dahle Ayah xde sbb g tengok team dia buat exhibition kat bawah...si Alysha pulak asek nak berdukung jek... taknak langsung dengan bibik camne Ummi nak meroyan shopping..haishh ...alkisahnya, ada pulak playland kat Children's Dept., budak2 tu ape la lagi, mintak duit nak beli token le...si Alysha pulak memula Ummi bagi dia masuk dalam play area yg ada slides, ball pool etc...ada le dekat 1/2 jam gakla...tapi,dia takut sikit bila ada budak2 yg lasak2 buang bola sana-sini.....then, pastu letak kat keta & bas mainan yang leh goyang2 kuar bunyi bila dimasukkan token..sib baik dia nak turun each time masa dah tamat...kalau nak dibandingkan dengan abang kakak dia dulu..huhu..ngeri..menjerit2 taknak turun...good girl Alysha...keep it up kay..jgn lak karang2 berubah laku pulak ek...


Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages