Arak halal - banggakah anda?????






KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB),
pemegang hak eksklusif
bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran ,
bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50
juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu
merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan
Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan
Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang
dipasarkan ke
negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi
pelanggan bukan Islam
dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya
kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang
diperam)
paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di
Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran .

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki
barisan
pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini
dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun
produk
tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di
seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport
kira-kira 20 buah kontena
yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia
.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu,
keupayaan untuk
mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan
teknologi
sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah
mengeksport
minuman itu ke Jerman , Afghanistan , Palestin, Lubnan , Azerbaijan dan
Australia ," katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan,

Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di
Vietnam
jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah
pasukan rali-SR Motorsports
bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna,
selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan
minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu
mengelakkan sakit buah pinggang,,
mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.


I am not an expert in this kind of things nor an ustazah but my personal opinions are that:

**Why not they change the name to something that is not conflicting???
eg. Healthy Malt drink instead of non-alcoholic beer

**Why should the design of the bottle be alike the alcoholic beer?What's the point of doing so?
eg. Macam botol air mineral ke


Taken from Wikipedia:

Beer is the world's oldest and most widely consumed alcoholic beverage................
Some of the humanities' earliest known writings refer to the production and distribution of beer 'The Hymn to Ninkasi' , a prayer to the Mesopotamian goddess of beer ,served as both a prayer and as a method of remembering the recipe of beer in a culture with few literate people.


Comments

  1. Ish K.Ina! Terkejutnya mimi baca..BTW, minuman nih halal ke tidak?

    ReplyDelete
  2. halal ke tak sebenarnya?
    kenapa nak sangat minum bir/arak?
    konfius sungguh!

    ReplyDelete
  3. Nie pendapatku.. minuman nie kalau ikutkan barli peram macam minuman tambah tenaga.. memang la halal dari segi pembuatannya .. TAPI yang jadi tak best kenapa nak menghalalkan perkataan ARAK yang dah tentu2 HARAM.. macam takde nama lain dan rupa lain, dengan pembungkusan nya yang menyerupai BOTOL ARAK YANG BETUL.. aku pun tak faham.. isu nie pernah dibawa oleh RADIO IKIM, dalam perbincangan pagi..
    MACAM JUGA ADA PERISA BABI HALAL.. macam2 la depa nie..
    kerajaan MALAYSIA patut pantau tak boleh la ada unsur nama ARAK DAN BABI HALAL..

    ReplyDelete
  4. halal ke??bior betik...
    adeh..dh la nk tubuhkn kilang kt port klang...
    mencemarkn nama klang je..ku benci..

    ReplyDelete
  5. nape dorg ni suka menghalalkan sesuatu yg dilarang?? da tentu2 arak tu haram, lg nk letak arak tanpa alkohol.. bangga beno minum arak tu gamaknye...

    sdgkan minuman yg bukan arak pun dibuat2 konon2 mcm arak pun rasa nya tak leh da minum... huhu ni kan pulak da terang2 letak nama arak..

    hish ntah la.. tak de minuman lain ker yg nk dipilih???

    ReplyDelete
  6. kalau akak tanya saya....confirm saya jwab TAK BANGGA LANGSUNG...ni propaganda belaka....

    tak yah lee nak halalkan ARAK....tu idea bodoh sapa ntah...dah lak tu...botol, logo packaging sama aja ngan guiness stock

    tak ke tu dah mirip2 haram...selisih laaa minum oiiiii

    ReplyDelete
  7. kalau akak tanya saya....confirm saya jwab TAK BANGGA LANGSUNG...ni propaganda belaka....

    tak yah lee nak halalkan ARAK....tu idea bodoh sapa ntah...dah lak tu...botol, logo packaging sama aja ngan guiness stock

    tak ke tu dah mirip2 haram...selisih laaa minum oiiiii

    ReplyDelete
  8. Umi Sufira,

    Inilah arak yg dihalalkan...meaning without alcohol..dan orang berebut2 nak cuba :(

    ReplyDelete
  9. Zety

    itulah orang kita...walaupun disahkan 'halal' sbb takde alcohol..tapi dah nama arak...x sanggup daku nk telan

    ReplyDelete
  10. nadnye

    betul tu..akak agree..nape x buat je minuman malt + botol direka macam botol minuman biasa

    ReplyDelete
  11. cintakusayangmu

    sedih kan...smp nak buat kilang khas kat klang...mesti dah agak demand mencanak2 nnti

    ReplyDelete
  12. adha

    inilah manusia di akhir2 zaman...sedih...apalah nasib zaman anak2 kita nnti :(

    ReplyDelete
  13. rindunya ngn k ina...hehehe...lama benar xsinggah...mmg mana2 pon ida xsinggah psl agak kesuntukn masa...ni pon tgh ngepam so sebelah tgn lg jenguk la ke blog k ina

    psl arak ni ada gak dgr dibincang2kn kat radio...rsnya baik jgn letak 'arak' tu..sensitif kat kita org islam ni kan

    ReplyDelete
  14. salam,

    cuba intai2 entri ni., mungkin ade yang boleh difahami.. wallhu'alam

    http://g-82.blogspot.com/2009/05/bir-halal.html

    ReplyDelete
  15. Idida

    akak pon wenduuuuuu sangat ngan Ida...rerajin la masuk porem....kami sumer wenduuu kat Ida tau

    ReplyDelete
  16. haiii geli tekak nak cuba..naper perlu minum tu yerrr

    ReplyDelete
  17. ntahlah nina....payah nak cakap..kan?

    ReplyDelete
  18. ntah le dgn dunia ni..humang aih..!ramai plak yg nk cube merasa tu.mcm dah lame benor ngidamnye...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts