Thursday, January 21, 2010

Petua Membanyakkan Susu

Ummi memang peminat setia Pa&Ma sebab banyak info tentang kehamilan, kelahiran dan keibubapaan yang Ummi boleh manfaatkan buat panduan. Kat forum yang Ummi join selalu yang mengadu tak cukup susu, susu tak banyak etc. Kebetulan pulak Ummi terjumpa artikel menarik tentang ni semalam, dapatla Ummi kongsikan di sini buat panduan semua.

Kaedah banyakkan susu ibu - Pa & Ma Feb 2009

1- DAUN SIRIH


pic
- sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara.
Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.


2- NASI PANAS, HALIA MUDA,AIR ASAM
- makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa.


3- LONGAN KERING
- rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya.


4- LOBAK PUTIH

pic
- ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas
air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.


5- BUNGA MELUR dan DAUN PUCUK MANIS
- giling daun bunga melur atau daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi
sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.


6- SUSU
- banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.


7- KACANG TANAH
- digalakkan ambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.


8- HALBA dan JINTAN HITAM

pic
- cuci halba atau jitan hitam bersih2. Selepas itu, keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya,
rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis @ jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum
airnya.


9- DAUN BETIK MUDA
- ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan 2-3
kali sehari.

6 comments:

  1. mama miya,

    thanks...just sharing sbb ramai mommies yang duk tanya

    ReplyDelete
  2. thanks kak ina... insyaAllah nak try petua2 ni..esp no 1 tuh..

    ReplyDelete
  3. tinie,

    cubalah ye...kalo menjadi, bagitau ye

    ReplyDelete
  4. thanks.. nak cuba lah kalau dapat baby baru nanti.. saya pernah cuba lobak putih tu, buat sup masa dalam pantang..memang banyak susu tapi lama2 jemu pulak makan lobak putih, langsung tak amalkan... petua daun sirih tu ok jugak sebab tak perlu makan..

    ReplyDelete
  5. CikguHaslina,
    aah...dah dpt baby baru nnti bole cuba ya

    ReplyDelete

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages