Umrah 2012 : Madinah......the story PART 2



Selesai ke Jabal uhud, kami ke Pasar Kurma pulak...berlari² anak jugakle ke sana sebab bas diparkir agak jauh dan masa yang diberi hanya 20 minit.....seronok berada di sini sbb. peniaga semuanya ramah² dan masing² ajak kami ke kedai masing².....akhirnya kami dapat beli kurma ajwa pada harga serendah SAR65 sekilo  berbanding di ladang kurma SAR100 sekilo. Waktu tengah memilih kurma tu, dah dapat panggilan suruh balik segera ke bas sebab orang lain tak ramai yang turun dari bas sebab lokasi pasar kurma ni jauh dari bas. Dah terkocoh² suruh peniaga membungkus dan bayar then berlari jugakle balik ke bas.Memang kami orang terakhir..huhu...
 Saat indah bila dapat lihat sendiri payung² di dataran Masjid Nabawi yang asalnya kuncup di Subuh hari kemusiannya perlahan² terbuka dan mengembang sepenuhnya...sebenarnya, tak tahu pun jam berapa payung tu akan dikembangkan...kebetulan je tengah snap piccas, then nampak payung tu mula terbuka....Subhanallah.....dapat jugak merasa tengok sendiri.... Semasa di Madinah, hati memang tenang sebab bandarnya tak sesak dengan kereta....dan memang perasan bangunan² hotel di sekeliling Masjid Nabawi tu semuanya mempunyai ketinggian yang sama.....memang benarlah kata orang yang penduduk/peniaga di Madinah lebih lemah-lembut orangnya, tak kasar dan ramah melayan kita....in fact, terlebih² ramah melayan pelanggan pulak rasanya hihi....that's the beauty of Madinah....sama seperti sambutan dan layanan terhadap Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah dulu




























Comments

  1. seronok baca cete umrah awak.. semoga saya juga diberi peluang untuk ke sana satu hari nnt..

    ReplyDelete
  2. madinah ni masa aida pergi tahun 1997 dulu, belum moden macam sekarang... macam cerita ali baba bujang lapok kedai tukang kasut tu.. yang buka kedai kena bukak kayu satu per satu.

    tahun 2001 pergi pun, masa tu semua kedai lama dah runtuh... diratakan tanah kat area masjid nabawi. belum naik lagi bangunan2 moden

    tahun 2004 dah naik landskap sekarang.. dan terus maintain.

    tengok gambar, macam kak ina tak bawa anak je? ke aida tak perasan?

    ReplyDelete
  3. aida,

    ooo....tapi better that way...klu terlalu nak developed pun,serabut pulak....

    aah mmg tak bawak diorang....1st time pegi, biarlah tinggalkan dulu...mudah sikit nak beribadat...insyaAllah ada rezeki lebih nnti plan nak bawak jugak tapi tunggu bila Firas dah diaperless la...senang sket urusan

    ReplyDelete
  4. Byk yg berlainan jugak dgn masa ros pergi pd tahun 2009.. Makin lama makin ilang sejarah nnt kan :)

    ReplyDelete
  5. juelee...

    insyaAllah...ada rezeki ke sana nnti :D

    ReplyDelete
  6. ROS...

    tula...sayang kan klu byk tmpt bersejarah dah makin hilang :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts