Kene rasuk...

Last Thursday, Kakak kena bawak sebotol air sebab ada majlis bacaan Yassin kat sekolah kebangsaan dia untuk budak² tahun 5 & 6 sempena UPSR yg bakal menjelma...Kakak bawak sebotol besar air mineral (and later she claimed she's the only one yg bawak botol air paling besar..heheh..takpelah Kakak, bolehla kongsi dengan adik² sekali kan?)..
.
Katanya, bila dah mula bacaan Yassin beramai-ramai tu kat surau asrama, ada sorang kawan dia bernama A*** S******* dah mula resah gelisah tak senang duduk....pastu, tetiba budak tuh menjerit kuatttt...Ustazah pegang tangan dia sebab dia mula meronta²...habis ustazah terduduk ditendang budak tu...ustazah dan cikgu² bawak budak tu ke bilik rehat...ustaz pun datang ambilkan air Yassin sapukan ke muka dia...dia menjerit...panasss katanya...suara budak tu pun dah bertukar kasar...
.
isk...sian...lepas tu, cikgu² telefon parents budak tu which ayah dia seorang ustaz himself,suruh bawak dia balik....sian...Ummi kenal budak tu sebab duduk satu taman perumahan..in fact, satu lorong je...memang budak tu sweet dengan deep dimple kat both cheeks...memang ayu je...
harini si abang Haiqal balik sekolah katanya budak tu kene rasuk lagi...dia menjerit pastu berkurung kat dalam toilet sekolah..puas ustazah memujuk...2 kali katanya dia menjerit & lari masuk ke toilet...sian...dahla UPSR dah tak lama lagi...fikiran dia pulak terganggu...
.
Ummi dulu pun ada kes histeria ni waktu sekolah rendah kat Father Barre's Convent dulu...kejadian berlaku waktu darjah 6 tapi Ummi dah habis periksa Penilaian Darjah 5 dah...kelas Ummi kat hujung sekolah...belakang tu ada landasan keretapi...Ummi ingat lagi waktu kelas Agama Islam dengan Ustazah Che Su (kat manalah ustazah ni sekarang ye)...tetiba, kelas sebelah (kelas Moral) menjerit...kami pun reramai berlari kat kaki ustazah, peluk kaki ustazah sambil menjerit jugak..padahal, kami bukannya nampak apa² pun..tapi disebabkan kelas sebelah menjerit, semua kelas berjangkit...dalam seminggu jugakla baru pulih kes histeria tu...mangsa utama histeria tu kalo tak silap ada sorang Chinese girl tu nama CBB...dia claimed nampak lukisan pisau kat dinding tu bergerak & berdarah...Wallahua'lam...
.
Apa²pun moga kita dan keluarga kita semua dijauhkan dari perkara² sebegini...Amin

Comments

  1. histeria ni mmg berjangkit.. kalo sorang kene, abeisla yg jenis lemah2 semangt tu kene sama..

    ReplyDelete
  2. myprecious,

    itulah pasal...harap2 tak berpanjangan la

    ReplyDelete
  3. Kat convent father barre sampai skrg pun ada histeria.

    ReplyDelete
  4. Tapi bukanlah selalu...ada-ada masanya..

    ReplyDelete
  5. Helnie,

    yaka histeria smp la ni?isk....ngeri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts