Sejauh mana yuran sekolah percuma menurut Bajet 2012?


Ummi baru mula membeli buku tulis sekolah Haiqal......untuk sekolah Adam(sekolah lain) Ummi akan beli esok while kedai buku sekolah Kakak hanya akan mula menjual buku tulis next week

Usai membeli buku tulis berjumlah RM50.00 untuk Tahun 6 (Haiqal), Ummi pun membelek senarai yuran yang perlu dibayar tahun depan......terkesima sekejap Ummi melihat senarai yuran.......aikkkkk....bukan ke dah dibentangkan Bajet 2012 panjang lebar haritu dan dah dinyatakan yuran sekolah yang meliputi bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful adalah DIMANSUHKAN........

tapi menurut pemerhatian Ummi seperti gambar di bawah, masih ada bayaran dikenakan untuk KERTAS UJIAN dan for the first time, tetiba ada pulak bayaran WAJIB untuk Program Motivasi di mana all these years tiap2 tahun ada je program motivasi kat sekolah dalam pelbagai bentuk tapi tak pernah dikenakan sebarang yuran.....or kalau ada pun sangatlah minima......hemmmm........

Alhamdulillah bagi kami yang both suami isteri bekerja nih takdelah terasa bebannya nak membayar yuran sekolah ni, tapi bagaimana dengan mereka yang berpendapatan rendah, anak pulak ramai yang bersekolah....ditambah pulak dengan baru aje gunakan banyak wang untuk sediakan keperluan sekolah anak2?

Ummi just tak faham kat mana silapnya? Adakah kehendak bajet ini tidak dituruti sekolah....? atau.....memang ia percuma tapi on top of that, sekolah dibenarkan compensate the cost dengan mengenakan bayaran2 tambahan lain?......YANG SEMEMANGNYA AKAN MEMBEBANKAN ibubapa terutamanya yang berada di dalam kelompok yang dinyatakan di atas tadi


hemmmmm.....what say you?

Comments

  1. susah kan bila kata free tapi ada plak bayaran yang lain

    ReplyDelete
  2. tue la kak, nieza pun tak paham ...
    kesian kat org tak berkemampuan, ingatkan betul2 la free ..tapi kena gak dalam 70++ ...kalo 20lebih ok la boleh lagi diusahakan.

    ReplyDelete
  3. Ila,

    tulah...free tapi tak free, camne tu?

    ReplyDelete
  4. Nieja,

    tula pasal...kalo 70 hengget sorang, kalo 5 orang bersekolah dah dekat 400 tuuuu

    ReplyDelete
  5. mainan politik ke ape ni aahahahha

    ReplyDelete
  6. Hanya yang bergelar 'yuran' je free.

    ReplyDelete
  7. kak Azie,

    hahaha....word 'yuran' je free...but then ditukar kepada word lain tapi maksud yg sama

    ReplyDelete
  8. hmm.. politik wayang jer lebih nih.. bukannya meringankan beban ni.. makan rebeh beban digalas kalo macam ni..

    maka kekal mcm dulu jugak lah.. akan ada keluarga yg terpaksa berhutang yuran sekolah & kerana yuran sekolah jugak lah kdg2 cikgu macam pilih kasih dgn murid2 kurang mampu ni..

    bukan buat2 cerita, tp realiti nya memang begitu..

    ReplyDelete
  9. BIB,

    TULAH..MEMULA DGR YURAN SEKOLAH FREE DAN MACAM 'BETUL KE NI?'...BILA DAH REALITINYA, MMG BETUL2 'TAK BETUL PUN'

    ReplyDelete
  10. akak,

    saya yang baru sorang nak masuk tadika ni pun berpeluh rasanya...yuran dekat satu 1k...baru jer tadika, rasanya kita kecik2 dulu RM30 jer kot sebulan...ni RM140/month...tgk buku budak2 ni, silibus macam budak dah darjah 1

    ReplyDelete
  11. Koci,

    samalah cam Alysha....pendaftaran etc dekat seribu kan?bulanan RM160 fuhhhhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts