Hukum....Hadiah



Ummi terima emel menarik dari seorang ustaz di syarikat Ummi bekerja........sangat menarik emelnya......maklumlah kan, Ummi pun ada jugak masuk pertandingan2 nih....my fav. ping ponglah dari tempat keje lama membawak ke tempat keje sekarang.......takut la pulak kalo2 ter'jatuh' hukum HARAM atas hadiah yang ditawarkan.......meh kita sama2 baca dan renungkan hukum-hakam pertandingan/peraduan nih......




Berikut adalah pandangan Islam terhadap permainan /pertandingan yang ditawarkan hadiah, kerana sedia maklum ada beberapa permainan / pertandingan yang selalu kita adakan khusunya di kampus kita sama ada untuk pelajar, Kakitangan dan juga anak-anak . Memang tujuannya baik iaitu untuk menguji kecekapan, kemahiran, kesehatan dan sebagainya. Dalam Islam tujuan yang baik mesti di sertai dengan cara/ kaidah yang baik, yang sehat dan berkat sesuai dengan syariat. Di sini dikemukakan sebagai panduan dan bahan rujukan, dari sudut agama Islam.

DEPINISI PERTANDINGAN.

Pertandingan dari segi bahasa ialah perlumbaan dan sesiapa yang menang dapat mengambil hadiahnya.

Pertandingan di bagi dua :

1. Pertandingan tanpa ganjaran ( hadiah)

Pertandingan jenis ini diharuskan oleh syarak tanpa syarat.
Dari sudut As-sunah dan Ijmak pertandingan adalah harus/ boleh. Buktinya :

1. Nabi pernah membuat pertandingan lumba kuda di antara kuda yang dikuruskan dengan yang tidak . ( tujuannya untuk persiapan perang)
2. Saiyidatina Aisyah berkata:“ Saya berlumba lari dengan Rasulullah SAW. dan saya menang, selepas kami tidak berlumba sehingga saya berasa gemuk, kamipun berlumba lagi dan kali ini Rasulullah yang menang, baginda bersabda :“ kita seri“.
3. Salmah Bin Al-Akwa berlomba lari dengan seorang lelaki Ansor di hadapan Rasulullah SAW dan Salmah menang dalam perlombaan itu.
4. Rasulullah saw pernah menyaksikan pertandingan angkat berat dan baginda tidak menegahnya.
5. Baginda bergusti dengan Rukanan dan mengalahkannya. Kerana Rukanah berjanji kalau dia kalah, dia akan masuk Islam. Dan dia kalah akhirnya dia masuk Islam.

Pertandingan di atas bertujuan untuk suka-suka, menjaga kesehatan, membina kekuatan, persiapan perang dan tujuan untuk berdakwah.

2. Pertandingan berganjaran ( berhadiah).

Pertandingan ini ada yang di haruskan oleh ulama Hanafi iaitu pertandingan memanah, lumba binatang ( kuda, unta, keldai) dan lumba lari, ini amat dikehendaki kerana untuk tujuan berlatik persiapan peperangan, berdasarkan firman Allah SWT.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, dengan persediaan itu dapat menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu..... Surah Al- Anfal 60.

Sabda baginda Rasulullah SAW :

”Tiga perkara tidak dikira sia-sia, seorang lelaki melatih kudanya, bermain kuda dengan ahli keluarganya dan bermain panah, semua permainan ini adalah benar”.


Syarat-Syarat Pertandingan yang diharuskan/ dibolehkan :

1. Pertandingan adalah dalam bentuk jenis yang bermanfaat sama ada dalam bidang peperangan, kesehatan, dan dakwah Islam. serta cara pelaksanaan dan skopnya tidak bertentangan dengan syarak.
2. Hadiah di sediakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala yuran peserta hanyalah untuk kegunaan pengurusan pertandingan. Ianya tidak ada unsur perjudian dan hadiah itu sebagai penghargaan dari kecekapan seseorang.
3. Pertandingan mestilah tidak membawa kepada melakukan perkara haram dan meninggalkan wajib.

Pertandingan yang diharamkan.

Selain yang bertentangan dengan perkara di atas, juga kalaulah hadiah itu diambil dari pada yuran/ pendaftaran dua orang yang bertanding atau dari semua peserta dan diserahkan kepada pemenang, maka hal ini tidak di benarkan kerana ianya ada unsur perjudian.

Menurut ”Organization of the Islamic Conference , Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 – 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan ( qarar/ ketetapan nombor 127 (14/1) : bahawa semua permainan dan pertandingan yang HADIAHNYA diambil dari hasail kumpulan wang dari peserta. Hukumnya adalah HARAM HADIAH TERSEBUT. Kerana ia mengandungi unsur Judi”.

Ijmak ulama telah mengharuskan pertandingan, walaupun demikian ada 3 jenis pertandingan yang dilarang iaitu:
1. Pertandingan berunsurkan perjudian
2. pertandingan yang boleh menyiksa binatang.
3. pertandingan yang bertujuan memenangi hadiah ( ganjaran).

Demikianlah panduan berdasarkan beberapa dalil/alasan dalam hal ini, mudah-mudahan dapat difahami, dan menjadi panduan agar niat baik caranyapun baik, setiap aktiviti sukan dan pertandingan dapat keberkatan dan terhindar daripada unsur judi dan kemaksiatan yang diharamkan. Amin.

Wallahu’alam bish-shawab.




Ummi terpegun seketika bila melihat perkara no. 3 yang Ummi highlightkan di atas......erk...selama ni kalo Ummi join mana2 pertandingan ke,peraduan ke...memang le bersemangat nakkan hadiahnya...errrr.....camne nih.......



Comments

  1. itulah kan kak. kita ni selalunya mesti nak tgk juga apa hadiahnya.

    tq kak utk info.

    ReplyDelete
  2. rasanya perlu diperincikan kan lagi rule no 3 tu... selalunya kalo masuk pertandingan, mestilah nak menang kan... :)

    ReplyDelete
  3. yelah kan kak..

    tq for sharing this info..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yong Ina,

    Yg pertandingan berbayar cam peraduan memancing mesti kena yuran, menyanyi karaoke atau talentime, marathon, dll. Tu kira cam judilah kalau ikut garis panduan tu. Yg nomor 3 tu banyak kita buat. Hmm mungkin kena ada perincian cam kata Kak Yong tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts