Seminggu di KL-Part 1


Last week, kami bertolak dari rumah kul 4pm sebab pegi makan kenduri kat rumah jiran kat sini dulu....then hubby belanja dinner kat Cheras...tak ingat apa nama restoran tu...
Kakak order N.G. Kampung, hubby N.S. Belacan, mine was N.G.Paprik while the boys makan nasi putih, tomyam, sayur,telur dadar...Alysha ngamuk sbb baru bangun tido & takmo makan....sudahnya, semua makanan dah sampai...EXCEPT mine....hubby nak bgtau kat adik yg amik order tu but I yang takanak sebab x lapar sangat pun.....plus, memang perlu sangat2 diet...huhu...memang ada hikmhanya le dia lupa masakkan

hari Ahad, late breakfast kat rumah kol 11am. Pas Zohor baru siap2 kuar nak g Alamanda.

Pastu terus ke Alamanda, cuci2 mata sana sini, masuk Carrefour nak beli diapers Firas sebab tak cukup pulak yang dibawak. Around pukul 4pm camtu, anak2 dah bising sebab lapar. Hubby tetiba tanya if I nak try nasi Arab kat Saba Restaurant tak? Of course le nak kan, asek tengok orang duk upload kat blog je duk makan kat Saba, mestilah nak jugak merasa. Cuma hubby awal2 dah bagitau, nasi Arab nih bukan taste dia sebab jenis kering tak berkuah melaut (my hubby memang jenis x reti makan kering2, mesti nak berkuah banyak..kalo makan roti canai pun mesti nak banjirrrr). B4 kuar dari Alamanda, sempat beli Big Apple dulu tapi dengan kejamnya, diorang tak dibenarkan makan until dah lepas makan nasi kat Saba nanti.Stop solat dulu, hubby suruh pilih between the 2 masjid kat Ptrajaya tuh and the boys chose Masjid Besi. Dorang pegi solat tinggalkan me(bendera Jepun naik daaa) sorang2 dalam kereta sebab Firas pun hubby angkut sekali masuk masjid. Aman sekejap donia dapat berehat sorang diri hehe

Nak ke Saba dah sesat barat pulak....sebab hubby pun dah x berapa ingat jalannya.....ini kali ke 2 dia ke sini.....finally, sampai jugak....Elok sampai je kat Saba, hujan lebat mencurah2.....tapi sebab nak jugak merasa masakan Saba...gigih jugak le berpayung2 masuk dalam restoran....bila dah masuk, aduhhh...penuh pulak semua seat....kenala berdiri buat muka poyo dekat meja customer yang dah habis makan & duk sembang2 lagi...buat tebal muka jela berdiri kat situ sampai diorang bangun....hubby order 4 large sets....2 Kabsah Lamb, 1 Kabsah Chicken & 1 Hanith Chicken. Rupa2nya, memang serving dia besar yg. amat....so hanya habiskan 2 1/2 saje, selebihnya ditapau as dalam pic WW semalam.....

my comment : okaylah nasi dia sedap....lamb pun sedap...kabsah chicken lagi sedap dari mandi chicken (to me lah)....

selesai makan, hujan pun reda....hubby tanya nak ke mana pulak?terlintas nak ke Warta Bangi(now dah jadi Giant pulak), tempat lepak lunch hour dulu dari 2001-2007......banyak kenangan indah di sana......masih banyak yang tak berubah.....restoran mamak yang jual sotong goreng sedap pun masih lagi beroperasi seperti biasa...bawak Firas dalam buckle-tai...elok je dia duduk dalam tu sampaile terlena dengan sendirinya, punyala comfort ek....dah settle ronda2 dalam tu, balik le ke rumah kepenatan kesemuanya



nih budak happy dapat spend masa kat umah sana


pokok yang masih survive walau terbiar tak dijaga selama 5 tahun

sonok makan biskut peanut butter


nyaman jek bila balik ke sana....cuaca tak panas macam kat Perak nih....

budak idom kembang



asek berkepit dgn arm band dia yg baru dibeli kat Tesco...tak sabar nak terjun pool bila Ummi mula buat keje kat KL n stay kat hotel

budak nih tak lekat baju sbb asek basah dek air liur duk menjejes....


sonok le dier dapat lepas bebas kuar masuk rumah...kalo kat umah Perak nih asek memerap je dalam rumah

Comments

  1. Salam Yong',

    Ohh aktiviti cuti sekolah yaa? Ye ke Perak panas masa tu? Mak akak kata kejap panas, kejap ujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Lima,

      aritu hujan manjang...tapi sejak minggu lepas, panassss terikkkk membahang....mmg cuaca tak menentu sungguh

      Delete

Post a Comment

Popular Posts