Kak Yang & Adik

si Firas nih sejak dah besar....yela dah cecah umo 2 tahun 23 Ogos lepas, kurang la sikit nak memerap berdukung bagai...makin independent la pulak...semuanya nak dibuat sendiri.....cthnya:
  • makan nak suap sendiri (yang mana kompem banyak yang jatuh berserakan di sana sini huhu)
  • ada air tumpah sikit je, kemain lajuuuu je amik mop kat bilik air nak dimop......ada sekali tu air dia tumpah atas meja dan dia amik mop habis dimop meja makan....adoyaiiii
  • nak minum jarang dah dia minta....instead, amik sendiri dari water dispenser (yang mana dah few times banjir sebab air melimpah penuh) or few times jugak memandai tuang sendiri dari jag air (air separuh jag dituang habis ke dalam cawan dia)
  • suar pun dah pandai nak pakai sendiri (tapi most of the time sokmonya both kaki termasuk ke dalam ruang kaki suar yang sama haha)
  • kalau kuar jalan2 dan dia duduk dalam stroller or troli, alhamdulillah aman le nak membeli....TAPI kalau letak dia kat bawah biar berjalan sendiri, memang hazab le nak mengejar...memang budak kecik sorang nih berani betul, tak takut nak ke sana sini sorang2 especially klu tempat tu dah familiar di mata dia.....fuhhh....kesat peluh kat dahi
  • klu tanya dia, ni sape punya or sape yg buat ni....dia akan jawab 'ADIKKK' which refers to himself...haha...kiut je kan

Alysha lak Firas akan panggil 'Ayang' which means Kakyang....wah...ayang le sangat ngan kakyang dia ye

Jom layan gambar2 diorang berdua kat Mydin Meru Raya waktu singgah jap pas balik dari kg beraya aritu







asek kakYang je yg comey bergambar....si Adik payah benor nak tengok kamera elok2

kejap dia nak pakai seat belt...kejap dia sendiri nak bukak

Suka tgk pic nih






Hello everyone...!!!








Comments

  1. slm, kak, saya 1 family panggil adik kami AYANG jugak..sbb dia sendiri pelat sebut alang ms kecik. Kalau saya balik rumah mak, kalo saya panggil YANG, both hubby n sis akan toleh..hihi

    btw, dh besar firas..tinggi nampak gayanya dia nnt:-)

    ReplyDelete
  2. Salam Ina.Apa kabar?lama k.atie xsinggah kat sini.
    Terima kasih ya jenguk2 umah k.atoiie.Comelnya 2 berdik ni....baik jerrrrrr
    Aritu g chepor...lalu kat Mydin Meru Raya ni tp xsinggah pon sbb g kenduri berkonvoi.
    Lain kali nk ajak adik g sini la..klu akak g Ipoh :D

    ReplyDelete
  3. cantik rambut dua beradik ni..curly..

    ReplyDelete
  4. AIDA,

    kekek kelakar lak bila both kakak n hubby toleh ek bila panggil ayang...haha

    ReplyDelete
  5. kak Atie,

    haha...nampak je baik tapi.....huhu.....si kakak mmg baik...si adik tu melasak yg amat tawww

    ReplyDelete
  6. mamaema,

    dorang berdua je rambut curly...abang kakak yg 3 org lagi tu takde lak rambut curly

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts