Pantasnya Setahun Itu
Masih terbayang2 keadaan di OT Pantai Puteri Hospital Ipoh setahun yang lalu
setiap detik masih segar di ingatan
saat disorong masuk ke OT
satu perasaan yang sukar digambarkan
berbeza dengan perasaan bersalin normal 4 orang anak sebelumnya
sangat2 berbeza
perasaan takut' luar biasa
biarpun hubby sentiasa di sisi
namun, perasaan yang dialami sukar digambarkan
walau bagaimanapun, pengalaman itu tak mungkin dilupakan sampai bila2
bukan itu saja tapi semua pengalaman melahirkan 5 orang anak akan terpahat di hati
setiap kenangan adalah berbeza
ada yang mudah, ada yang susah
namun, saat menatap bayi yang keluar buat kali pertama
hilang segala rasa letih, sakit dsb.
syukur ke hadrat Allah
kerana memberikan nikmat melahirkan anak
menghapuskan sebahagain dosa
Alhamdulillah......
pada hari ini, genaplah setahun usia anak Ummi yang terakhir
FIRAS ZAHIN nama diberi
banyak dugaan sepanjang setahun ini
dari bertukar2 tangan orang yang menjaga Firas
entah dah berapa orang
dah penah admit hospital due to bronchiolitis
dah 2x diarah admit due to same reason tapi tak jadi atas sebab2 tertentu
walaubagaimanapun,
telah setahun usianya
semakin banyak keletahnya yang menghiburkan seisi keluarga
semakin panjang akalnya
semakin lasakkkkkkk dan lasak
mula berjalan jatuh 2-3 langkah bulan lepas
mula berjalan lebih jauh sambil tangan diangkat ke atas sejak hari Sabtu yang lalu
dah kurang merangkak sebab lagi minat berjalan
dah pandai berdiri dan nak melompat atas katil bila Alysha lompat atas katil
suka sebut dan jerit 'Ayah!' pada bila2 masa dan pada sesiapa sahaja
suka mengutip benda dan masuk ke mulut...isk
tetiba jadi lactose intolerance sejak sebulan lepas
maka sekarang bertukar kepada susu soya
sangatttt manja dengan Ummi
Ummi doakan moga Firas Zahin
terus membesar dengan sihat dan bijak
menjadi anak yang baik dan soleh
FIRAS =kecerdikan, tajam fikiran
ZAHIN =bijak
Ummi & Ayah sayangggg Firas.......

sebaik dilahirkan

2 hari
Ganteng sungguh anak ummi ni
ReplyDeleteingat lagi..setahun lepas sy tgh sarat-saratnya baca blog ummi dah selamat bersalin :)
happy 1st birtdhay Firas Zahin...
ReplyDeletesekejap je dah setahun kan kak...
makin comel dia..:)
Moga semua doa akak untuknya termakbul...
happy 1st birthday dear firas..moga jd anak soleh amin ;)
ReplyDeleteFarra....
ReplyDeleteAmin...thanks auntie :D
salam.
ReplyDeletehappy 1st birthday Firas!! hehe... comel dia. makin besar makin encem. hehe....
semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak yg taat serta soleh. amin. :)
kejap je erk kak..rasa cam baru je tahu berita akak kene bersalin c-zer..eheheh
ReplyDeletehappy 1 year old firas..be a good boy ya!
kejap je kan...happy birthday firas.... dah besar dah...semoga jadi anak soleh dan berbakti kepada ibu bapa, agam dan negara.. :)
ReplyDeletealhamdulilah, happy birthday to firas.
ReplyDeletesemoga sentiasa sihat-sihat selalu ye sayang.
amin.
Sima,
ReplyDeletemekasih atas doamu...AMIN
rose,
ReplyDeletetula kan...kejap sgt 1 thn tu berlalu...mekasih for the wish
mizah,
ReplyDeletememang kejap sgt....mekasih ye atas doa mizah
lin,
ReplyDeletethanks....AMIN
mama shifa,
ReplyDeletecepat je kan...nanti tup2 dah jadi anak bujang laks
yus,
ReplyDeletemekasih yus..leh kawan ngan arif nanti