My 1st Ever Puding Trifle

Dah lama sebenarnya teringin nak buat puding trifle nih...tapi memandangkan fridge sedia ada kat rumah ni dah lamaaaa rosak (yep right!dah berbulan kami hidup tanpa fridge termasuklah bulan puasa nih...huhu)...makanya, tak tertunailah hasrat di hati (eceh...pinjam kak InaKL punya tagline kejap)

alkisahnya, serasa amat perlu ada sebijik fridge di rumah ditambah hubby pulak cakap eloklah beli sekarang daripada tunggu rumah baru siap baru nak beli semuanya serentak...mau fengsannn nak cekau kuar duit.....

so last Saturday bermulalah misi mencari fridge.....dari Station 18 Ipoh jenuh la mengatur kedai elektrik yang ada....Sen Heng, Courts Mammoth, Aeon, kedai2 elektrik biasa.....semuanya tak berapa berkenan dan kami tak sependapat....I want a wideeeee fridge....yang ala2 boleh masuk 2 orang dewasa dalam tuh....lapang mata memandang....tapi hubby pulak suka yg glass door......kami sellau camni...susah nak sependapat.......I pentingkan keluasan (rupa fridge tak kesah)....hubby pulak nakkan fridge yang cantik dan mudah dijaga (lambat/tak karat tapi kecik ke besar ke takpe)

then, teruskan perjalanan ke Batu Gajah, Ayer Tawar dan finally, Manjung!!! Menariknya, 3 kedai Sen Heng yang kami pegi menawarkan harga dan promosi yang berbeza2......dan kedai Sen Heng terakhir yang kami pegi price difference antara 2 kedai lagi bagi fridge yang hubby berkenan hampir lebih 2k!!!terus kensel dan menapak ke kedai HLK di depan kedainya....pekerja kedai dah tutup sebelah pintunya tapi hubby request nak masuk jugak......dan memang rezeki kami....harga jauh lebih murah dari semua kedai yang kami dah pegi.....dan FREE DELIVERY berbanding kedai2 lain yang charge delivery between RM10 hingga RM50.....alhamdulillah......settle bayar dan terus balik umah tunggu fridge dihantar esoknya

Bila dah lama xde fridge, tak reti pulak rasanya apa yang nak disimpan di dalamnya.....dahle fridge sebelumnya yang dah rosak tu kecik je...1 pintu...so bila dapat fridge besar cam blurrr kejap haha....maka kemudian bermulalah proses memasak puding trifle nih....senang banget rupanya nak buat puding nih.....dah le senang dimasak....sedapssss lak tuh....anak2 pun sukerrr


~Susunan gambar diupload secara terbalik pulak...gambar terakhir kat atas...dituruti yang awal di bawah....layan jelah...malas nak edit dah~



Haiqal tengah menikmati puding trifle di pagi hari sebelum g sekolah

siap mintak tambah lagikamacam....terliur tak???


dah tinggal suku...anak2 masing2 bawak bekal ke sekolah

puding baru dimasukkan dalam fridge untuk proses penyejukan...tapi ada budak sudah sibuk....paling kelakar bila dia asek duk cakap 'wowwww'.....'wowwww'......tunjuk dalam fridge...almaklumlah, rumah nih dah berbulan takde fridge sampai dia naik pelik...sian awak Firas





bahagian bawah puding....lapisan swiss roll

tak berapa nampak lak lapisan swiss roll dari sisi

pandangan dari atas


Comments

  1. Sedapnya. Mana gambar fridge nya kak. Nak gak tgk...hehehe busy body...

    ReplyDelete
  2. fiza,

    aah memang sedap je kan bila masuk dlm tekak....ala....takyah le tgk firdge akak...malooo jek huhu

    ReplyDelete
  3. mesti sedap ni..sampai anak2 buka peti sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  4. MamaEma...

    tak tipu mmg sedap la kat tekak akak....yg penting.....senang banget nak buat puding nih hihi

    ReplyDelete
  5. wow sebab puding ke sebab fridge baru tu firas?...hihi.

    Yus dulu pun selalu buat puding triffle ni, laa ni lama juga dah tak buat, anak2 suka dua bahagian bawah je, yg atas sekali mereka kurang suka...huhu, pelik kan.

    ReplyDelete
  6. yus,

    dia x herankan puding tu pun sbb tinggi dari dia haha...yg dia geramkan air kotak soya tuh...siap nak geget bukak ngan gigi lagik huhu

    uiks...part jeli tu diorang x suker ek?anak2 akak mmg suka sangat makan jeli...klu buat jeli gitu je pastu curah susu pekat...perghhh...dengan anak dengan umi berebut2 haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts