Sy sedar saya hanya seorang penyewa....tapi...

Sebenarnya, dah lama bersarang di hati ni....tapi dipendamkan aje
Kisahnya begini:

Sy sekarang menyewa di sebuah rumah....dah lebih 5 tahun menyewa
Sy takde masalah dengan tuan rumah-Pakcik P (yang menetap di KL tapi kampungnya di sini)
Di halaman depan(dalam kawasan rumah saya) rumah ada sepohon pokok mangga(ditanam oleh tuan rumah)
Sewaktu sy mula pindah masuk ke rumah ni, pokok mangga ni masih kecil dan belum berbunga
Setelah setahun dua tinggal di sini, barulah pokok mangga tersebut mula berbunga dan berbuah

Sejak setahun yang lepas, sepupu tuan rumah-Pakcik A telah berpindah ke sini dari KL dan menetap di rumah yang terletak selang sebuah dari rumah sy

Once in a while, tuan rumah akan datang menjenguk dan akan mengambil buah mangga di rumah sy
Sejujurnya, sy tiada masalah di situ dan dengan senang hati memberi beg plastik untuk diletakkan mangga2 yang dikumpul

Rentetan masalah sy di sini:

-Pertama, ada gathering sedara mara Pakcik A dan mereka tinggal di homestay yg terletak di sebelah rumah sy. Dengan selambanya, mereka telah masuk ke kawasan rumah sy tanpa izin dan memanjat pokok mangga tersebut dan mengambil mangga2 tersebut berbaldi2 banyaknya. Dan amat memalukan bila sy melihat makcik2 berbaju kurung memanjat pokok mangga tersebut tanpa segan silu.Bertaburan bersepahan ranting2 dan daun-daun pokok sesudah kejadian namun, tak ada pulak yang rajin nak menyapu sebagaimana rajinnya mereka memanjat pokok tersebut

-Kedua, kejadian adalah 2 minggu lepas. Anak kepada Pakcik A(dari KL) datang membawa baldi dan galah mengatakan beliau nak amik buah mangga lalu terus saja mengait dan memanjat pokok mangga tersebut(Bukannya minta izin nak amik buah tapi it was a statement pemberitahuan).

-Ketiga, dan semalam, my eldest daughter bgtau yang Pakcik A sendiri telah datang senyap2 membawa galah dan baldi mengait buah mangga dari luar pagar dan kemudiannya masuk ke kawasan dalam rumah sy untuk mengambil buah mangga, SEMASA KETIADAAN SY DI RUMAH (dan anak dara sy pula berada di dalam rumah!!!)

Sy sedar saya hanyalah seorang penyewa rumah tersebut....sy bukanlah tuan punya rumah tersebut.....tapi,tidakkah sy juga mempunyai hak-hak privasi sy sendiri sebagai seorang penyewa?

*segeralah siap dear my home sweet home...tak sabar nak pindah segera*

Sy sangat emo hari ni....sekian 


Comments

  1. sabar ya kak ina. Siapa yang tanam pokok mangga tu. Mungkin sebab mereka yang tanam, jadi itu di jadikan alasan untuk mereka suka2 hati mengambil buah mangga tu bila mereka nak. Yus doakan rumah akak cepat siap, jangan emo2 ya kak ina.

    ReplyDelete
  2. yus,

    yang tanam tu tuan rumah....mslhnya, yg sedara dia pulak hover2 macam pokok dia pulak...huhu

    ReplyDelete
  3. tudiaaaaaaaaaaaa... dia ingat kita hadap sangat ngan buah mangga dia kan.. mentang2 la menyewa.. dia fikir org menyewa ni tak boleh bagi muka ke? respect ler sket kan.. hmmmm.. hover gak ni..

    ReplyDelete
  4. Hmmm... susah juga bila jadi macam tu kan? Belum lagi tuan rumah mati, sedara-mara dah sibuk tunjuk 'kuasa'. :(

    ReplyDelete
  5. Jassnani,

    tula pasal....seolah2 macam takut kita makan semuanya.....tapi nak amik tu biarlah beradab, janganlah main redah je seolah2 kita duduk situ free jek

    ReplyDelete
  6. kakcik,

    tulah yang pelik tu....hidup kita ni beradat...beradab...apa salahnya berbahasa sikit...x luak pun

    ReplyDelete
  7. ya Allah, malunye dgn sikap makcik2 pakcik2 yang macam tu! sanggup panjat pagar semata2 nak buah mangga?
    apa kes?!

    sabar la byk2 kak..

    ReplyDelete
  8. Nad,

    memang akak sabar jela....but at the same time duk pikir...sampai bila le diorang nak macam ni...isk...

    ReplyDelete
  9. semoga rumah baru kak ina cepat settle semuanya. then boleh duduk dgn tenang dan gembira.
    amin amin amin.

    ReplyDelete
  10. Sabar yer..Tapi kalau dina kat tempat Ina pun memang hangin jugak.pokok tu tuan rumah yg tanam kan??Tapi sekarang ni sepupu tuan rumah pulak yang buat cam harta dia.Ok.Fine sebab sepupu tapi kalau dah mengganggu privacy kita as penyewa tak boleh la.Cuba slow talk dengan tuan rumah kot2 dia boleh sampaikan kat sepupu dia

    ReplyDelete
  11. Lin,

    Aminnnnnn...tak sabau dah rasanya

    ReplyDelete
  12. rDnA,

    tula pasal...klu tuan umah yg beriya nak amik buah2 tu mmg x kisah pun...tapi nih sepupu dan angkatan2 dia yg x habis2 duk datang ngambik...klu sekali takpela...ini dah berkali2...

    ReplyDelete
  13. kak Azie,

    ntahla camne nak slow talk...takut org salah faham pulak niat kita

    ReplyDelete
  14. sabarlah kak..... faham rasanya sebab munna pun penyewa....

    ReplyDelete
  15. Macam tu la nasib penyewa ni kan. Ummi dulu pernah juga menyewa dan rumah yang disewa tu nak dijual, kejap2 ada orang tengok rumah, bila dah jadi beli, siap ajak sedara mara pula tengok rumah yang bakal dibelinya, memang tension betul masa tu, terasa macam rumah dan privasi kita dicerobohi, sabar ye ina, nanti sama2 kita duduk rumah baru kita punya, yehaa!!, hehehe..

    ReplyDelete
  16. munna,

    tula kan.....kita faham perasaan masing2....tp b4 this pun penah menyewa beberapa rumah waktu kat KL dolu2...tak penah pulak jadi macam nih

    ReplyDelete
  17. kak ummiross,

    aah kak...tak sabar nak masuk umah sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts