Contest jom Main Air Bersama

Contest oleh my ol' fren kakyong aka bib:




Nama si kecil : Alysha Iman
Tarikh lahir: 08 November 2007
Nama ibu : Hezlina
Lokasi gambar diambil: Pool di Glory Beach Resort, PD

Foto ni diambil waktu kami sekeluarga bercuti di Port Dickson pada bulan Januari yang lepas...waktu ni Alysha dah berusia 1 tahun 2 bulan...tapi percaya atau tidak...Ummi memang tak pernah bagi Alysha main air kat pool @ air terjun sehinggalah saat foto ni diambil...entah kenapa...Ummi jadi sangat protective dengan anak bongsu Ummi ni..takut itula...takut ini la...haishhh..macam² la Ummi nih... Masa memula nak masukkan Alysha kat dalam air tuh, cuak jugak nak tengok reaction dia..sama ada dia nangis ke...suka ke...once Ummi masukkan je kat dalam pool...dia heran kejap tengok air banyak di sekeliling dia...then, tak sampai 5 minit...dah ketawa riang...tambahan pulak ada si Kakak dan Abang yang amat rajin dan suka main air bersama adik kesayangan dia nih...


Tips menarik minat si kecil bermain air:

-biasanya baby baru lahir dimandikan dengan air suam kan...memang elok..tapi once habis pantang je, perkenalkan perlahan-lahan dengan mandian air dingin dari paip/shower

-sekali-sekala, ibu @ bapa mandi bersama anak² di dalam bilik air (bagi anak-anak yg masih kecil ya)...dan yang jangan didedahkan aurat pada anak² pula ya...mandi bersama ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang anak kepada ibu bapa

-sewaktu si kecil bermain air di dalam bath tub nya, letakkan mainan yang sesuai bersamanya seperti yellow rubber duck


-jika bermain air di pool, bawa bola bersama supaya dapat melekakan si kecil bermain air



Tips keselamatan bermain air



-jangan biarkan anak²kecil anda bermain air/mandi sendirian (dah terlalu banyak kes anak kecil yang x diingini berlaku)

-pastikan si kecil bermain air di bawah pengawasaan
sekurang²nya seorang dewasa

-jangan dibiarkan anak bermain air pada waktu cuaca sejuk @ hari hujan...dikhuatiri boleh terkena demam, selsema atau seumpamanya pula

-jangan dibiarkan bermain air terlalu lama...juga dikhuatiri boleh terkena demam, selsema atau seumpamanya -jika bermain air di pool, pastikan anak memakai pakaian renang yang sesuai..dan WAJIB menggunakan pelampung badan atau pelampung tangan walau bermain di pool kanak²

Hadiah² adalah ditaja oleh :


link tudungmudahpakai







Comments

  1. hez,
    link x de utk semua banner.. sila letakkan ya..

    btw, i Up kan 1 foto yg 1st.. nampak wajah alysha yg ceria..

    ReplyDelete
  2. bib,
    dah letakkan link penaja...kira pass dah la ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts