Of my weekend
Weekend kali ini sangat2 memenatkan
Sabtu
hari Sabtu baru ni anak2 hero berdua tu ada sekolah ganti(sempena cuti panjang CNY aritu)
so, pepagi bangun macam biasa kejutkan diorang bersiap ke sekolah
bekalkan sosej & karipap segera
lepas hantar diorang ke sekolah
me, hubby & Alysha terus ke tasik U*P untuk berjogging di sekeliling tasik
nyaman terasa bila berjogging pepagi mengelilingi tasik
berhenti 1x untuk menjenguk ikan2 kelaparan kat dalam tasik
dan sekali lagi berhenti untuk perhatikan orang tengah bagi ikan makan roti
berebut2 ikan makan
habis jogging, makan tosai +teh o panas kat restoran sambil tapau bfes untuk Kakak di rumah
balik rumah, kami berdua mengemas di luar rumah, sapu daun kering, cabut rumput rampai, sapu porch etc
kemudian bersiap2 dan bertolak ke Ipoh
sebab hubby nak ke HSBC Ipoh
dah settle urusan di Ipoh
terus ke Tesco Station 18 nak beli groceries
sempat tengok progress Jusco Station 18(sebelah Tesco)
wah dah nak siap...
the biggest Jusco in Msia!!!
elok je masuk entrance Tesco
nampak orang tengah berebut2 grab something
walla!!! macam tau2 je kami nak borong stok susu Firas untuk sebulan
ada promo susu Enfagrow 1+ =RM86++ jekkkk
dan tiap tin 1.7kg tu ada mainan percuma
tak pernah dapat harga serendah ni...terus rembat 3 tin
dah settle shopping habis dekat Rm400
singgah Nagoya kejap
rembat kain 2 pasang, nak buat baju kurung kerja
balik ambil anak kat sekolah
rehat2 kejap sambil cuci baju 2 loads
makan ringan2 for lunch
then hubby ajak early dine out
pukul 6pm dah makan
malamnya ke TF Bt Gajah pulak
sabun Dynamo promo price RM18++ rembat sebotol
beli buah kiwi 3 pack...kat sini memang buah2 banyak dan fresh2 compared to Tesco
terbang lagi RM200
balik umah,tukarkan baju & diapers Firas
kasi makan ubat kahak,asma & antibiotik
kasi susu & tidokan dia
around jam 12pm camtu
dia batuk batuk batuk
muntahkan balik susu semua dengan mata terpejam
nasib baiklah dah ready alas tempat dia dengan kain batik
(malam sebelumnya pun dia batuk dan muntah habis cadar)
so just tukar baju dia dan alas kain batik tu aje
Ahad
pepagi kuar gi Tesco nak beli bahan nak masak
hubby nak cari ikan patin
kat Tesco ikan patin tak fresh katanya
tapi beli ikan siakap sekor besar berat 1.5kg= RM15++ murahhh
lepas tu terus ke pasar tani Bt Gajah
dapat ikan patin sungai hidup sekilo RM10
balik masak siakap 3 rasa, asam pedas tumis ikan patin(requested by hubby), telur dadar, kobis goreng kicap while lala goreng belacan cooked by hubby
jam 1 pm, adik plumber datang repair bilik air & toilet yang macam tersumbat
then tukar kepala paip sinki & paip luar depan rumah
dan tambah 1 paip untuk washing machine kat luar
settle!
jam 3pm++ baru dapat lunch bersama
selesai lunch, sidai baju
pastu bancuh adunan untuk apam beras
pertama kali buat apam beras nih...eksaited sangat
then perap 3 jam
baru je nak landing badan sambil tengok DVD
dengar orang bagi salam
rupanya nice hubby dari Manjung datang bersama family dia dan juga parent dia dari Kedah
sembang2, pastu bawak diorang g tengok showhouse rumah yang dibeli then hubby ajak minum2 kat kedai mamak
b4 Maghrib diorang dah balik
mula mengukus apam lepas Maghrib
sonoknya bila jadi
memang tak melekat kat acuan pun
15 minit tiap kukusan
dapatle apam cenggini
but mine were of light orange colour
itu aje pewarna yang ada di dapur
I used this kind of mould
so dapatle 30 biji apam beras
*gambar semua hasil google'an since kamera sendiri masih tak dapat ditemui
eksaited sangat waktu berjaya siapkan semua pam2 cumil tuh
terus call my mom bagitau my achievement
(adoyai...dah nak masuk 40 tahun baru le dapat seru nak meng'apam')
yang bestnya, my mom pulak mintak resepi from me sebab her old recipe
kekadang jadik, kekadang x naik dan macam2 lagik
dan my mom pulak eksaited nak buat apam malam tadi since semua bahan2 ada katanya
haha
later last night, I felt sooo sooo exhausted
teramat2 sampai I burst into tears
waktu hubby minta tolong kemaskan almari baju Alysha
yang dah terjatuh2 bajunya dek ditarik dek Alysha waktu nak amik baju pas mandi
bukannya tak nak buat
but I was really exhausted
and need a break
a 15 mins break for me...
just for me alone nak luruskan pinggang kejap atas katil
(not to mention si Firas yang keep nagging around with me all day long)
sampai teresak2 jadinya
Firas pun kejap2 datang to check on me
tanpa sepatah kata, berlalu pergi
then datang balik, check lagi
agaknya dia pun heran tetiba Ummi dia burst camtuh huhu
hubby terus tak terkata apa2
dan mintak Kakak tolong kemaskan almari baju tu
then dia bawak Firas & Alysha kuar g fetch Haiqal dari kelas tuisyen
(dia jarang bawak Firas kuar without bringing me along...maybe, he's doing that to give me some space on my own)
si Adam pulak bila tengok me menangis & hubby kuar dengan Firas
terus datang offer his helping hand
siap cakap lagik 'Ayah dah bawak Firas keluar....Ummi rehat je...nah remote...Ummi relax tengok DVD tau'
I replied' camne nak rehat..baju belum iron lagi'
'takpe takpe...ummi cakap je baju mana nak iron, meh Adam ironkan' said my 10 year old boy
aduhai anak
dialah yang selalu buatkan I naik marah dalam rumah tu
tapi dia jugak le yang buatkan my heart melt
ya Allah.....kesat2 hingus....istighfar banyak2 kali
kumpul saki baki tenaga yang ada
terus g iron baju kerja & baju sekolah
dan siapkan beg neseri Firas
Adam pulak tolong kemaskan bilik
the best part, waktu Firas & Alysha dah tido
hubby offer nak urutkan belakang badan lepas ngadu back pain
lega rasanya lepas dapat massage
memang rasanya nak cari orang untuk berurut le pasnih
barulah selesa sikit badan
hemmm....dah lama tak berurut since urut pas bersalin si Firas in 2010 dulu!
dan after more than 1 week of having not a good night sleep due to anak2 tak sihat
(bangun malam untuk suapkan ubat demam or masukkan ubat demam suppository ikut montot or bagi Firas sedut inhaler ikut aerochamber or tukar cadar n baju Firas sebab muntah or basahkan kepala Firas to reduce his body temp)...
malam tadi dapat tido dengan aman sebab Firas dah dapat minum susu tanpa terbatuk dan termuntah...alhamdulillah
(bangun malam untuk suapkan ubat demam or masukkan ubat demam suppository ikut montot or bagi Firas sedut inhaler ikut aerochamber or tukar cadar n baju Firas sebab muntah or basahkan kepala Firas to reduce his body temp)...
malam tadi dapat tido dengan aman sebab Firas dah dapat minum susu tanpa terbatuk dan termuntah...alhamdulillah
*photos-credit to Google
akak, sabtu ahad memang packed kan bila kat rumah.
ReplyDeleteakak, bagusnya adam nak offer iron baju...kalau allysha tak pandai lagi fikir mcm adam, padahal sebaya tu dgn adam.....rasa nak nangis baca blog akak...pandainya adam:)
kak ina, sebulan sekali mesti ngurut kak...hilangkan stress & angin2 dlm bdn....trylah kak ambik masa utk belai diri sendiri:)
take care akak.....:)
Mieja...
ReplyDeletetulah pasal...Adam ni kekadang sentimentol sket haha
pasal belai diri...dulu wktu ada maid mmg sll g massage or facial...sekarang ni nan hado...padahal, ada 1 lagi sesi facial dah dibayar tapi x dpt cari masa nak pegi lagi...dah setahun dah berlalu tp x dpt nak cari masa especially on weekends
List yang panjang nampaknya. Tapi its ok kan... on ending by massage tu kan
ReplyDeletekak Azie...
Deleteaah list yg panjang menunjukkan betapa sibuknya weekend Ina....berakhir dgn massage tu oklah...kuranglah sket keletihan yg ditanggung
itulah kan kak. bila weekend mesti sibuk sahaja. fenat.
ReplyDeletemmg sebenarnya menangis ada terbaek untuk luahkan rasa di hati yg sudah tidak tertanggung.
lin,
Deleteaah dear....lepas menangis baru rasa lega