Marilah beramal di bulan Ramadhan

Ummi dapat emel ni again melalui annur yahoogroup yg Ummi sertai...marilah kita sama-sama membantu menyumbang bagi membina sebuah maahad & surau...demikian bunyi emelnya:

"Salam

Maahad Tahfiz dan Tarbiyyah Surau al-Amirin B.B.Bangi masih giat dibangunkan dan dijangka dapat beroperasi tahun depan

Terima kasih kepada penyumbang-penyumba ng yang telah membolehkan kerja-kerja foundation dan dinding selamat dijalankan. Semoga Allah menjadikan ia dinding saudara-saudari yang dermawan dari api neraka. Amin

Bahagian atap, bumbung dan keperluan penginapan pelajar tahfiz al-quran, direservekan untuk dermawan sempena bulan Ramadan, saat di mana al-Rasul paling dermawan. Pembangunan atap dan bumbung sekolah akan disiapkan sepanjang bulan Ramadan . Kelengkapan dalaman seperti katil, kerusi meja, carpet juga akan disiapkan secepat mungkin. Segala sumbangan amatlah di alu-alukan. Sumbangan boleh diberi terus kepada :

a. Dr Hj. Mohd Isa B. Hamzah tel: 0183705400 (Pengerusi Surau)

b. Dr Asmadi B. Yusof tel: 0123211667 (Pengerusi Maahad)

c. Mejar Hj Ahmad B. Hj Ismail tel: 0192791789 (Pengurus Projek)



Sumbangan boleh diberi secara tunai atau secara e-bank ke dalam akaun Tetuan AJK Surau 4/9 BBB dan no akaun ialah 12029010031379 Bank Islam Malaysia. Sekiranya ingin mengunakan cek sila tulis atas nama ‘Tetuan AJK Surau 4/9 BBB’. Manakala sumbangan berbentuk bahan binaan bolehlah dihantar terus ke Surau Al-Amirin Jalan 4/9C, 43650, B.B.Bangi, Selangor.

Semoga Allah mengurniakan atap dan bumbung kepada saudara-dan saudari yang dermawan pada hari yang sangat azab kepanasannya iaitu hari mahsyar.

Dr Hj Mohd Isa Hamzah

Pengerusi Surau Al-Amirin dan Pengerusi Penduduk 4/9 BBB

Dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata : "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus”

Dari Aisyah radhiallahu 'anha : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta. "

Comments

  1. TQ 4 d sharing..
    salam ramdahn...semoga ibadah kite diterimaNYA..amin..

    ReplyDelete
  2. Dalia

    yeah...sama²lah kita beramal ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts