Prewash baju baby & gelagat Alysha


Hari Ahad lepas, Ummi kuarkan sumer baju baby dari storage box, gunting sumer price tag and then masuk dalam laundry bag nak dicuci. Si Alysha lak datang menyibuk. Dibelek-belek satu-satu baju baby sambil mulut rancak sebut 'NI BAJU BABY...NI BAJU BABY'. Diambil satu baju baby nak cuba pakai, tapi since dia lom pandai unbutton kan baju tuh, diletaknya balik. Then, diambilnya pulak suar baby sambil cakap 'ALYSA NAK PAKAI LA'(she's still pronouncing herself as Alysa)...Ummi biarkan aje sambil nak tengok reaksi dia. Dia buka suar dia n nak buka CD dia. Ummi cakap xyah buka CD, nanti busuk suar baby. So, dia x jadi buka suar dia. Dia terus sarungkan suar baby tu sambil cakap kat Ummi 'UMMI...TENGOK NI!KECIKKK'...Ummi pun tergelak-gelak le kat dia sambil cakap 'SUAR BABY KECIK LA YANG'. Sambil Ummi duk gunting price tag baju-baju tu, dia pun gigih mencuba lepas satu-satu suar baby..

Bila Ummi nak masukkan dalam WM, dia pun nak sibuk suruh Ummi dukung dia sebab nak tengok Ummi basuh. Bila dah dukung, kemain seronok lagi dia.

Hari Isnin pulak, Ummi prewash barut, bedung, nappy cloths & towel baby pulak. Memula dia nakkan kain lampin tu sebab dia cakap cantikkk. Then Ummi distract dia ke activity lain, sib baik dia terus terlupa pasal nappy tuh.

Syukur Ummi sebab dia tau tu sumer barang baby dan dia x claim as dia punya.. EXCEPT for one thing:
.
.
.
.
.
.
.




sebabnya :

dia berkenan sangat ngan character POOH yang ada kat setiap bahagian pack Mamy Poko tuh...asek duk cakap 'NAK POOH...NAK POOH'..adehhh...jenuh le nak explain kat dia...end up, waktu g TF hari Ahad tu, kekunun nak cari plush toy Pooh kat dia tapi xde pulak..yang ada train set Disney ada gambar Pooh kat luar...so, terubat le keterujaan dia kat Pooh...phew!!


Comments

  1. kak, akak xde mana2 chat room cam Ym ke FB ker?

    ReplyDelete
  2. Intan,

    id ym akak : hezlinahashim
    FB lak : Ina Hashim or if by email : hezlinahashim@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. alahai..alysha mcm tidak sbar nak ada adik kan...

    sama cam haziq tu...

    ReplyDelete
  4. lin,

    betul tu lin...cumanya...akak risau sbb dia makin menjadi2 manjanya ngan akak :(

    ReplyDelete
  5. hahahaaha so cute..
    manja tak buat perangai takpe kak... si arissa makin kuat meragam lately.. taknak ngan orang lain.. nak bergayut kat leher baju mama je. rimas btol!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts