Tragedi 09 April

Malang tidak berbau


hari Sabtu tanggal 09 April 2011

jam 11.35am

hubby baru je kuarkan kereta dari porch

Ummi tgh. check rumah b4 bertolak kuar untuk percutian kami

tetiba dengar bunyi bising² kat luar

nampak hubby berlari ke sana-sini dekat ngan surau kat depan rumah

nampak muka dia cemas sangat


Ummi pun panik

'kenapa nih' bisik hati Ummi

ada pencuri ke?ada binatang buas ke?

itu yang ada dalam kepala Ummi

tetiba anak(tak ingat sape dah) tunjuk asap kecil kat surau

hubby duk jerit mintak pertolongan

ya Allah!!!!!!!!!

asap dari surau...surau terbakar????!!!!


Ummi tanya hubby, nak call bomba tak?

dia angguk

by this time dah ada sorang jiran

selang 5 buah rumah yang Ummi tak kenal

dah datang bawak hos air & baldi

Ummi nak call bomba

confuse lak nombor mana nak pakai

999 ke?991 ke?911 ke?

dalam kalut tuh, Ummi dail jek 911

alhamdulillah dapat

aduan diterima around jam 11.45am


asap makin banyak

Ummi pindahkan kereta jauh dari situ

sebab rumah kami betul² berdepan dengan surau

takut pulak kalo tong gas kat dalam surau tu meletup


Ummi lari ke surau semula cari hubby

risaukan dia pulak

sebab asap makin tebal

hati dah rasa nak nangis dah time nih

alhamdulillah...nampak hubby kat luar surau tengah curah² air pakai baldi

tekanan air rendah...nak guna paip air xleh


Ummi duk je kat padang

dengan harapan cepat² la bomba sampai

angin makin kuat bertiup

asal dari asap kecil dah marak jadi api besar

ya Allah...ya Allah...kau selamatkanlah surau kami

itu je yang Ummi duk ulangkali ucapkan

dah jam 12 lebih

bomba tak sampai² jugak

api dah sangat besar

Ummi dah tak dapat tahan sebak

tanpa disedari

berjurai² air mata keluar

sampai tersedu-sedan dibuatnya

sedih tak tahu nak cakap

sebab tak dapat nak selamatkan surau

dan terkilan sebab bomba lambat sampai


dalam tangis Ummi call 911 lagi sekali

kali ni suara marah dalam sedih

dorang passkan pada balai bomba ipoh

Ummi tanya

,'mana bomba nih?surau dah habis terbakar.balai bomba seri iskandar bukannya jauh.kenapa dah dekat sejam pun tak sampai² lagi nih????'


sambil bercakap sambil Ummi menangis


pegawai bomba tu cakap,

'cik..bertenang cik...jentera bomba di seri iskandar rosak.jadi,kami dah maklumkan kes ni ke balai bomba parit.dah dalam perjalanan.'


Ummi,

'tolonglah cepat.saya risau kalo merebak ke sekolah agama rakyat kat sebelah surau tu pulak.tolonglah cepat' time ni dah tersedu-sedan semula


pegawai bomba,

'sabar cik sabar. mintak orang azankan. kita berserah pada Allah ye.'


bila dia cakap macam tu, Ummi tenang sikit.at the same time, ada sorang pakcik ni tengah azan. b4 that dah ada someone azan. but this time around Ummi rasa syahdu je, mendayu² je pakcik tu azankan. dan kuasa Allah...api yang tengah marak tu tetiba makin mengecil dan mengecil...SUBHANALLAH...


dalam pukul 12.30 barulah kereta bomba parit sampai. well done to them. memang tangkas dorang buat keje. kagum dengan sorang ahli bomba tu sebab nampak dah penuh beruban tapi amat cekap dan tangkas. api berjaya dipadamkan dan tak sempat merebak ke sek. agama...syukur


rupanya,

waktu memula Ayah nampak asap kecil tu

ada 2 orang budak berlari keluar dari surau

diorang main mancis kat situ

dan salah sorang tu campakkan mancis ke bhg. stor surau

budak tuh memang Ummi dah lama blacklist

tak kasi Haiqal kawan dengan dia (sama umo & sekolah ngan Haiqal)

sebab Ummi kurang berkenan ngan perangai dia tu

panjang la cerita dia

dengarnya budak tu dah tak pegi sekolah since hari kejadian

dan dengarnya dia dah tukar sekolah terus

isk...


since Ayah yang memula nampak kebakaran tu

ketua polis s. iskandar mintak Ayah g buat report kat balai

dah kene ke balai pulak

maka, lewatlah kami tiba ke destinasi percutian kami tu


jom tengok gambar




waktu api tengah marak...dan Ummi dah 2x call bomba



api bermula dari bahagian kiri(stor)
tiada apa mampu dilakukan..hanya mampu melihat dan berdoa



papparazzis




umah kami next to umah yang ada van tu


musnah





bomba dah sampai

nasib baik pili bomba hanya kat depan umah Ummi je


dah ramai² pulak duk ngekor ahli bomba masuk padam api kat dalam

yang tinggal




jentolak tengah robohkan tinggalan surau yang terbakar


insyaAllah, dana tengah dikumpul untuk bangunkan surau yang baru


Comments

  1. Ya Allah kak ina. Baca cerita kak ina, part yg kak ina nangis tu, yus pun sedih sama...

    Alhamdulillah kebakarannya tidak merebak ke sekolah tu ya.

    Moga dapat kumpulkan dana segera untuk bina surau yang baru...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...
    Moga Allah permudahkan baik pulih surau tuu
    huuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..sedihnya!!
    sedih sgt2

    mana mak pak budak tu?
    patutnya kene tampil bg kata2 maaf
    jgn dibiarkan camni
    budak tu lagi naik lemak karang...
    Ya Allah...

    ReplyDelete
  4. Wah...mamarazzi terbaek...

    InsyaAllah, kelak Allah akan gantikan surau tu dengan surau baru yang lebih besar dan selesa....amin.

    ReplyDelete
  5. semoga ALLAH permudahkan untuk dapat segera kumpul dana untuk bina surau baru yang lebih bagus.
    ;))

    ReplyDelete
  6. ya Allah..berjurai air mata sy baca ni kak..pilu sunggoh tgk rumah Allah terbakar camtu dek kerana budak nakal! gerammnye!!

    subhanallah..hebatnya kuasa azan kan kak..moga surau kawasan akak tu cepat dpt dana n bila surau lagi cantik..:-)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah takde kemalangan nyawa.

    dulu anak jiran saya pernah bakar kasut kami yang letak sebelah pagar rumah dia. mmg kurang asam betul. mana tah dia dpt mancis, pastu pandai2 nak bakar2 harta org. kalau ikut hati, mmg saya nak bagi penampar je.. nasib kasut je.. buatnya merebak ke rumah.

    ReplyDelete
  8. asrama sekolah kami pernah terlibat dlm kebakaran. asrama tu sblh je ngn surau. ade ustaz azankan, alhamdulillah, api tak sampai ke surau...

    ReplyDelete
  9. naik bulu roma kita baca..samala kita pun ada experience umah terbakar..jiran kita plak tu..selang 2 buah rumah aja... memang takut sesagttt

    memang nagis takut spa2 ada kt dlm lagi

    ReplyDelete
  10. ya allah kak ina..mengalir air mata tgk :(:( ishhhh bdk2 tu umur brp? pandai main mancis dlm surau:(:(

    ReplyDelete
  11. ish,bahaya betul budak2 tu..sib baik tak apa2 kan

    ReplyDelete
  12. Astagfirullah...

    Tak apa..setiap yg Allah ambil..pasti digantikan dengan lebih baik..aminnn

    ReplyDelete
  13. yus,

    sedih sbb surau nih mmg aktif dan tiap kali masuk waktu mmg ramai yg dtg berjemaah

    umie aeisya,

    alhamdulillah..mmg murah rezeki...byk kutipan diterima

    ReplyDelete
  14. Nad,

    tulah...parent budak tuh leh senyap sunyi terus

    Asu,
    haha mamarazzi ye...insyaALlah...dapat surau yg lebih selesa untuk semua kariah

    ReplyDelete
  15. lin,

    aah...b4 dorang mintak derma lagik dah ramai tampil bagi sumbangan...alhamdulillah

    rose,
    tulah...budak dah umo 11 tahun, bukannya budak kecik...dan parent dia leh senyap gitu je

    ReplyDelete
  16. ummi/tie,

    mmgla kasut,tapi apsal x bakar kasut kt umah dia lak kan kalo dipikir2...isk

    Ashanas,

    mmg seriau rasanya bab kebakaran nih..trauma wehh

    ReplyDelete
  17. amiey lee,

    ada experience gak ye?mmg horror kan bila dipikirkan balik...

    mieja,

    budak dah besar pun..tahun depan upsr dahhh

    ReplyDelete
  18. Ila...Della...

    mmglah kan budak2...tapi parent kene le pikul tanggungjawab untuk apologize..or sumbangkan tenaga tolong apa yg patut..ini diam jek

    ReplyDelete
  19. cik ina, dkt sklh dh kutip dana dh, dpt dlm RM 800.

    ReplyDelete
  20. aisyah,

    alhamdulillah...murah rezeki, byk dapat sumbangan...kat u*p ni pun dorang buat collection jugak

    ReplyDelete
  21. sedihnya... mengalir pulak airmata..

    anak sapa lah tu.. nakal tak bertempat , mujur takde nyawa yg terkorban...

    I pun kalo budak terlalu nakal ni, tak bagi fikri berkawan... jenuh la nak psiko fikri..

    ReplyDelete
  22. bib,

    tula kene gak tau ngan sape anak kita berkawan ni..bukannya apa,takut terpengaruh bende bukan2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts