Merangkak atas landasan

Ya Allah...sedeynya bila baca berita ni kat suratkhabar Utusan Malaysia tadi...bile check kat hmetro.com.my pun ada....camnela perasaan parent kanak2 ni bila balik dari jauh nak tengok anak, tapi anak dah 'takde'....sob...sob

Merangkak atas landasan

Oleh Mohd Fakri Awang Laham@hmetro.com.my


MACHANG: Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan yang baru pandai berjalan mati dilanggar kereta api selepas dia bertatih keluar dari rumah datuknya dan merangkak ke landasan kereta api kira-kira 40 meter dari rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohamad Adam Mukhriz, anak sulung daripada tiga beradik itu dikatakan tercampak kira-kira 10 meter dari landasan selepas dilanggar. Mangsa berada dalam jagaan datuk dan neneknya dan mereka tidak menyedari kanak-kanak berkenaan keluar dari rumah. Datuknya, Mahmud Mat Daud, 58, berkata, biasanya Adam bangun agak lewat, namun semalam dia bangun awal dan menuju ke landasan kereta api tanpa disedari sesiapa. “Saya dan isteri yang ketika itu berada di luar rumah, langsung tidak perasan kelibat Mohamad Adam. Saya dan isteri hanya tersedar dia tiada di dalam rumah apabila mendengar bunyi hon kereta api. “Isteri saya cuba menyelamatkan Mohamad Adam, namun tidak sempat,” katanya yang menjaga Mohd Adam kira-kira dua bulan lalu selepas mendapat kebenaran daripada menantunya. Bapa kanak-kanak itu, Mohd Afif Jaafar, 27, berkata, tiga hari lalu, dia bermimpi cedera parah di kepala dan mati akibat terbabit kemalangan dan mimpi itu berulang selama tiga hari. “Saya sangka mimpi itu hanya mainan tidur, tapi rupa-rupanya ia petanda anak sulung akan pergi buat selama-lamanya,” katanya. Menurut Mohd Afif yang menetap di Marang, Terengganu, selepas mengalami mimpi aneh itu, dia berasa tidak sedap hati dan memutuskan pulang ke kampung petang kelmarin selepas memohon cuti dua hari untuk menjenguk Mohd Adam.


“Bagaimanapun, hasrat untuk melihat anak tak kesampaian selepas dihubungi seorang saudara kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) mengenai kemalangan itu,” kata pekerja syarikat swasta itu ketika ditemui di Hospital Machang, semalam. Sementara itu, Pengurus Keretapi Tanah Melayu (KTM) Wilayah Timur, Ibrahim Sulaiman berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan kereta api Tren Ekspres Senandung Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.


“Kereta api itu melanggar kanak-kanak berkenaan di landasan kereta api di Kampung Sungai Bedal selepas dia secara tiba-tiba muncul di landasan. Kini, kami bekerjasama dengan polis menyiasat kes ini,” katanya. Ketua Bahagian Pengurusan Polis (KBPD) Machang, Asisten Superintendan Loo Lian Lay ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. “Mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan muka selepas tercampak kira-kira 10 meter. Mangsa dilanggar kereta api di KM457.5, Kampung Sungai Bedal, Temangan, pagi ini (semalam),” katany








Comments

  1. astagfirullahalazim...

    nauzubillah...siannye anak...

    =(

    ReplyDelete
  2. kakkkk takutnya...nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. innalillah ...

    mungkin dekat betul landasan keretapi tu dgn rumah mereka ya...

    ReplyDelete
  4. waaaa... sedihnya..

    pasni trauma nak letak anak kat umah parents dah.. 40meter rasanya takde la dekat sgt. aiyooo...

    kat mane2 ada kemalangan :(

    ReplyDelete
  5. rose

    nauzubillahiminzalik....mmg ngeri...dan sedeyyy

    ReplyDelete
  6. sz,

    aah mungkin dekat...dan memang dah ajal...tapi, bila atas kecuaian manusia..mmg ralat

    ReplyDelete
  7. Sima

    40 meter dekat gak tuh...kat mana2 pun, yg penting mmg sentiasa kene beringat n berhati2

    ReplyDelete
  8. Ya Allah tak dapat bayangkan mcm mana perasaan ibu dia..

    memang sangat tragis. Kena berhati2 selalu kan dengan kelibat anak kecil ni..

    ReplyDelete
  9. ader baca gak tadi huhuhu..

    sedihnyer..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..sayunya hati ibu bapa..
    sedih..

    landasan keretapinya xde pagar ke nyer? pelik jugak..

    ReplyDelete
  11. hani baca kat metro yg ni,sebak masa baca,dah la tengah carikan taska/bs ainuddin ni..

    risau pun ade..sebab tu la,ibu2 semua..sentiasa la doakan semoga anak2 dlm lindungan Allah selalu..insyaAllah bende2 camni dapat dielakkan..

    tp kene ingat jugk,klau dah ajalnya,kene redhala..

    semoga anak2 kita sentiasa dilindungi Allah..amin...

    ReplyDelete
  12. yus,
    tula kita sebagai ibu kan...x dpt bygkan

    ReplyDelete
  13. Ummi Salsabila

    maybe umah datuk nenek dia dalam kawasan tu kut..sbb akak penah pegi kuarters KTM mmg belakang dapur tuh terus landasan keretapi...ngeri jek

    ReplyDelete
  14. hani

    memang kalo dah ajal kene redha..cuma cara kematian tu yang buat sedey

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts