Dilema lagi

Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba-hambanya


dan kali ini Ummi diduga lagi




alkisahnya Ayah dah 2 bulan pindah ke sini dan bekerja di Lumut

sejak day 1 lagi dia asek stress dengan keje baru

which is totally something different dari apa yang dia buat sejak mula bekerja belasan tahun dulu



well, bidang keje yang sama dengan keje Ummi sekarang

cumanya, tak semua orang mempunyai citarasa yang sama

Ummi memang senang dan selesa dengan keje sekarang

tapi sebaliknya bagi Ayah



at the same time, Ayah ada attend job interview

waktu baru seminggu masuk keje kat sini

fortunately, he got the job

good company, good pay, good benefit ...pendek kata, semuanya GOOD lah kan



yang menjadi masalahnya,

job tu di KL

bukannya di Perak

dan Ayah dah cakap Ayah tak sanggup lagi nak berpisah dengan anak2 lagi (dan Ummi?)

so Ayah minta semua ikut dia pindah ke KL semula

dan suruh Ummi quit keje dan jadi full time SAHM


*gulp*


Ummi bukannya jenis orang yang boleh jadi SAHM

bukan sekadar berkata

tapi Ummi dah penah rasa jadi SAHM for 2 years

waktu anak baru sorang dulu

manjang stress jek

takde kawan sekepala dan sebaya

just berkawan dengan makcik2 jiran sekeliling rumah

entahla...


Ummi memang respek sangat dengan mommies yang boleh jadi SAHM

urus keje rumah,urus anak2 dengan rela hati tanpa sebarang stress



Ummi sangat sukakan kerja Ummi

Ummi suka mendidik


dalam dilemma sangat ni

ikut hati mati, ikut rasa binasa

ditelan mati emak,diluah mati bapak

sangat2 harapkan buah fikiran dari kalian semua


sekian terima kasih...............


Comments

  1. akak....

    mula2 memang stress kot jadi SAHM ni. lagilah akak dah lama kerja, dah lama pegang duit sendiri.

    Yus dulu rasanya, dua tahun pertama pun stress gila. Lepas tu adalah juga buat kerja2 part time...

    Tapi lama2 dah rasa seronok dah. Rasa tak menang tangan di rumah ni.

    Mungkin kurang kawan kot di sekeliling, tapi boleh je join kawan2 suami, kawan-kawan maya pun boleh hilang stress.

    Apa yang penting hati kitalah kena kuat, demi keluarga.

    Akak pun ada buat jualan online kan, rasanya boleh juga hilangkan stress dengan aktiviti itu.

    Moga akak dapat buat keputusan yang terbaik untuk keluarga dan diri sendiri....InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. yus,

    memang sbrnya akak sangat2 harapkan komen dari yus mengenangkan yus adalah SAHM with 4 kids to be managed...insyaAllah, akak akan consider cadangan2 yus tu

    ReplyDelete
  3. betul kata Yus tu kak. skrg ni ramai org wat kerja online. mesti akak leh jumpa one thing yg akak boleh jual dan akak minat.

    saya faham perasaan akak. mesti byk benda dan perkara akak dpt buat dgn salary skrg.
    lagi pun bg saya sebaik baiknya akak dan anak2 berada di sisi suami. mesti dia sunyi selama ini berjauhan dgn family.
    lelaki tidak sama macam kita kak.

    p/s pilih yg terbaik kak.
    apa2 hal mmg seorang isteri mesti berada di sisi suami.

    ReplyDelete
  4. Hez,
    Apa bende SAHM tu?
    Biar hasben pegi keje dulu kat KL tu. Tengok hasben suka ke... tak ke dgn keje tu. Kalau dia suka, apa kata follow je suami ke KL. Kalau Hez nak keje...byk je keje. Cuma tak boleh demand to much la. Ngajar kat tadika pun not bad tau their pay. Cari tadika yang ada nama sikit. Ok ke bagi cadangan cikgu tadika????? iskhhhh

    ReplyDelete
  5. kak ina, kalau tak jadi housewife pun, akak blh apply lecturing kat mana2 kolej/ ipt kt kl kan?
    sekadar cadangan..

    ReplyDelete
  6. OO..kak ina try la..dulu maybe sebab anak sorang n kecik lagi. Lagipun x kan nak berjauhan lagi..huk huk...

    ReplyDelete
  7. betul macam mirah suggest tue, akak carik la koleh mana2 jadik lecture .. sekarang ni kat KL dah macam2 kolej ada dah.

    ReplyDelete
  8. Lin,

    mmg pun...akak pun rasa lebih tenang bila hsben ada bersama kat sini skrg...hemmmm

    ReplyDelete
  9. kak Azie,

    SAHM=Stay At Home Mom

    Ajar tadika?oh no! I dont think I have that high level of patience...takat ngajar anak2 remaja bolehla..kalo anak2 kecik nih, cepat je temper nak naik..huhu

    ReplyDelete
  10. mirah,

    that's in mind sebenarnya.....gaji takde la nak demand mcm gaji skrg w/pun tmpt skrg sangatla outskirt nya....nak apply kat kolej lama tapi rasa macam malu pulak...lgpun ntah2 dah blacklist sbb dah berenti kat sana dulu huhu

    ReplyDelete
  11. MyRule....

    dulu anak sorang...sekarang anak 5.....hemmmm....cemana ek

    ReplyDelete
  12. Nieja,

    akan difikirkan....apa2 pun masih ada few months sampai habis tahun ni

    ReplyDelete
  13. SAHM adalah impian saya! i'd jump at the opportunity tapi nampaknya setakat ni saya masih bekerja. with 5 children you'll be hardly bored.. byk benda nak buat. tup2 sedar2 dah malam, percayalah ckp saya (pengalaman setahun SAHM). kalau financially boleh survive with just suami bekerja why not? in time kalau jumpa anything yang boleh buat duit which you can do from home, lagi best.

    ReplyDelete
  14. pada pandangan saya, baik la hez ikut je suami hez ke KL.. kita kerja sebenarnya nak membantu kewangan suami, kalau suami dah mampu semuanya, baik la jadi SAHM.. saya dah lama berangan2 nak jadi SAHM, tapi kewangan tak mengizinkan... kalau nak mudah, walaupun jadi SAHM, ambik jugak maid, jd takla stress sgt... sekali sekala boleh tinggalkan anak2 kat maid utk bersosial ngan kawan2 (hehe)... kalau saya pun x sanggup hidup berjauhan.. ayah weekend je jumpa anak2.. kesian kat anak2..kesihatan dan pendidikan anak2 pun lebih terjamin... itu pandangan saya la...

    ReplyDelete
  15. salam kak ina,
    mungkin dulu anak sorang stress kesunyian kot kak...sekarang anak 5, mungkin akak sibuk p hantar amik anak2 g balik sekolah...ihikss...

    klu lecturing, insyaAllah di mana-mana boleh mohon kak..partimer pun ok kan..just mohon 1-2 subjek ...area kl/selangor mmg byk peluang ...

    kalo akak further study pun ok...kat ipt area sini...yeayyyy...

    ReplyDelete
  16. ummi tie...

    mmg ada juga niat nak jadi SAHM tapi biarlah bila anak2 dah besar sikit dan my own financial obligation pun dah zero jumlahnya.....kannnn

    ReplyDelete
  17. cikgu haslina,

    memang begitulah agaknya...ke KL...but still sy akan cari2 keje part time yg seuai mungkin seperti yg disarankan oleh kwn2 kat sini

    ReplyDelete
  18. Sz,

    itulah dalam minda akak skrg...mybe nak buat part time lecturing....kat kolej lama kuts

    ReplyDelete
  19. Kena berbincang dengan hubby la. Memang tak semua orang boleh jadi SAHM. Ina tak leh minta transfer ke KL juga ke? Kot la boleh, solve the problem.. apa-apa pun, moga dipermudahkan segala keputusan kalian ya.

    ReplyDelete
  20. mama,

    memang itu yang sedang kami lakukan...banyak bende kene fikirkan...nak transfer,uni, tmpt Ina keje ni takde cawangan kt tmpt lain....insyaAllah, moga semuanya yg terbaik buat kami

    p/s besar hati Mama yg femes ni sudi komen kat blog kecil Ina ni :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts