Khemah Ibadah 2011

Cuti sekolah dah hampir seminggu berlalu......Apa rancangan anda buat anak2 tersayang?

Last weekend Ummi dah hantar Haiqal sertai satu kem motivasi di Teluk Batik......dan bulan depan ada program Khemah Ibadah pula......both Kakak & Abang dah didaftarkan......while Adam is in the waiting list sbb. umo belum cecah 10 tahun......tapi kata penganjur, kalo ada kekosongan lepas tarikh tutup......baru dorang akan invite Adam untuk join sekali


dah lama nak hantar anak2 tapi ada saja halangan...alhamdulillah, moga perjalanan anak2 sertai Khemah Ibadah pada tahun ini berjalan dengan lancar ...Amin


Kepada parents yang berada di kawasan sekitar Perak


bolehlah manfaatkan masa yang ada untuk anak anda sertai program yang sangat berfaedah ini


Ummi panjangkan emel dari penganjur buat anda semua:


Assalamualaikum,

tuan / puan,

Terima kasih diucapkan dari pihak sekretariat Khemah Ibadah 2011 atas kesudian tuan / puan mendaftarkan anak / jagaan tuan / puan untuk Khemah Ibadah 2011 anjuran Rakan Masjid UTP kali ini.
InsyaAllah segala harapan Ibu bapa terhadap keberkesan Khemah Ibadah ini akan kami usahakan dengan jayanya supaya tema kali ini "kearah Melahirkan anak yang soleh solehah" akan berjaya.

Disini pihak kami ingin meminta jasa baik tuan / puan untuk sama-sama kita perkenalkan kepada rakan-rakan, teman dan sahabat handai masing-masing mengenai Program Khemah Ibadah 2011 ini.
Sungguh besar jasanya jika tuan / puan sudi untuk perkenalkan program ini kepada kenalan tuan / puan.

Berikut adalah maklumat berkenan Khemah Ibadah 2011,

Tarikh: 11-15 Disember 2011
Umur : 10-15 Tahun
Tempat : Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Perak
Yuran: RM 160 seorang.
maklumat lanjut boleh layari laman blog di
http://kiutp.blogspot.com/


Segala kerjasama tuan / puan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.


Ummi ambil ni dari website dorang:


OBJEKTIF KHEMAH IBADAH




Mempertingkatkan kefahaman peserta tentang asas-asas ajaran Islam.
Membimbing peserta menyempurnakan pelaksanaan ibadah.
Menanamkan ciri-ciri mahmudah dalam diri anak - anak dan bermanfaat kepada orang lain terutama sekali dalam membina ukhuwwah.
Menerapkan kefahaman tentang nilai kesenian dan kebudayaan islam.
Membimbing peserta dalam membina ketahanan fizikal dan pengurusan masa yang bijak melalui pendekatan kreatif dan inovatif.

MODUL MENARIK UNTUK ADIK-ADIK

Tadarus Al-Quran

Amali Solat
Teknik Pengurusan Masa
Treasure Hunt
Tayangan Animasi
Tips Pelajar Cemerlang
Pertandingan Reka Cipta
Malam Kesenian Islam
..dan banyak lagi!












Comments

  1. bagus program macam nih...


    meh tolong support I.. asyik lupa jer nak kabo
    http://www.kakyong.com/2011/11/gadget-impian-kakyongdotcom.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts