Friday, June 24, 2011

Rezeki dan syukur

R.E.Z.E.K.I






Bila disebut perkataan 'rezeki' pastinya $$$ yang berada dalam kotak fikiran kita
Tapi sebenarnya, rezeki datang dalam pelbagai bentuk
dalam bentuk gaji yang menarik
dalam bentuk kesihatan yang terbaik
dalam bentuk anak² yang ramai dan soleh
dan pelbagai bentuk lagi




Kami suami isteri berada dalam golongan berpendapatan sederhana
dan kami dikurniakan dengan rezeki 'anak' yang ramai
yup.......5 orang anak adalah ramai pada zaman ini
ada juga kawan² Ummi di mana suami isteri berpendapatan tinggi
dah mencuba bermacam² cara nak mendapatkan anak
atau menambah bilangan anak yang mungkin tatkala ini cuma ada seorang atau dua
namun, belum beroleh lagi rezeki anak




tapi Allah Maha Adil....
dikurniakannya rezeki dalam bentuk lain
cuma, sama ada kita menyedarinya atau tidak




Kadang²
kita terasa sangat tertekan dengan masalah sendiri
dan bertanya 'kenapa aku diuji sebegini rupa?'




Namun
bila ditoleh ke kiri dan kanan
MasyaAllah...
dugaan orang lain lebih hebat dari kita




Maka



bersyukurlah yang kita hanya diduga dengan ujian sekecil ini






  • Bersyukurlah kita dengan gaji yang kita perolehi sekarang(bagi yang bekerja)


  • Bersyukurlah kita bahawa suami masih mampu menanggung makan pakai kita(bagi yang tidak bekerja)


  • Bersyukurlah kita diberikan kesihatan yang baik (di mana kita masih mampu menulis,melihat,mendengar...)


  • Bersyukurlah kita kerana Allah sudi mengurniakan kita zuriat (seorang atau lebih---walau kadangkala kenakalan mereka amat mencabar kesabaran kita)


  • Bersyukurlah kita masih mampu hidup aman tanpa hujan peluru seperti di negara² lain


  • Bersyukurlah kita di atas segala²nya yang DIA kurniakan

Masih ingat lagi entry INI ?
Ada yang bertanya...apakah itu?

6 loves in the air:

Bionic women said...
apakah itu????
June 22, 2011 9:56 AM

puan nina said...
alhamdulillah =)dapat tunaikan umrah ke?
June 22, 2011 10:03 AM

Nieza Ishak said...
apakah itu kak inaaaaaaa????
June 22, 2011 10:10 AM

~ yus ~ said...
apa yg dah termakbuk tu kak??
June 22, 2011 10:17 AM

mama shifa said...
alhamdulillah....apakah?
June 22, 2011 2:13 PM

Ina Hashim said...
apakah itew???tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
June 23, 2011 11:38 AM




Rasanya, ramai yang tahu kan bahawasanya Ummi dan Ayah dah hidup PJJ(perkahwinan jarak jauh-Ayah di KL dan Ummi di Perak) selama hampir 4 tahun 3 bulan




dan syukur Alhamdulillah.........Ayah telah menerima tawaran kerja di satu institusi di negeri Perak ni.........walaupun pada mulanya Ayah a bit sayang nak tinggalkan current company.........due to the benefits etc...yela kan mana nak lawan multinational company dengan local one.........tapi insyaAllah........demi masa depan dan kebahagiaan keluarga Ayah akan mula bekerja di Perak hujung bulan Ogos.........eh...eh...dah nak raya tu...mesti Ayah xleh cuti raya lama2 tahun ni...huwaaaaaaa.........takpela.......kita sama2 sambung beraya sekeluarga di Perak nanti ye.........



Maka dengan izin Allah......akan berakhirlah status kami sebagai 'weekend husband/wife' nanti.........Ummi sangat senang hati bila Ayah ada bersama.........supaya Ayah dapat bimbing anak2 especially Haiqal yang nak amik UPSR tahun depan.........Ummi risau sangat dengan dia nih


Inilah rezeki buat kami.........Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA buat kami sekeluarga...AMIN

18 comments:

  1. alhamdulillah =) seronok la anak2..ehe..tak lupe umminye juge =P

    ReplyDelete
  2. masyaALLAH..alhamdulillah.. saya y penah rasa 3-4 bulan pun seksa, apa lg dah bertahun2..alhamdulillah..lepas nisemuanya akan lebih baik

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah kak... tabah akk sebgai isteri.. cayalah.... :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...syukur dgn segala nikmat yg saya kecapi walaupun sederhana
    Saya takpernah berjauhan dgn suami walau sehari...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..syukur..mmg rezeki tak semestinya berbentuk duit..

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah.
    saya tumpang gembira sekali kak.
    ;))

    ReplyDelete
  7. puan nina,Imaan09,rizaros,mama shifa, ummi eisya & amani, haslina, rose:

    terima kasih atas doa kalian...moga semuanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  8. syukur kak!
    tumpang gembira...

    alhamdulillah memang rezeki dtg dgn pelbagai cara..
    biarpun mungkin gaji/benefit tkurang skit dgn tpt lama insyaAllah dtg pula rezeki dgn bentuk lain...dah jimat duit + masa tu tak yah ulang alik lagi...

    ReplyDelete
  9. Sz,

    syukur....betul cakap Sz tu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah ya kak...

    tumpang seronok sekali...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah....:)
    sy rase akak bukan lg trying to be supermommy tapi akak mmg supermommy selama ni! jage 5orang anak sendirian dan jauh dari suami..mmg sy salute.sumer pasti happy lasi2 aleesya anak manja ayah tu kann..heheh

    ReplyDelete
  12. alhamdulliah..akhirnya segalanya telah berakhir..fuhh lamanya kamu terpisah dengan suami.tentu banyak cabaran dengan anak 5 orang yang dah tentu bermacam kerenah. Akhirnya dapat gak berkumpul semula.

    terima kasih sudi bagi komen pasal blog akak tu.

    ReplyDelete
  13. yus,

    mmg syukur sgt2 & at very good time sbb haiqal nk upsr thn depan n sgt3x perlukan bimbingan

    ReplyDelete
  14. shila,

    ntahla...i'm still struggling to be one...not yet a supermom...

    ReplyDelete
  15. kak ina,

    alhamdulillah, rezeki buat kami setelah 4 thn lebih berjauhan....

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah...saya tumpang hepi utk akak...

    betul tu kak, rezeki tak semestinya berbentuk duit, kesihatan yg baik jugak adalah rezeki..

    ReplyDelete
  17. wahida,

    :) betul3x...boleh datang dalam pelbagai bentuk

    ReplyDelete

Our lil cutie pie

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Online Store

Pages