Bila Isteri Merajuk


Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran , amati suaranya
Teliti dengan hati yang berseni
Rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah secara rasional
Kerana si dia tidak akan terdaya
Mengunyah hujah,

Berilah walau seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan statistik
Atau dokuman saintifik
Berserta beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan oleh perasaan
Sebaiknya perhaluskan kata
Perindahkan bahasa
Jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian
Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri
Bagai riak-riak air dalam cawan
Jangan digoncang, buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air di cawan akan kita minum jua

Tapi awas,
Kalau ternyata rajuknya berfakta
Masamnya berdata
Geramnya berilmiah
Marahnya ada prima facie
Ini rajuk berprofil tinggi namanya
Perlu ditangani berhati-hati

Kalau ternyata benar
Apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
‘Sayang abang tak ulang lagi’
Katakan ‘ sayang abang alpa‘
Bisikkan ‘ darling i lupa ‘
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekatan kasanova tapi hati suci

Comments

  1. Salam Kak Ina, klo En. Suami plak merajuk, mcm mana nak pujuk? ngeh..ngeh..ngeh, ku bab pujuk memujuk ni failed habis.

    ReplyDelete
  2. hahaha..kalo somi lak merajuk...isteri kene pandai meng'AYAT' la balik...tak payah nak pujuk somi

    ReplyDelete
  3. salam
    i tak ingat bilakah kali terakhir i merajuk.. tapi masa awal2 kahwin dulu memang selalu merajuk, lebih2 lagi masa pregnant.. sejak bersalin Aliya ni, i dont think i penah merajuk.. sbb en hubby rajin urut2/picit2 kalo i letih, sakit pala, sakit belakang.. hihii...

    ReplyDelete
  4. kakyong

    rasanya sumer orang bila baru2 kawen kuat merajuk..sbbnya...adaptation process...lelama,memasing dah makin paham hati budi memasing..itu yg dah takde bende nak dirajukkan

    ReplyDelete
  5. heheh, tapi bila terkenang2kan bab merajuk tuh.. rasa nak ketawa kuat2 pun ade...

    ReplyDelete
  6. APA KITA NAK BUAT KALU DA MEMANG HOBI DIA MERAJUK DAN MEMUNCUNGKAN BIBIR. KALAU BARU KAWIN DULU, RAJIN JUGAK TANYA & PUJUK. TAPI DA DEKAT 15 TAHUN BERSABAR, SAMA AJE... BAIK BIARKAN JE DIA DENGAN HOBINYA TU. TAK KUASA NAK TANYA LAGI. KALAU DIA TAK BAGI TAHU, BIAR LAH SAMPAI BILAPUN KITA TAK TAHU. DIA INGAT SUAMI TAK GHETI NAK MERAJUK?????

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts