HARIMAU, BUAYA DAN TIKUS
| Adalah  seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia  menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu  bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu  mangsanya saja. Jadi,  si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba  Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan  kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia  berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.  Dengan kuasa  Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan  diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan  sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi  dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut  perigi harimau yg lapar tu menunggunya.  |  |  | 
Si hamba  ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah  agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar  bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram  dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? 
Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik  mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit  juga tali tu.
"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi  mangsa buaya."
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau.  Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
"Macam mana  nih..."
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,  tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si  hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.  Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni  tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.  Sedapnya.  Subhanallah sungguh sedap madu ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah  tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang  menantinya di bawah. 
Kalau semua  nak tahu , si Hamba Allah itu  adalah kita semua. 
Harimau  yang mengejar  tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.  
2  ekor buaya itu  adalah Malaikat Munkar dan Nankir yg menanti kita di alam kubur nanti.  
Tali yg tempat si  hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita yang menentukan panjang ataupun  pendek umur kita
Tikus  putih dan hitam tu adalah  dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu  gigit tali. 
Madu  yang jatuh  setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik  saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.  Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa  pada Allah. Waktu susah memang sentiasa  ingat........

sharing is caring...
ReplyDeletetq...
Adwindaa..
ReplyDeleteyeah
peringatan utk diri in i tu..hehheeh
ReplyDeletefirst time dengar cerita nie... tazkirah hari jumaat..
ReplyDeleteiya nina...utk akak jugak...selalu terbuai dgn keindahan duniawi
ReplyDeletenadnye...
ReplyDeletesama-samalah kita ambil iktibar ye