Pengawal terkejut jolok mayat bayi
KEJAM...anggota polis membawa mayat bayi yang ditemui di atas pam tandas.
PONTIAN: Seorang pengawal keselamatan mahu membuang air kecil terkejut menemui mayat bayi lelaki diselimuti tudung dan selendang di atas pam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Pontian-Benut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Abdullah Kasek, 72, berkata, dia terpandang objek terkulai di atas pam itu sebelum mengambil kayu untuk menjolok.
“Biasanya, sebelum memulakan tugas, saya akan memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan dalam keadaan baik termasuk tandas.
“Ketika masuk ke tandas untuk membuang air kecil, saya terpandang objek mencurigakan dan cuba menjolok sebelum terkejut apabila ia mayat bayi yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Warga emas itu keluar dan memaklumkan penemuan itu kepada kakitangan wanita stesen berkenaan sebelum orang awam menghubungi polis.
“Saya tidak sangka ada manusia berperangai lebih keji daripada haiwan di muka bumi ini, jangan diperlakukan bayi tidak berdosa itu sedemikian rupa,” katanya.
Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia mendapati mayat bayi itu dalam keadaan bersih.
“Tiada kesan darah, malah tali pusatnya sudah dipotong dan saya berharap polis mengheret individu terbabit ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Daerah Polis Pontian ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.
“Pegawai kami dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan termasuk kemungkinan bayi lelaki itu sudah meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di atas pam tandas berkenaan.
“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pontian (HP) untuk dibedah siasat,” katanya.
Jurucakap itu berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih mengumpul maklumat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
macam2 dunia akhir zaman ni kan..
ReplyDeleteJom Join: "Posing With Ur Love One - Giveaway"
Rugi tak beli?: "Tikar Getah Kanak-Kanak"
zurazari
ReplyDeletetula pasal...sedey kan
tak kesian ker tinggal budak mcm tu walau pun dah jadi mayat. cer pk sket dulu klu mak dia tinggalkan dia kat jamban... apa rasa nyer yer?
ReplyDeleteselalu rasa nak menangis bila baca kisah2 mcm ni..sampainya hati org yg membuang bayi dlm keadaan mcm ni..taktaulah apa jenis org, binatang pun tau erti sayang..hu~ nak nangis rasanya..
ReplyDeleteSemoga Allah membalas setimpalnya..
ReplyDeleteOleh kerana selalu sangat berita jumpa mayat bby merata2, membuatkan kita pun jadi suspicious bila terjumpa beg ke, kotak ke, atau bungkusan tepi jalan... "ada bby ke"?, hati terdetik..
chilun,
ReplyDeletetulah kan..mana sifat kemanusiaan sekarang...binatang pun x berperangai camnih
mamalieyna
ReplyDeletememang sedey sgt bila baby2 ni dibuaang bagai tiada nilai...kalo ye pun tak nak, jgnlah dibuang merata2...letakla kat rumah anak yatim ke,hospital ke etc..in a proper way
Proud Mama
ReplyDeletebetult uh..itu yg orang jumpa..bygkanlah jumlah yg x pernah dijumpai cthnya kt dalam timbunan sampah sarap ke,ditanam senyap2 ke,dihanyut dek sungai etc